SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

May 10, 2012

Baru-baru  ini  Majlis  Fatwa  Kebangsaan  telah  meluluskan   satu  FATWA  baru  untuk  dipatuhi  oleh  umat  Islam  dinegara  ini.  Fatwa  tersebut  berbunyi:  Haram  bagi  umat  Islam  menyertai    tunjuk  perasaan.   Jika  dilakukan  juga  itu  bererti  mereka  telah  melakukan  suatu  Dosa  Besar     terhadap  agama  Islam.    Saya  sangat  kagum  dengan  keputusan  yang  telah  diambil  oleh  Majlis    Fatwa  tersebut  malah  kepantasan  mereka  bertindak  juga  telah   dapat  menyelamatkan  umat    Islam.

Yang  anehnya   banyak  lagi  perkara  buruk  dan  hina  yang  dilakukan  oleh  orang  Islam  tidak  pula  ada  sebarang  usaha  mencegahnya.   Satu  dari  perkara  hina   yang  dimaksudkan   ialah tentang    orang  Islam   yang  mengusahakan  video-video  lucah,    mengedar  dan  menayangkan  kepada  media,  tidakkah  perbuatan  tersebut  juga  Haram  dan  berdosa.   Memang benar  ada    tindakan  Mahkamah  terhadap  siperlaku  terlibat  akan  tetapi  bukankah  ianya  lebih  berdosa  dan  haram  berbanding  dengan   penyertaan  dalam  Tunjuk  Perasaan?  Sekurang-kurangnya   ada  satu  bentuk     Amaran  dari  Majlis  Fatwa   supaya   menjadi  pengajaran  kepada  umat  betapa  perbuatan  sebegitu  adalah  salah,  tidak  bermoral  dan  dilarang  keras  oleh  Islam.    Oleh  kerana  tidak  ada  sebarang  larangan  seperti  yang  dimaksudkan  diatas,  maka  masyarakat  merasakan  ianya  menjadi  hak  atau  kebebasan  umum.  Jadi  kita  sendiri  dapat   lihat  sekarang  ini  perkara  video  lucah  ini  sudah  menular  secara  meluas.   Saban  hari  ada  saja  orang  menjadi  mangsa  kepada  pihak  yang  berkepentingan.

Begitu  juga  perbuatan  terang-terangan  pihak  tertentu  menghina  seseorang  dengan  mengheret  kepala  lembu.   Satu  lagi  perkara  hina  yang  dilakukan  oleh  orang  Islam  ialah  dengan  menghadiahkan  kek  harijadi  berbentuk  najis  manusia  kepada  Lim  Guan  Eng.   Lim  Guan  Eng  adalah   seorang Ketua  Kerajaan  Negeri  diperlaku  sedemikian  hina  oleh  orang  Islam.   Cukup  serious  rosaknya  akidah  disitu  tetapi  tidak  ada  sebarang  tindakan untuk   menyedarkan  masyarakaat  secara  umum  dilakukan.

Yang  terkini pula  adalah  tentang  perkara  ” funeral  rite ”  yang  lakukan  oleh  sekumpulan  ahli  Perkasa        dihadapan  pagar  rumah   Lim  Guan  Eng  Ketua  Menteri  Pulau  Pinang.   Apakah  perbuatan  ini    dibenarkan  oleh  agama  Islam?    Bukankah  perbuatan  jahat  seperti   “mendoakan    kematian”   bagi  seseorang  itu  Berdosa,  tambahan  lagi  orang  yang  didoakan  supaya  mati  itu  berlainan  agama?

Kejadian-kejadian   menghina   orang    seperti   ini  jelas  sudah  tidak   terkawal.    Tidak   nampak  ada  pihak  yang  anggap   perkara  tersebut  sudah  ditahap  cukup  serious.   Diharap  Majlis  Fatwa  jika  benar-benar   mahu  memelihara  kesucian  agama,  ayuh  do  something.

Negara  sudah  Merdeka  50  tahun  lebih.   Pernahkah  kita  terfikir   yang  perkara  hina  seperti     diatas  akan  dilakukan  oleh  orang-orang  kita   yang   rata-ratanya  golongan  terpelajar?    Jelas  sekali    ianya  sudah  tidak  mampu  dikawal   dan  sudah  sampai  masanya   rakyat   memikirkan  untuk  melakukan  satu   perubahan besar  dalam  pemerintahan  negara.    Oleh  kerana  tempoh   Penggal  Parlimen  sekarang  sudah  hampir  kepenghujungnya  maka  berubahlah  kita  semasa   Pilihanraya  Umum  ke  13  ini.    Kita  bukan  sahaja  mahu  merasakan  diri  sudah  merdeka  malah   perlu  juga  dilihat  Merdeka.