POLITIK MALAYSIA SEPERTI MINTA NYAWA

Dalam filem Tiga Abdul, terdapat satu Adegan dimana Sidiq Sigaraga menjadi semput dan dalam keadaan lesu beliau meminta pertolongan Tuhan dengan berkata “Mintak nyawa, mintak nyawa”. Perkara seumpama inilah yang sedang berlaku dalam negara Malaysia.

Inisiatif Dr. M tidak mungkin dapat bertahan oleh kerana penumpang-penumpangnya berada didalam keadaan tidak terurus. DAP sedang berdepan dengan krisis nilai. Amanah, serpihan PAS (PAS dakwa hanya 1.00% ahlinya keluar parti) yang tidak sekuat mana. Manakala PKR pula dengan ketiadaan Ketua Umum mereka nampak hebat kerana mempunyai banyak kepala.Perkara ini jelas terlihat dalam konteks Negeri Selangor. Menteri Besar Azmin tidak akan meminggirkan PAS dalam Kerajaannya sedangkan pemimpin-pemimpin lain dalam PKR telalu jitu dengan Pakatan Harapannya. Dalam PKR ada terdapat Ketua Cabang yang menjadikan parti sebagai Syarikatnya sendiri. Segala keputusan sama ada pentadbiran mahupun politik dia sendiri saja yang menentukannya. Tidak dapat dibayangkan kesudahan pemimpin jenis ini jika Selangor bertukar tangan pada PRU 14 nanti.

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini isu 1MDB dan derma 2.6b akan lenyap ditelan zaman. Parti UMNO sedikitpun tidak berkocak, malah ahli-ahlinya disetiap peringkat bersedia menyatakan kesetiaan kepada pucuk pimpinan bila-bila masa saja. Pada hematnya sekiranya PRU 14 akan diadakan esokpun BN masih mampu berkuasa. Analisis ini berdasarkan perkembangan dari semasa kesemasa. Parti pemerintah walaupun bertubi-tubi diasak mengenai 1MDB, 2.6b dan GST, tanggungjawab menyelesaikan masaalah rakyat terus diberi perhatian. Harga minyak telah turun mengikut pemintaan semasa. Pembangunan-pembangunan yang perlu terus juga dilakukan. Dipihak pembangkang yang mereka tumpukan hanyalah isu terhadap seorang peribadi. Malaysia telah membuktikan yang Isu peribadi tidak dapat mempengaruhi rakyat. Lihat saja betapa besarnya Isu pemecatan Timbalan Presiden UMNO sutu ketika dulu. Pada PRU berikutnya rakyat masih yakin dengan pemerintah yang ada.

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, jika benar-benar berhasrat hendak menawan Putrajaya tambatlah hati rakyat diakar umbi. Yakinkan mereka yang Pakatan Harapan akan menjadi sebuah Kerajaan yang jauh lebih baik dari BN. Jadikan ia satu “test case” pada Pilihanraya Umum Negeri Sarawak nanti.Jika tidak teruskanlah bermimpi disiang hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: