Life begins at Forty bagi sesetengah orang ia bermaksud bermulanya kedewasaan. Bagi sesetengah yang lain pula ia bermaksud segala perangai buruk ( negatif) yang ada hendaklah ditinggalkan menjelang usia yang keempat pulohan.
Bagi Pelajar Cemerlang Nor Amalina dan Mathematician Adi Putra perkara ini tidak patut ada. Mereka kecewa melihat orang-orang dewasa asyik membuang masa. Daripada sekecil-kecil bermain Dam Haji digerai-gerai hinggalah berjaga hingga kepagi menonton English Premier League. Jika benarlah pada usia empat pulohan baru hendak dimulakan satu-satu pembaharuan sempatkah kita menjadi pandai bila sampai umur wajib bersara iaitu diakhir lima pulohan? Jadinya falsafah kolot “life begins at 40” hendaklah dikikis dari minda. Akibatnya walaupun telah mencapai usia yang begitu matang tetapi masih tidak mampu membezakan diantara Mesyuarat dengan Berbincang dalam kelompok. Masih tidak dapat sesuaikan diri apabila aspek-aspek disiplin ditekankan.
Beberapa hari lagi akan bermulalah tahun baru 2010. Apa kata mulai tahun 2010 ini kita terus sahaja melakukan yang terbaik untuk diri, masyarakat serta negara dan tidak lagi sekadar membaharui Azam. Jika kita tidak serious dengan amanah yang Tuhan kurniakan ini sampai bilapun kita tidak akan kemana-mana jauh sekali untuk menjadi Pemimpin.