Tertera dimuka hadapan Berita Minggu BN sasar 5000 majoriti. Satu angka yang boleh diterjemah sebagai memohon simpati daripada pengundi-pengundi diDUN Tenang. Negeri Johor yang dulunya dianggap home ground atau bahasa asetnya Fixed Deposit nyata kini sudah terhakis.
Ironinya Negeri yang tidak pernah ditembusi oleh Parti lain sebelum ini sudah mula berubah sempena bencana sinonim tsunami sejak awal 2008. DiDewan Undangan N.05 Tenang ini pada PRU ke 11 UMNO mendapat majoriti 5517 kemudian merosot separuh kepada 2492 dalam PRU ke 12. Jika benar sudah pulih sepenuhnya daripada mimpi ngeri PRU 2008 mengapa meletakkan sasaran sekadar majoriti 5000 sahaja.
Kempen sudah bermula. Didalam media semalam dihebahkan calun BN menziarah pusara bapanya. Kemudian calun BN mengunjungi Makam Tok Tenang sebaik sahaja selesai proses penamaan calun. Dari satu segi kempen BN kali ini menampakkan satu kelainan. Bergegas kesesuatu Makam sebaik sahaja selesai penamaan calun adalah satu kelainan yang cukup luarbiasa.
Disini suka saya sarankan kepada Mala (calun PAS) supaya terus bergerak menemui pengundi. Hayati segala rintihan mereka dan berjanji akan membantu menyelesaikan masaalah-masaalah yang sedang mereka hadapi. Sama ada akan terpilih atau tidak pada 30hb kita serah kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Saya hanya menyebut Mala dalam tulisan ini sebab Normala Sudirman adalah merupakan seorang rakan Facebook.
Berdasar kepada Statistik yang terang dan nyata calun PAS boleh menang dengan simple majority. Pengundi mengikut bangsa: Melayu 47.54% – bukan melayu 52.05%. Angka ini tidak termasuk orang Asli 1.16%. Pecahan mengikut gender pula 51% adalah kaum hawa. Seolah-olah kawasan ini seperti kawasan Bandar Kosmopolitan. Pengundi-pengundi yang selalunya menakutkan Pakatan juga tidak ketara diDUN Tenang ini dimana Pengundi dari kalangan Orang Asli hanya 171 orang manakala Pengundi Pos sangat ciput iaitu 18 Pengundi sahaja. PAS sebagai underdog jika menang majoriti satu ( 1 ) undipun sudah lebih daripada cukup.
Harapan saya kepada para petugas PR jangan tertinggal satu rumahpun didalam lawatan nanti. Nasihat yang paling tepat umpama dimusim harga getah mahal ni janganlah tertinggal walaupun hanya satu pot (cawan susu getah).