ANALISA HALATUJU PKR PERAK MELALUI PENCALUNAN KETUA CABANG

Semua  Parti-Parti  Politik  dalam  negara  sedang  memberikan  tumpuan  khusus tentang  apa  yang  sedang  berlaku  didalam  Parti  Keadilan  Rakyat.    Parti  PKR  sedang  melakar  sejarah    dengan  menolak  sama  sekali   cara-cara   pemilihan   para   pemimpin   melalui   Perwakilan  “proxy”.  Mulai  Pemilihan  2010/2013  ini   setiap  ahli  berhak  mengundi  semua  jawatan  di-    kesemua  peringkat  yang  terdiri  daripada   Wanita  Cabang,  AMK  Cabang,  Peringkat     Cabang,  Wanita  dan  AMK  Pusat seterusnya  diperingkat  Majlis  Pimpinan  Pusat.   Sesuatu  yang   UMNO   sendiripun  belum  berani  melaksanakannya.

Sebaik  sahaja  proses  Penamaan  Calun  tamat  semalam  sebanyak   24   Cabang   diNegeri  Perak  telah  menerima  pencalunan  sebagai  Ketua  Cabang.   Daripada  jumlah  tersebut  sebanyak    13   Calun  Ketua Cabang  telah  menang  tanpa  bertanding.   Dilihat  secara  luaran  mereka   yang  menang  tanpa  bertanding  ini  adalah  orang-orang  yang  popular  dan  sukar  dicabar.  Sebaliknya  jika  dianalisa  secara  mendalam  besar  kemungkinan  Cabang-Cabang  tersebut    tidak  memiliki  ahli-ahli  yang  berkualiti.    Ada  dua  sebab     mengapa ianya  terjadi   begitu.  Yang  pertama tidak  ada    usaha  yang  bersungguh-sungguh   mahu   membimbing  pemimpin  pelapis  dan  yang  kedua  tidak  meletakkan  priority untuk   menarik  orang-orang  muda  menyertai  Parti.     Jika   perkara   ini   diusahakan  bersungguh-sungguh  sudah  pasti  lebih  ramai  para  intelek  mahu  menyertai   Parti  PKR  dan  secara  tidak  langsung  kedudukan  Ketua-Ketua  sedia  ada  akan  terjejas    teruk.

Bagi  Cabang-Cabang  yang   berdepan  dengan  pertandingan  dua,  tiga,  empat   dan      lima penjuru  pula  memang  ada  terlihat  interesting.   Saya  suka  mengambil  kesempatan  disini  mengucap  syabas  kepada  Tuan  Haji  Hamzah  yang  mengambil  keputusan  tidak  mempertahankan  jawatan  sebagai  Ketua  Cabang  Lenggong.  Sesungguhnya  beliau  berpandangan  jauh  demi  survival parti.  Tuan  Haji  Hamzah  memiliki  pengalaman  yang  luas  dalam  bidang  politik.  Saya  selaku  Naib  Ketua  dibawah  pimpinannya  dapat  menimba   banyak  ilmu  daripada  beliau  disamping  beliau   memberikan  pendedahan  mentadbir  Parti  kepada   saya   diperingkat  tinggi  mewakili  beliau.  Jasa  beliau  akan  tetap  saya  kenang  hingga  abadi.   Saya  sebenarnya  mengharapkan  Sdra  Mohd Yunus  Hashim tidak  ditentang  diLenggong.   Oleh  sebab  kita  mengamalkan  demokrasi  setiap  ahli  berhak  menerima  pencalunan.

Yang  menggusarkan  saya  orang  yang  menawarkan  diri  menentang  Sdra  Mohd  Yunus  merupakan  ahli  yang  berumur  jauh   lebih  tua  lagi  daripada   Tuan  Haji  Hamzah.  Oleh   yang  demikian   saya  tidak  nampak  ada  apa-apa  perubahan  yang  mampu  beliau  lakukan  diera  ledakan  maklumat  dan  dizaman  serba  canggih  ini  selain  daripada  mahu  mengejar   glamour  sahaja.

Terdengar  oleh  saya  pertandingan  yang  paling  sengit  diPerak  ini  ialah  diPasir  Salak.  Saya  tidak  bersetuju.   Walaupun  Haji  Osman  akan berdepan  dengan  seorang  berjawatan  tinggi  (Naib  Presiden)   beliaupun  tidak   kurang  apa-apa.  Jangan  kita  lupa  beliau  ialah   pengasas  diPasir  Salak.  Hebat  tara  manapun  Cabang  itu   kini   ianya  bermula  daripada  usaha   gigih  beliau.    Semasa  saya  Timbalan  Ketua  Bahagian  Padang  Rengas  saya  sering  juga  mewakili Bahagian hadir   dalam   mesyuarat  negeri.   Cara  beliau  mengendalikan  mesyuarat  cukup   teratur  dan  setiap  pandangan  daripada   ahli  mesyuarat   beliau  beri  perhatian  serious.  Yang  betul-betul  sengit  saya  lihat  hanyalah  diLumut.

Akhir  sekali  saya  berpandangan  Parti  PKR  akan  berdepan  masaalah  dengan  Parti  PAS   dalam  pengagihan  kerusi  dalam  PRU  ke  13  nanti.     Satu   perkara   yang    menguatkan  hujah  saya  ini  ialah  dalam  aspek  menambah  keahlian.  Parti  PKR  mencari  ahli    secara  bermusim  manakala  Parti  PAS  tidak  kira  masa,  hari-hari  pagi  petang  siang  malam.

Kepada  sesiapa  (ahli)  yang  berkesempatan  membaca  tulisan  ini  buatlah  keputusan  yang  benar-benar  boleh  memenangkan  Parti.  Bagi  diri  saya  walaupun  tidak  menawarkan  diri  untuk  bertanding  sebarang  jawatan  jiwa  dan  kudrat  saya  tetap  kental  dengan  Keadilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: