ANTARA PIMPINAN DIATAS DAN GELOMBANG BARU DALAM AMK – SIAPA DITENGAH?

Pemilihan  dalam  PKR  diperingkat  Cabang  sudah  semakin  hampir  kepenghujong.   Meninjau  proses  pemilihan  dibeberapa  Cabang  didalam  Negeri  Perak  saya  dapati  ianya  indah  khabar  dari  rupa.  DiLenggong  daripada  700 lebih  ahli  yang  berdaftar   yang  keluar  mengundi  adalah  dibawah  25%.  DiKuala  Kangsar  pula   ianya  lebih  rendah  lagi.  Sedangkan  diKuala  Kangsar  inilah  terdapatnya  beberapa  Pakar  Strategi  parti  tersebut.

Memandangkan  cara-cara  pemilihan  Pimpinan  ini  dijalankan  sama  seperti  mengundi  didalam Pilihanraya  Umum  dan  pertama  kali  pula  ianya  diadakan  jumlah  kehadiran  dilihat  hanya  lebih  sedikit  daripada  jumlah  jawatan  yang  dipertandingkan.   Sekurang-kurang nya   35  Jawatan  perlu  diisi  diketiga-tiga  peringkat iaitu  Wanita,  AMK  dan  Cabang.    Jumlah  jawatan  ini  belum  lagi  dicampur  seramai  10  orang  lagi  yang  akan  dilantik  oleh  Ketua  Cabang.

Daripada  cakap-cakap  yang  didengar,  ahli-ahli  dari  kalangan  AMK  dan  para  reformis  akan  mengzahirkan  kehadiran  mereka  dalam  parti.  Dalam  lain-lain  perkataan  mereka  tidak  sanggup  lagi  berada  di sideline seperti  dimasa-masa  lalu.  Sudah  sampai  ketikanya  suara  mereka  didengar  dan    diberi   ruang  untuk  mereka  sama-sama  memimpin.

Berpandu  kepada  kenyataan  diatas,  Parti  PKR  akan  terpaksa  melalui  jalan  sukar  untuk  terus  bertahan  jauh  dari berkebolehan  bersaing  dengan  rakan-rakan  dalam  Pakatan.   Saya  percaya  ramai  yang  tidak  boleh  menerima  pandangan ini.    Yang  jelas   ramai  juga  yang sudah  nampak    pudarnya  perjuangan  terutama  mereka-mereka  yang  mengharapkan   Anwar  Ibrahim  menjadi  Perdana  Menteri  pada  PRU  ke  13  nanti.

Kepada  mereka  yang  telah  memenangi  jawatan  dalam  parti  diberbagai  peringkat  diCabang,  saya  hanya  dapat  menyatakan  simpati  terhadap  tugas  dan  tanggungjawab  yang  terpaksa  sdra  sdri   sendiri  jalankan.    Jika  untuk  memilih  pemimpinpun  hanya  beberapa  kerat  saja  yang  hadir  bolehkah  diharapkan  untuk  sama-sama  memikul  beban?

Leave a comment