Sebaik sahaja keluar dari Bangunan Mahkamah diShah Alam setelah dibenarkan Ikat Jamin, kesemua para Demonstran yang sedang menghadapi tuduhan kerana membantah Pembinaan Kuil melambai tangan kepada Juru-Juru Gambar yang berkumpul diluar Mahkamah menunjukkan lagak bangga. Jarang sekali orang-orang yang kena tuduh diMahkamah boleh berkelakuan sedemikian. Pada kebiasaannya orang-orang yang sedang menghadapi kes diMahkamah akan melarikan diri dari dipintas Wartawan dan juga Juru-Juru Gambar.
Rupa-rupanya mereka ada “Backing” yang kuat. Ramai yang bersetuju dengan gelagat mereka dan bersedia memberikan apa saja sokongan. Yang terkini (Lapuran dari Berita Harian) datangnya dari UMNO Bahagian Batu Pahat. Melalui Ketuanya Dr. Mohd Puad Zakashi UMNO Batu Pahat menyediakan Dana bagi membantu 12 Individu tersebut membayar Denda jika dijatuhkan hukuman selain bagi menanggung kos makamah. Komitmen ini sebagai tanda sokongan dan simpati.
Yang jelas pihak UMNO juga bersedia melabur dalam kegiatan Demonstrasi Jalanan seperti ini. Sebenarnya apa yang mereka buat ini berniat baik dan tidak salah apa-apa. Tanpa mereka sedari seluruh rakyat sedang memerhatikan gelagat mereka mencari kesempatan disamping mengamal sikap “double standard”.
Berikutan dengan sokongan yang terbuka seperti yang di buat oleh UMNO Bahagian Batu Pahat ini kesemua yang terlibat dalam Demonstrasi Jalanan Tanpa Permit tersebut bolehlah bersiap sedia untuk menerima gelaran “Hero” pula selepas ini.
Tak halal duit cukai aku digunakan utk melepaskan lembu lembu tu semua.
JENIS MUKA2 LEMBU TU MEMANG JENIS MUKA TAK MALU…BUAT SALAHPUN SUKA…DAH KENA PENYAKIT LEMBU GILA KUT