BILAKAH KITA BOLEH MENJADI PEMIMPIN

December 31, 2009

Life begins at Forty bagi  sesetengah  orang  ia  bermaksud  bermulanya  kedewasaan.  Bagi  sesetengah  yang  lain   pula  ia  bermaksud  segala  perangai   buruk  ( negatif)  yang     ada   hendaklah  ditinggalkan  menjelang  usia  yang  keempat  pulohan.

Bagi  Pelajar  Cemerlang  Nor  Amalina  dan  Mathematician  Adi  Putra  perkara  ini  tidak  patut  ada.   Mereka  kecewa  melihat   orang-orang  dewasa  asyik  membuang  masa.   Daripada  sekecil-kecil   bermain  Dam  Haji digerai-gerai  hinggalah   berjaga  hingga  kepagi  menonton  English  Premier  League.   Jika  benarlah  pada  usia   empat pulohan  baru  hendak  dimulakan  satu-satu  pembaharuan  sempatkah  kita  menjadi  pandai  bila  sampai  umur   wajib   bersara  iaitu  diakhir  lima  pulohan?  Jadinya  falsafah  kolot  “life begins at 40”  hendaklah  dikikis  dari  minda.   Akibatnya   walaupun  telah  mencapai  usia  yang  begitu  matang  tetapi  masih  tidak   mampu   membezakan  diantara  Mesyuarat  dengan  Berbincang  dalam  kelompok.   Masih  tidak  dapat  sesuaikan  diri  apabila  aspek-aspek  disiplin  ditekankan.

Beberapa  hari  lagi  akan  bermulalah  tahun  baru  2010.    Apa  kata  mulai  tahun  2010  ini  kita   terus   sahaja  melakukan  yang  terbaik  untuk   diri,  masyarakat    serta    negara    dan   tidak  lagi    sekadar    membaharui   Azam.    Jika  kita  tidak  serious  dengan   amanah  yang  Tuhan  kurniakan  ini  sampai  bilapun  kita  tidak  akan  kemana-mana  jauh  sekali  untuk  menjadi  Pemimpin.


PERSEPSI PEMUDA BARISAN NASIONAL : BUKAN SEMUA GAMBAR TIDAK BOLEH DIPIJAK

December 1, 2009

Pada  setiap  setengah  jam  Bernama TV  membawakan  berita  Pemuda  BN  mengutuk  sekeras-kerasnya  perbuatan  Pemimpin  DAP  memijak  gambar  Penyelamat  mereka  diDUN Negeri Perak.   Didada  Akhbar-Akhbar  juga  tidak  terkecuali.   Jelas  kelihatannya  yang    mereka   sedikitpun  tidak     merasa   malu   atau   tercalar   maruah   mengampu  (bodek)   ketiga-tiga  tunggak   tersebut.        Sungguh  tidak  disangka   yang  sumbangan  besar  dari   mereka  bertiga  telah  menyelamatkan  batang  hidung    UMNO/BN  diNegeri  Perak.   Jadi  tidak  ada  salahnya   kerja-kerja  mengampu  yang  mereka  lakukan  ini.

Sungguh  hebat  kesepakatan  yang  ditunjuk  oleh  Pemuda  Barisan  Nasional  diNegeri  Perak.   Baru  lakaran  diatas  lantai  mereka  sudah   merasa  cukup-cukup    terhina  bagi  pihak  tiga  orang  itu.    Sekiranya   ada  usaha-usaha  membina  Patong  ketiga-tiga  Jaguh    ini  sudah  tentu  penjagaannya   round the clock dan  terpaksa   mengikut  shift.    Besar  kemungkinan  nyamukpun  tidak  akan    diberi  peluang    mendekatinya.

Sikap  yang  ditunjukkan  Pemuda  BN  Negeri  Perak  ini   sememangnya  patut  dipuji.    Jika   tidak   ditentang   habis-habisan   perbuatan   (memijak  Lakaran Gambar)   yang  dianggap  oleh  Jamaluddin  dan  Osman  sebagai  kebudak-budakan sudah  tentu  akan  ada  lain-lain    sindiran     yang   bentuknya   mungkin    lebih   serious.

Tetapi  apa  yang  dikesalkan  mengapa  pula  rakan-rakan  mereka  (Pemuda  Barisan  Nasional)  Negeri  Pulau  Pinang   melakukan  tindakan  yang  serupa  terhadap  Gambar  Yang  Amat  Berhurmat  Tuan  Lim  Guan  Eng.    Bukan  setakat  memijak   gambar  YAB  Lim  malah  ada  yang    membakarnya.   Apakah    mereka  terlupa    belajar sivik diawal-awal  persekolahan   dulu. Mengapa   ta`  hendak   contohi    pekerti  yang  baik   dan terpelihara   yang  ditunjuk  oleh  Pemuda  BN    Negeri  Perak.     Yang  jelas  Pemuda  BN  Pulau  Pinang  telah  membuatkan   Pemuda  Barisan  Nasional  Negeri  Perak  dipandang  serong.    Sudah  pasti  masyarakat   tidak  akan  teragak-agak  mengatakan    yang Pemuda  Barisan  Nasional    mengamal   double  standard.    Mereka  boleh  melakukan  perkara-perkara  tidak  baik  kepada  orang  lain.  Mereka  akan  tentang  habis-habisan  jika  perkara  yang  serupa  hendak  dilakukan   terhadap  mereka.

Jika  diperingkat  Pemuda pun    sudah  berkelakuan  sedemikian    bayangkanlah   apa  yang  akan  terjadi  apabila     tibanya      masa   mereka   berpolitik  sebenar.    Dalam  apa-apa  keadaanpun  tidak  juga  boleh  disalahkan  mereka  100%.   Mereka   meniru gelagat  para  pemimpin  sendiri.   Seperti  semua  maklum   apabila   DAP  memberikan  beberapa  cadangan  bertujuan  memulihkan  image  MCA  pemimpin-pemimpin  UMNO   secara  lantang   memberi  amaran  supaya  jangan  mencampuri  urusan  rumahtangga  Parti  lain.   Tetapi  siapa  pula  mereka  yang  mendesak    Tuan  Guru  Nik  Aziz  meletak  jawatan?   Kononnya  mereka  mahu  menyelamatkan  Parti  PAS.     Saya  sangat  kesian  kepada  pemimpin-pemimpin  UMNO  yang   menyerang  Parti  PAS  bertubi-tubi.  Saya  percaya  mereka  tidak   akan  sewenang-wenangnya    menempelak    jika  sekiranya  mereka  tahu  yang  Tuan  Guru  Nik  Aziz    itu    seorang   genius.


DUN KOTA SIPUTEH : MENGAPA SAMPAI TERPAKSA KENA MERAYU

November 26, 2009

Kerusi  DUN  N. 3  Kota  Siputeh  diistihar  oleh  Mahkamah  sebagai  Kosong  pada  16 November  2009.     ADUN  terakhir  ialah  Datuk  Abu  Hassan Sarif  dan  beliau  bukanlah  orang  baru  sebagai  ADUN.     Tidak  ada  alasan  untuk    beliau  tidak  tahu  adanya  Peruntukan Undang-Undang mengenai  kehadiran  Ahli  Dewan   yang  terkandung  dalam  Undang-Undang  Tubuh  Negeri  Kedah.  Beliau  adalah  seorang  Penggubal  Undang-Undang  diDewan  Undangan  Negeri   itu  sendiri.  Tambahan  pula  beliau  mewakili  sebuah  Parti  yang   sangat   ternama  dan established.

Sebagai  rakyat  biasapun  sekiranya  menghadapi  pendakwaan/pertuduhan  diMahkamah  kita    sama  sekali  tidak  boleh  memberikan    alasan  tidak  tahu Undang-Undang   terhadap  Kes  yang  didakwa.    Setiap   kita  wajib    mengambil  tahu   perkara  yang  bersangkut  paut  dengan  Undang-Undang.  Lagipun  tidak  ada  sesiapapun   Above The  Law.

Begitu  jugalah  dalam  Kes   ADUN  Kota  Siputeh  ini.    Beliau  sepatutnya   akur  kepada  keputusan  Mahkamah   dan  beri  peluang  kepada  orang  lain  yang   mampu   memberi   sepenuh   komitmen   terhadap  tanggungjawab  serta   sentiasa  bersedia  memberikan  perkhidmatan  terbaik   untuk   masyarakatnya.

Memang  betul  ada  avenue dimana  beliau  berhak  mengemukakan  rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  tersebut.  Itu  adalah  hak  mutlak  peribadi  beliau.    Dimana  pula  keadilan  untuk     para  pengundi?     Mengapa   mereka  perlu  menunggu    satu  tempoh  yang  ta`  dapat  dijangka    untuk   Kerusi  tersebut  berpenghuni  kembali.   Jika  tidak  ada   sebarang  rayuan   sudah  pasti   selewat-lewatnya  dalam  tempoh  2  bulan   sahaja  penduduk  Kota  Siputeh  akan  menerima  Y.B.  baru.

Setiap  yang  merayu  mempunyai  alasan   tersendiri.    Ada  yang  mengatakan  Pilihanraya  Kecil  jika  diadakan   akan    merugikan  rakyat   juga     kerana    urusan   mengendalikan  satu-satu  Pilihanraya  itu   memerlukan   satu  perbelanjaan  yang  sangat   besar.      Tidak  dinafikan  kebenaran  kata-kata  itu.   Berbalik  kepada  peristiwa    bagaimana    boleh  berlakunya  kekosongan,    bukankah   ianya  akibat  dari   sikap  yang  tidak  bertanggungjawab  seseorang.    Apakah   perbuatan  ini    tidak  merugikan  rakyat?

Amalan  demokrasi  sangat  segar  dalam  negara  ini.   Setiap  orang  mempunyai  hak  dalam  Undang-Undang  dan  ini  termasuklah  kelebihan  untuk  membuat  rayuan   hingga  keperingkat  paling   Atas  (Mahkamah  Agong).  Jika  perkara-perkara  kecil  seperti  wajib  kehadiran ini   dipatuhi    masa-masa  yang  berharga  dapat  diselamatkan  daripada  ia  dihabiskan  semata-mata   untuk   naik   turun   Mahkamah.


SEBELAS BULAN YANG PANJANG

November 8, 2009

Sejauh  manapun  sesuatu  perjalanan  itu  ia  tetap   bermula   dengan   langkah   yang   pertama.   Tanggal  8  Mac  2008  adalah  tarikh  keramat.   Pakatan  yang  masih  belum  terurus  dipaksa  oleh  rakyat  mentadbir  Negeri  Perak.

Pada  dasarnya  Pakatan  Rakyat  mahu   mentadbir  negeri   berjiwa  rakyat.   Sehingga  untuk  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  beserta  dengan  Ahli  JKKK  pun  diserah   mengikut  kehendak  rakyat.   Ahli-Ahli  Majlispun   dianjurkan  terpaksa  melalui  berbagai  saringan.   Proses  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  dan  Ahli-Ahli  Majlis  dimulakan  dengan  memberi  penerangan  kepada  ahli  Parti  diikuti  dengan  mengundi  untuk  memileh  Ketua-Ketua  Kampong  dan  beberapa  Temuduga  bagi  melantik  Ahli-Ahli Majlis  Kerajaan  Tempatan.  Walaupun  telah  melalui  peraturan  yang  memakan  masa  yang  begitu  panjang  keputusan  muktamatnya  tetap  tidak  demokratik.  Jika  dalam  Bolasepak ia  disebut  “sudah diatur”.

