JUAL KEAHLIAN JIKA KENA HARGANYA

Ketua  Penerangan  UMNO  dilihat  suka  buat  kerja  yang  senang-senang    sahaja.    Yang  terbaru   bagipihak  UMNO  dan  Barisan  Nasional  beliau  membuka   seluas-luasnya   pintu   parti   kepada  pemimpin  dan  anggota  dari  Pakatan  Rakyat.     Adakah  pengumuman  seperti  ini  merupakan  salah  satu  aspek  dalam  program  Umno   Juara  Rakyat yang  sedang  digembar  gemburkan  itu?

Pendekatan  seperti  ini    memperlihatkan    tidak   ada   kesungguhan yang  jelas.   Saya  masih  ingat  saranan  Ahmad  Maslan  melalui  Wartawan  Sarihan  Mohd  Ali (Berita Harian)   dalam  bulan  September 2009  yang  meminta  Melayu  dalam  DAP  yang  beliau  anggap  sebagai  sesat  kembali  kepangkal  jalan  iaitu  kembali  kepada  Umno.  Ternyata  saranan  tersebut  lebih  Ummp! dan  “kow” dari  yang  terbaru  ini.

Saya  katakan  pelawaan  terbaru  ini    sebagai  tidak  bersungguh   kerana   jika  ianya  dituju  kepada  ahli-ahli  Parti  PAS  sudah  tentulah  sukar  mendapat  layanan.  Ura-ura  Unity Government pun   mereka  tolak  mentah-mentah.      Jika  ditujukan  kepada   Parti   DAP  pula  nampak  sangatlah      macam  cukup  terdesak    kepada  sokongan.   Jadi  yang  ada  terlihat   sedikit   bermasaalah    hanyalah  PKR.   Sungguhpun  demikian  majoriti  ahlinya  adalah  para  Reformis.    Sebagai  Reformis   perjuangan  mereka  adalah   solid mahu menukar  kerajaan  secara  demokratik   iaitu    melalui  Pilihanraya  Umum    dan  Agendanya     pula  adalah  memberi  Harapan  Baru.

Jadi  kesimpulannya  ahli-ahli  dalam  Pakatan  Rakyat  tidak  akan  mudah  terperdaya  dengan  kata-kata  manis.    Keikhlasan    mereka   terhadap   Parti   bukan  seperti   membership dalam  kelab-kelab  Exclusive yang  boleh  dijual  jika  kena  dengan  harganya.

Saya  tidak  juga    mahu   memperkecil-kecilkan  usaha    pihak  tersebut.   Sememangnya  didalam  Pakatan  Rakyatpun  ada  bad  apples.     Bagi  mereka-mereka  yang  dulunya  datang  dari  sana,  tidak  mustahil  untuk   melakukan     about-turn memandangkan  tidak  ada  pun  sesuatu   habuan   yang  jelas  yang   boleh  diperolehi  didalam  Pakatan  Rakyat   dalam   masa  terdekat.    Untuk  kesejahteraan  Pakatan  Rakyat   lagi  cepat  mereka  berhijrah  lagilah  bagus.   Apabila  yang  tinggal  hanya  mereka-mereka  yang  komited  maka  lebih  pantaslah  kenderaan  Pakatan sampai  diPutrajaya.

Leave a comment