DEBAT oh DEBAT

Mengikuti perdebatan semalam awal-awal lagi saya ucapkan TAHNIAH kepada Sdra Anwar yang telah berhujah dengan fakta-fakta yang tepat serta cadangan-cadangan yang konkrit untuk membela rakyat sekiranya Pakatan Rakyat dipilih memerintah negara. Tajuknya mudah tetapi pihak Pencabar tidak menghuraikan sebab-sebab harga minyak tidak boleh diturunkan. Dia hanya berkata jika harga minyak turun kerajaan ta` dapat nak bina hospital dan sekolah. Dengan kepadatan penduduk sekarang ini apakah setiap Mukim sudah diadakan sebuah hospital dan setiap Kampong sudah ada sekolah? Supaya yang perkhidmatan doktor-doktor pakar ada juga terdapat ditempat-tempat berdekatan penduduk dan apabila setiap Kampong ada sebuah sekolah dan ta`timbul masaalah Bas Sekolah yang naikkan tambang.

Perkara yang jelas dilihat dalam Debat ialah Sdra Anwar benar-benar berdebat sedangkan yang seorang lagi berpidato, orang bincang boleh atau ta` boleh turun harga minyak dia melalut sebut Anwar berdemonstrasi menentang Tun Razak dan penyokongnya pula tepuk untuk beri semangat. Jelaslah kepada kita wakil kerajaan ni ta` cukup modal untuk berhujah kepada tajuk debat.

Mengenai pembelian minyak, hitung panjang sebuah motosikal guna dua (2) liter sehari. Ini bermakna sekiranya harganya diturunkan sedikit sebanyak 50sen setahun dah dapat jimat RM365.00. Disini saja dah nampak beza untungnya lebih baik daripada REBAT RM150.00.

Kesian betul saya dekat Sdra Sabery mengapa teruja sangat sambut cabaran berdebat ni. Orang yang menjadi Pencadang tu bukan ke pernah jadi Menteri Kewangan sekurang-kurangnya. Tidak dikira lagi pengalaman yang begitu luas semasa dalam kerajaan. Sdra Penentang dalam Debat ini ‘carried away’ dengan tag ‘lembu suci’ nya kut.

Saya percaya sekiranya KJ yang jadi pencabar adalah fight sikit. Sekurang-kuraqngnya dia boleh dapat fakta-fakta penting dari mertuanya. Kesimpulanya , seorang Menteri telah kecewakan rakyat kerana tidak dapat memberikan hujah-hujah yang bernas mengapa harga minyak dipasaran tidak boleh diturunkan.

Pesanan saya kepada bloggers: The next time you see a Debate just listen to the first speaker.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: