Tajuk Hari Ini – “Perginya UMNO`s last Good Man

October 16, 2015

Berita penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak mengejutkan sedikitpun. Buah fikiran yang beliau lontarkan kebelakangan ini sepatutnya datang dari pemimpin PKR. Setiap kali beliau (Datuk Saifuddin) membuka mulut berdengunglah telinga pemerintah. Inilah aset baru Parti PKR.

Kita kena mengaku yang Datuk Saifuddin adalah seorang politikus yang sangat popular. Sejak semalam lagi terlalu banyak komen yang terhidang dalam media sosial seperti Blog, Fb, WassApp dan sebagainya. Yang paling saya tertarik ialah dua kenyataan daripada UMNO itu sendiri. Setia Usaha Agungnya kata
Saifuddin adalah `sampah’ dalam UMNO manakala Pengerusi JK Displin pula berkata `UMNO tak akan maafkan Saifuddin’. Persoalannya jika benar “sampah” mengapa tidak dibuang dari dulu lagi. Selama ini selesa sangat duduk dengan/dalam sampah – bila sampah itu terkeluar sendiri tukar pendirian pula. UMNO sepatutnya belajar dari pengalaman. Sebelum ini orang UMNO mempersenda “Penyapu” akhirnya hilang Negeri Selangor. Sekarang ini pula menghina “sampah”, tak tahulah apa pula yang akan hilang.

Sebuah komen oleh Anonymous dalam Malaysiakini yang sangat menarik perhatian saya ialah “Saifuddin was UMNO last good man. 100% saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kepada Parti Keadilan Rakyat jaga dan hargailah Aset Yang Tak Ternilai ini. Ia akan menjadi inspirasi rakyat untuk menyerahkan kuasa kepada PKR untuk mentadbir Negara pada Pilihanraya Umum nanti. Sekian setakat ini.