KERANA MIMPI HANYA MIMPI

Bermula  dengan     “Sepanjang  Perjalanan….Meniti  Kehidupan…Kucari  Mimpi-Mimpi… Tak  Pernah  Kutemui dan  diakhiri  dengan  ….Kerana  Mimpi     Hanya  Mimpi” adalah    lirik  lagu  nyanyian  Azlina  Aziz  bertajuk  Mencari  Mimpi.

Saya  teringatkan   lagu  ini  kerana  diakhir-akhir  ini  saya  sering  bermimpi.     Pada   biasanya  memang    saya  terkenal  sebagai   seorang   yang    tidur  mati dan  tidak  susah  nak  tidur.  Letak  saja  kepala  kebantal  beberapa  minit  saja  sayapun  terlena dan  jarang   pula  bermimpi.

Tetapi  akhir-akhir  ini  saya  sering  bermimpi  tentang  seorang  sahabat  saya.  Setiap  kali  saya  bermimpi  itu  dia  nampaknya  dalam  bahaya  dan  saya  pula  dalam  mimpi  tersebut  tidak  mampu  menolongnya.  Berbagai  cara  saya  cuba  (dalam  mimpi)  tetapi  semuanya  gagal.   Saya  cuba  juga  menyelamatkannya  tetapi  setiap  kali  itu  juga  api  membarak  disekelilingnya.  Saya  menjadi  cukup  sedih  setiap  kali  saya  sedar  dari  mimpi  tersebut  kerana  tidak  berjaya  menyelamatkan  sahabat  baik  saya  itu.

Mimpi  tersebut   menjadi  tekanan kepada  kehidupan  seharian  saya  kerana  saya  secara  zahirnya  sentiasa  mahu  membantu  orang-orang  dalam  kesusahan  dan  saya  menjadi  cukup  kecewa  apabila  saya  tidak  dapat  berbuat  apa-apa.    Sehinggalah  semalam  saya  bertemu  dengan  seorang  yang  mahir  mentaksir  mimpi.   Dia  nasihatkan  saya  supaya  tidak  mengendahkan  mimpi-mimpi  itu.  Katanya  lagi  sekiranyapun   perkara-perkara  buruk  tersebut   benar-benar  berlaku  keatas  sahabat  saya  itu  ianya  adalah  dari  kehendaknya  sendiri.     Sebelum  orang  yang   saya   ketemui  ini  beredar   sempat  dia  berkata  kepada  saya  seperti  berikut:     Istana  memang  boleh  dibina  dengan  Cinta    tetapi   mimpi   bagaimana  hebatpun   diperlihatkan  kepada  kita   ia    tetap  juga    Hanya  Mimpi.

Leave a comment