WAJARKAH PEGAWAI KERAJAAN DIBERI BANTUAN KHAS?

Berita   tentang  pemberian  Bantuan  Khas  kepada  860,000 Kakitangan  Kerajaan    dalam    Kumpulan   Sokongan    benar-benar    mengejutkan.  Pegawai-pegawai   Kerajaan   masa  kini  sudah  mewah   dan   cara  hidup         juga    sudah   jauh  berbeza.    Rata-rata    mereka   menerima   gaji    “empat  angka”   dan  apabila  ditambah   dengan     berbagai  Elaun  Tetap    jumlahnya   menjadi   sekali   ganda   lagi.     Jika   diselidik  sedalam-dalamnya   terdapat   beberapa  golongan  lain  yang  sepatutnya  diberikan  Bantuan  Khas  seperti   ini.

Mereka-mereka   yang   mencari  rezeki  dengan    mengguna  pengangkutan  awam   serta      mereka-mereka    yang   hilang    pekerjaan    akibat    dari  kegawatan  ekonomi   adalah  golongan  yang  lebih  memerlukan  Bantuan  Khas   tersebut.

Tulisan  ini  tidak  sekali-kali  menentang  hasrat  murni  Kerajaan  Malaysia  selaku  majikan  terhadap  kebajikan  pekerjanya.     Jika   pegawai-pegawai   sendiripun  merasakan  bahang  ketidaktentuan  ekonomi    sekarang    ini,   rakyat  biasa  yang  tidak    bergaji    tentulah   bertambah  perit   lagi. Tentunya  ada  cara-cara  lain  bagaimana  Kerajaan  boleh   lakukan  seperti   memberikan  pendahuluan      daripada    “Bonos  Tahunan”.    Lazimnya    peruntukan   untuk  pemberian  Bonos Tahunan    samada  1 bulan  atau   1/2  bulan  gaji   akan  hanya   direncana  sewaktu  Menteri  Kewangan  membentangkan  Anggaran Perbelanjaan  Tahunan  diParlimen.    Sudah  tentu  pegawai-pegawai  kita  mengharapkan  akan  ada    “Bonos”   pada    akhir  tahun  ini.

Dalam  apa  keadaanpun  penjawat  awam   dihari  ini  mendapat  layanan  paling  istimewa  dari  Kerajaan.   Bagi  yang   berkhidmat  diBandar-Bandar,  mereka  dibenarkan  berniaga  diluar  masa  bekerja  untuk  menampung   sara  hidup.    Bagi  kakitangan  kerajaan  diera  lapan pulohan  kebawah  mereka  hanya  menerima  gaji  bersih.    Jangan  katakan  COLA ,   Elaun   Perumahanpun  tidak  diberi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: