Baru-baru ini Sdri Ramlah Zainal menulis diAkhbar METRO (1 Sept 2010) membawa berita penyanyi Anuar Zain akan tampil dengan Album baru yang mengandungi lagu-lagu ciptaan Komposer Indonesia. Dan diberitakan juga ramai Artis (penyanyi) kita pergi keIndonesia untuk mendapatkan lagu dari Komposer negara tersebut.
Jelas sekali para Komposer dan Penulis Lirik yang begitu ramai diMalaysia ini sudah tidak mahu berkarya. sebagai contoh, kalau dulu menjelang sahaja musim Hariraya mesti ada lagu baru diperdengarkan. Nampaknya sekarang, supaya hariraya kita terus nampak meriah terpaksalah diputarkan semula lagu-lagu lama. Nasib baiklah masih ada Kaset dan CD lagu-lagu seperti Dendang Perantau nyanyian P. Ramlee.
Tempoh untuk mengistiharkan Malaysia sebagai negara maju sudah semakin hampir. Jika penomena ini berterusan besar kemungkinan pada Countdown tahun 2020 itu nanti kita akan hanya dimeriahkan dengan sebuah lagu bertajuk Sunyi, Sepi dan Senyap saja. Untuk mencipta atau menggubah lagu dan irama seperti ini saya percaya setiap rakyat kita mampu melakukannya.
Saya cukup faham, salah satu sebab para Karyawan tidak mahu bergiat adalah kerana hasil ciptaan mereka sering diciplak seperti Cetak Rompak dan sebagainya. Bagi saya itu masaalah lain dimana ianya perlu ditangani secara bersungguh oleh beberapa pihak terutama daripada pihak Yang Berkuasa. Saya juga melihat perkara ini sengaja tidak diambil serious.
Saya mengaku bukan tidak ada langsung lagu-lagu baru dicipta. Ada, tetapi hanya ketara bagi menyempurnakan tanggungjawab seperti memberikan lagu-lagu untuk dinyanyikan oleh peserta-peserta akhir dalam rancangan Realiti TV seperti Akademi Fantasia, Mentor dan One In A Million.
Akhir sekali saya sangat tertarik dengan jawapan Anuar Zain kepada Wartawan Ramlah Zainal dari Akhbar Metro tersebut. Kata Anuar Zain: ” Komposer-Komposer kitalah yang sepatutnya bimbang kenapa perkara itu berlaku”.