Oleh  sebab  tiadanya  orang-orang  cerdik  dikalangan  ahli-ahli  maka  Ketua-Ketua  Bahagian  yang  kalah  Pilihanraya   terpaksa   dipilih   bagi   mengisi  kerusi  Ahli  Majlis  Kerajaan  Tempatan  dan   selebihnya  pula  ia  diisi  oleh  orang-orang  kepercayaan  Ketua-Ketua  Bahagian.   Dan  ini  tidak  termasuk  agihan-agihan  bagi    mengetuai  GLCs.    Melihat  kepada  realiti  sebegitu  sepatutnya  tidak  perlu  langsung   diujudkan    berbagai  saringan  dan  proses.   Dari  awal-awal  lagi  sepatutnya  ditegaskan  kepada  ahli   yang   segala  keputusan  yang  dibuat  oleh  Pimpinan  adalah  muktamat.   Ahli-Ahlipun  tidak lah  terbuang  masa  hadir  temuduga  dan  saringan.   Tidak  kah  para  pemimpin  sekelian  sedar  yang  mereka  telah  terlalu  banyak  membuang  masa?     Sikap  mementing  diri  dikalangan  pemimpinlah  yang   menyebabkan   Pakatan  Rakyat   tewas  diseparuh  jalan.

Kini,  semua  ahli  diminta   berkerja  keras  bagi  menjamin  kemenangan  sekiranya  Pilihanraya   akan    berlaku  didalam  masa  yang  terdekat.      Lain  pula  yang  dilakukan  oleh  para  pemimpin.   Mereka  nampaknya  lebih    sibuk  mengadakan   Poll Status  Calun  didalam  Blog  bagi  meninjau  populariti   sambil  mengumpul   peratusan  yang  tertinggi  supaya  tidak  ada  orang  lain  yang  mampu  bersaing.    Bila   kita   kata    mereka  datang  keParti  ini  membawa  budaya  UMNO  bukan  main  marah  lagi  sampai  ta`  nampak  telinga.

Tentu  ramai  yang  ta`  senang  dengan  tulisan  ini  tetapi  untuk  berlaku  Adil cakap-cakap  mereka  saja kah  yang   betul  dan  perlu  diikut?      Saya  akan  berasa  amat  bangga  sekiranya  Datuk  Seri  Presiden  PKR  sendiri   dapat  mengambil   sedikit   perhatian.


MEMANG ADA CILI YANG TIDAK PEDAS

October 30, 2009

DiNegeri  Sembilan  masakan  yang  paling  popular  ialah  Masak  Lemak   Pedas   menggunakan  Cili  Api.   Bagi  membuktikan   kebenaran  perkara  ini  sehingga  ada   satu  tempat  dinamakan  Pedas.  Saya  juga   pernah   berkursus  diSekolah  Latihan  Kesihatan  Rembau  disekitar  awal  1969  dan    saya   memperakukan   yang  masakan  Gulai  Lemak  Cili  Api  ini  memang    “Best”   walaupun  kegemaran  saya  tetap    Gulai Tempoyak.

Bercakap  mengenai  jenis-jenis  Cili  (cabai)   memang  ada  cili   yang   pedas,  kurang  pedas  dan  merah  menyala  tetapi  langsung  ta`  pedas.    Walau  macam  manapun  sekiranya  kita  hendak  mengesahkan  sesuatu   kesalahan  kita  akan  berkata  “Siapa  Makan  Cili  Dialah  Yang  Merasa  Pedasnya”

Saya  hendak  kaitkan  kisah  ini  dengan   apa  yang  diluahkan  oleh  Datuk   Mohamad Aziz  Sri  Gading  diParlimen  semalam.    Melalui  laporan  diAkhbar  dan  juga  ulasan  didalam   Blog Detikdaily dua  Menteri  Kabinet  dimintanya   meletak  jawatan.    Saya  tidak  nampak  cacat  celanya   kedua-dua  watak  tersebut.    Sebagai  Ahli  Jemaah  (Kabinet)   mereka  melakukan  kerja-kerja  yang  dipertanggungjawabkan.   Sebagai  contoh  jika  Ong Tee Keat  tidak  membuat  kerjanya  ta`  mungkin  skandal  PKFZ  kini   “box  office”.   Bagi  Presiden  GERAKAN  pula  beliau  baru  saja  berada  disitu.  Jika  tugasan  yang  perlu  beliau  pikul   sesuatu  yang  mudah  tidak  perlulah  Perdana  Menteri  melantik  seorang  lagi  Menteri  bertanggungjawab  kepada  KPI.

Sebagai  rakan  dalam  BN  pula   Sri  Gading   sepatutnya  mengambil  tahu  akan  kandungan     Perlembagaan  MCA.    Oleh  kerana  keputusan  Undian  hanya  “simple  majority”   maka  jawatan  Presiden  tersebut  tidak  terbatal  secara  otomatis.    Berpandukan  kepada  perkembangan  terkini   usaha-usaha  “berkompromi”  yang  telah  dibuat  antara  Ong  dan  Chua  ini  dilihat  boleh  menjernihkan  kembali  perpaduan  ahli.    Sebagai  Wakil  Rakyat,    Sri  Gading  sepatutnya  menggunakan  masa  yang  diberi  untuk  meluahkan   masaalah  rakyat.   Sebagai  contoh   Peraturan  yang  mewajibkan  kenderaan  berumur  lebih  15  tahun  dibawa  kePuspakom  sebelum  boleh  diperbaharui  Cukai  Jalan  mulai  tahun  depan   patut  ditentang  oleh  wakil-wakil  rakyat  kerana  ia  boleh  menyulitkan  keadaan.    Bukan  semua  kenderaan  lama  tidak   “road worthy”  dan  bukan  semua  yang  baru  itu  tiada  cacat  cela.  Tengok  saja  Jambatan  Gantung Kuala  Dipang  yang  runtoh  sedangkan  baru   dua  minggu  dibina.

Saya  bersetuju  benar  publisiti  yang  meluas  ini  diberi  kepada  Sri  Gading.   Oleh  kerana  terlalu  kurang  mendapat  liputan  media  saya  pun  terkejut  bila  mendapat    tahu  yang  beliau  telah  tiga  ( 3 )  Penggal   menjadi   Wakil  Rakyat  dan  sebelum  ini   juga  beliau   pernah  menjadi  EXCO   Kerajaan  Negeri.    Hanya  jawatan  Menteri  Kabinet  sahaja  yang  belum.  Bagi  menutup  cerita  ini  biarlah  cili  memainkan  peranan  yang  sepatut  baginya.  Jangan  terikut-ikut  orang  dulu-dulu,   menghukum  anakpun  guna  cili.




PERKATAAN POPULAR MINGGU INI DIBAGAN PINANG

October 9, 2009

Melihat  kepada   Format  rancangan  hiburan   TV    “Lagu  Popular  Minggu  Ini”  atau  mudah  disebut    “LPMI”   sahaja,     terpanggil    saya    untuk menerbitkan  satu  Rancangan  Khas  yang  dinamakan  “Perkataan  Popular  Minggu  Ini”   bila  disingkatkan  ia   disebut  “PPMI”.      Satu  Rancangan    yang  pada  mulanya  hanya   untuk   “personal collection”    saja   tetapi  memandangkan  ianya   ada  nilai  komersial   maka   pelayar   Blog    ini   bolehlah  menikmatinya  bersama.

Rakaman  rancangan  “PPMI”  yang  dimaksudkan   berlaku  diBagan  Pinang  dan   berjalan  selama  seminggu.    Survey  dan  “Poll”  dibuat  dimerata-rata  tempat,  tidak  kira  dilobi-lobi  Hotel  tepi  pantai,   gerai-gerai  tepi  laut  dan   ditapak-tapak  orang  berkumpul  mendengar  ceramah.

Banyak  sekali  perkataan-perkataan  yang  terpacul  dari   mulut  orang  politik  sewaktu   “survey”   dijalankan.   Diantara  perkataan-perkataan   yang  sering  didengar  termasuklah   Dulu,  Kini  dan  Selamanya; Sokong  Islam Anda  Selamat; Politik Wang   Bukan  Rasuah; Baru Setahun Bina  Mengapa Runtuh; dan  berbagai  lagi.    Keputusan  “Poll”  tetap  memilih  perkataan  “AKAN”.

Perkataan  “AKAN” menjadi  sangat  popular  kerana  ia    penyambung  kepada  janji-janji  yang  dilemparkan  oleh  orang-orang  yang   memiliki  “kuasa  memberi”.    Para  pekerja  ladang  Sime  Darby  (contohnya)  yang  menunggu  pengumuman  Menteri   berkaitan  dengan  tuntutan  kenaikan  gaji  tentu  sudah  berpuashati  kerana  berita  yang  baru  diterima  mengatakan   pihak   Pengurusan  Ladang akan memberikan  pertimbangan.     Lain-lain  kemudahan  ditempat  tinggal  juga akan diperbaiki.

Bagi  masyarakat  pelajar,  ini  berita  baik   –   Untuk   menampung   kesesakan  yang  sedang   dialami   beberapa  bilek   darjah   tambahan akan dibina.  Projek    menaik taraf   sebuah   Tokong   juga   akan dilaksanakan.   Seperti  semua  sudah  sedia  maklum  bukankah  UMNO/BN  tidak  kalah diBagan  Pinang  semasa  PRU 12  tempoh  hari.   Mengapa  sampai  kehari  inipun  perkara-perkara  yang  disebut  diatas  masih  bertaraf  “AKAN“?

Perkataan akan ini  sentiasa  mendahului  Carta.    Baik  diKuala  Trengganu,  Bukit  Gantang,  Bukit  Selambau, Manik  Urai  mahupun  diPermatang  Pasir.     Kepada   para   pengundi   diBagan  Pinang   berjanjilah  yang  sdra/sdri   akan turun  padang   menunaikan  tanggungjawab    pada  hari  Ahad  ini.


PENGUNDI POS TENTUKAN PEMENANG

October 7, 2009

Berbanding  dengan  kawasan-kawasan  lain    keputusan  Pilihanraya  Kecil  yang  terletak  didalam   lingkungan   Bandar  Tentera  Darat   ini   sudah  pasti   bakal  ditentukan  oleh   pengundi-pengundi  pos.    Suruhanjaya  Pilihanraya  Malaysia  telah  menetapkan   dua  hari  iaitu  pada  8hb.  dan  9hb.  Oktober,   2009  bagi   masyarakat  tentera  dan   mereka-mereka   (pengundi)    yang bertugas  mengendali  pilihanraya  kecil  Bagan  Pinang    membuang  undi.

Kita  semua  faham   sebilangan  besar  pengundi  pos   tidak  berpeluang   menilai   calun   PAS  kerana   kempen-kempen  dalam  pilihanraya  ini  tidak  dibenar  (kawasan larangan)   didalam  Kem Tentera.    Bagi  Menteri-Menteri  lainlah,   walaupun   mereka  hadir  dalam  acara-acara  resmi  didalam  kawasan  tentera   atas    kapasiti  jawatan  kabinet  mereka  juga  adalah  pemimpin-pemimpin  UMNO.  Calun  merekapun  berpeluang  juga  menunjuk  muka  semasa  mengiringi  Pak-Pak  Menteri  tersebut.

Satu-satunya  ruang   yang  ada  untuk    Pakatan  Rakyat  berinteraksi  hanyalah  melalui  Internet  seperti  Blog  dan  SMS  sahaja.  Itupun  bukan  semua  pengundi  pos  ada    “access”.    Walapun  tidak  berpeluang  mendengar  ceramah,  tidak  dibekal  “hand-bill”  dan  risalah  serta  tidak  juga dirayu   dari  rumah  kerumah   kita  percaya   Pengundi  dizaman  serba  canggih  ini  sudah  dapat  menilai  apa  yang  terbaik  untuk  rakyat.

Penulis  mengucapkan  selamat  MENGUNDI  DULU    kepada  Pengundi-Pengundi   Pos  diDUN  Bagan  Pinang.   Jangan  sia-siakan   kuasa  yang  ada  ditangan  tuan-tuan  dan  puan-puan  itu.

Akhir  sekali  oleh  kerana  Pilihanraya  ini  berlaku  diNegeri  Sembilan  saya  tidak  mahu  ketinggalan  dalam   berpantun:

BANDAR TENTERA DARAT  TERLETAK  DIPORT DICKSON

TENTERA  LAUT PULA  BERADA  DI LUMUT

PARA PENGUNDI  POS JANGANLAH  RUNGSING

BUAT  PILIHAN  TEPAT JANGAN ADA RASA TAKUT