APA MISI MAK MINAH?

Kempen  Pilihanraya  Kecil  Penanti  telah  bermula.   Calun-calun   yang  menawarkan  diri   sedang  bersungguh-sungguh   menawan  hati  pengundi.   Dengan   ketiadaan  Barisan  Nasional   menyertai   saingan  kali  ini    suasana   kemeriahan   sebenar    Pilihanraya   langsung  tidak  dirasakan.    Boleh  dikatakan   tidak   ada   Isu   yang   hendak   diperkatakan   oleh   mereka-mereka   yang  bertanding.   Setiap  calun  nampaknya    tidak   mahu  membuang   masa   dan  jika  berkesempatan  setiap  pengundi  akan  dijejaki.  Mengikut   laporan    calun  PKR  Sdra   Mansor   Othman   tidak  ketinggalan   menghadiri  ceramah-ceramah  yang  diatur  oleh  Parti,  disamping  itu    beliau  juga   pergi   berjumpa  dengan  para  pengundi  dari  rumah  kerumah.  Dikalangan  calun- calun  Bebas  hanya   Nai  Khan Ari  yang    berlambangkan     “Wau  Bulan”   yang  dilaporkan  ada  kesungguhan  dalam  berkempen.

Bagi  Mak  Minah  walaupun  beliau   merupakan   orang  yang  pertama  membuat  pengumuman   untuk   bertanding    diPenanti  tetapi    apa  yang  diperlihatkan  sama  sekali  berlawanan  dengan   hasrat  asal  beliau.   Siang-siang  lagi  beliau  telah   meminta  supaya   Barisan  Nasional   memberi  laluan  kepada  beliau  berhadapan   dengan  PKR  kerana   kononnya   rakyat  Penanti  lebih  yakin  dengan  kepimpinan  beliau  dari  Parti  Keadilan  Rakyat.    Semenjak  hari  penamaan  calun   aktiviti   khusus   Mak  Minah   hanyalah    membuat  laporan  polis,   memanggil  sidang  media   dan    bercadang  mengedarkan   CD  kepada   setiap  pengundi.   Beliau  dilihat  lebih  berminat  membantu    Suruhanjaya  Pilihanraya  mengenalpasti  orang-orang  yang  melakukan  kesalahan-kesalahan  pilihanraya  dan  membantu  SPRM  dalam  menjejaki  individu-individu  perasuah.

Didalam  setiap   Pilihanraya   ketentuan  orang-orang  yang     bertanding  hanya    disahkan   sebaik  sahaja  Pegawai  Pengurus   Pilihanraya   disatu-satu  kawasan  itu  mengumumkan  calun   secara   resmi.   Bagi   PRK  Penanti  ianya  bermula  pada  23  Mei  sahaja.   Jadi  inilah  kali  pertama   yang  saya  dengar   Parti  sehebat   PKR  terlalu  takut  berdepan  dengan  seseorang  individu.  Pendek  kata   Barisan  Nasionalpun  PKR  ta`  takut.  Jadi   BN  tidak  jadi  bertanding itupun  saya  fikir  mungkin  takut  kalah  pada  Mak  Minah.

Proses  pilihanraya  bermula  pada  menamakan  calun.   Seseorang  itu  hanya  akan  diistiharkan  sebagai  calun  setelah  semua  peraturan-peraturan  dipatuhi  dan  disahkan layak.   Jadi  dengan   memukul  gendang  beberapa  minggu  sebelum  hari  penamaan  calun  sepatutnya  dikelasifikasikan  sebagai  “syok  sendiri”  sahaja.

Dilihat  pada  praktikalnya  calun-calun  Bebas  yang  lain   lebih  menonjol   walaupun  mereka  tidak  pandai  sangat   mengolah  “mood”  pengundi.  Mereka  berada  diPenanti  untuk  mencuba   nasib.  Mereka  tidak  ada  masa   untuk  membantu  SPR  menjejaki  orang-orang  yang  melakukan  kesalahan  pilihanraya  atau  membantu   SPRM  mengenalpasti  perasuah  diPenanti  ini. Mereka   juga  tidak  menghalang  jika  ada  orang  lain  yang  suka  membuat   kerja-kerja  tersebut.

Apa  misi  Mak  Minah  diPenanti  hanya  Mak  Minah   sahaja   yang  boleh  menjawabnya.

4 Responses to APA MISI MAK MINAH?

  1. ANJA says:

    Setuju, cik kak ini memang ada misi dan syok sendiri.

    Pendapat saya dia perlu hadiri banyak kursus bercakap..public speaking , when you want to talk something bad..be careful, make sure you takcle the audience first..

    And dia kena belajar dari Tun M, macamana nak ambush pihak lawan ..tak boleh terus tembak macam tu aje…kena atur strategi dulu.

  2. BR says:

    heheheh ingatkan zambry saje yg syiok sindi… aminah abdullah pun syiok sindri… hahaha apenye tur la… kalau betul org offer amik jelah… tapi polik offer nye bertarikh sebelum penamaan calon…. aik takan tukar statement lagi cik minah… 🙂

  3. HAIKAL says:

    yg jelas aminah abdullah ditaja oleh BN logic nyer dia ganti BN kat TV, setiap kali ada PRK bermulalah serangan dari BN melalui TV tapi kini aminah abdullah…
    buat ler apa helah sekalipun kami dah tak percaya BN dan mereka2 yg terlibat dgn parti rasuah negara…
    sokongan kami utk PR…

  4. ahmadzawawi says:

    HAIKAL,

    Terima kasih. Pemikiran anda sangat “advance”. Ramai
    yang ta` tahu percaturan BN ini. Bukan setakat ganti tempat BN diTV, disurat khabarpun tiap-tiap
    hari A.Aminah dapat Headline “Kepala Berita”.

    Semoga wayangnya mencecah “Box Office”.

Leave a reply to ahmadzawawi Cancel reply