PKR MENUJU KE FASA AKHIR

Umum  mengetahui  PKR  bermula  dengan  satu  NGO  berbentuk  persatuan  kebajikan  iaitu  ADIL.    Apabila  terlalu  ramai  mahu  memperjuangkan  nasib  malang  yang  menimpa   Anwar  Ibrahim   sebuah  Parti  Politik  ditubuhkan.   Sebuah  Parti  Politik  yang  berdaftar  diPantai  Timur  yang  tidak  begitu  aktif  diberi  nafas  oleh  rakan-rakan  Anwar.  Kebanyakan  mereka  ini  adalah  ahli-ahli  ABIM  dimana  Anwar  pernah  menjadi  ketua  mereka.

Fasa  kedua  Parti  bekas-bekas  ahli  UMNO (yang  kecewa  sebab  Anwar  dipecat  dan  beberapa  yang  kena  buang)   mula  menunjukkan  belang.  Sewaktu  Pemilihan  diKemaman  orang-orang  ABIM  (mereka  yang  mula-mula  menghidupkan parti)  dipinggir  oleh  force bekas  UMNO.    Mereka  terus  berkuasa  hingga  kini.  Berikutan  daripada  itu  ramai  ahli  ABIM  terutama  wanita  meninggalkan  parti.

Fasa  ketiga  adalah  sewaktu  berdepan  dengan  PRU  ke  12.  Calun-calun  parti  dipilih   dikalangan  orang-orang  yang  rapat  dengan  pimpinan  dan  mereka-mereka  yang  ada  duit. Pemimpin  akarumbi  yang  faham  kehendak  rakyat  tetapi  tidak  berwang tidak  dipandang  langsung.    Jadi  janganlah  hairan  apabila  ramai  yang  jadi  katak  dan  ramai  juga  yang  menyeberang.

Fasa  keempat  merupakan  Fasa  Kehancuran.  Mulai  tahun  2010  ini   setiap  ahli  berhak  memileh  kepimpinan  mereka  disemua  peringkat.  Ia  digembar-gemburkan  sebagai  satu   rekod  dunia kerana  belum  ada  mana-mana  parti  politik  yang  berani  melakukan  sedemikian.   Pada  mulanya  saya  percaya  juga  perkara  ini  boleh  dilakukan  oleh  sebab  ahli  PKR  sebenarnya  tidak  seramai  mana.   Setelah  mengikuti  telatah  orang-orang  yang  membawa  bersama  mereka  pengalaman  semasa  didalam  UMNO  jelas  pelbagai  tektik  kotor  dilakukan  oleh  orang-orang  yang  berkepentingan.

Keputusan  diperingkat  Cabang   jelas  menunjukkan  perpecahan.  Ada  Cabang  menghantar  perwakilan  keKongres  secara  one-sided .  Calun  Ketua  Cabang   yang  tewas  sudah  tidak  layak  untuk  hadir  Kongres  walaupun  sebelum  ini  pernah  membiayai  perbelanjaan  ahli  hadir  kemana-mana  upacara  parti.  Begitu  juga  kepada   bekas  Naib  Ketua  yang  tidak   bertanding  diperlakukan  seperti  tidak  pernah  berjasa  selama  10  tahun  lebih  ini.

Yang  jelas  pasukan-pasukan  baru  memimpin  parti  tidak  akan  mendapat  sokongan  sepenuh  dari  ahli-ahli  diCabang.   Mereka-mereka  yang  ghairah  ini  terpaksalah  membuat  kerja  sendiri  didalam  parti –  lagipun  mereka  sebenarnya  ada  agenda  sendiri-sendiri.   Oleh  sebab  kekuatan  diCabang-Cabang  akan  terhakis  sedikit  demi  sedikit  maka  PRU  ke  13  akan  menyediakan  satu  kubur  besar.   Kepada  bekas  rakan-rakan  yang  masih  berselera  diucapkan  selamat  berjuang   hingga  ketempoh  itu  (PRU  13).

One Response to PKR MENUJU KE FASA AKHIR

  1. ahmadzawawi says:

    Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog and commented:

    PKR diambang pemilihan lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: