SEMALAM, AKUPUN MIMPI JUGA

May 11, 2011

Terpanggil  setelah  mendengar  kisah  mimpi zahid mat arip  sebenarnya  semalam  sayapun  bermimpi  juga.    Dalam  keadaan  yang  begitu  panas    sukar  sekali  untuk   melelapkan  mata.  Walau  bagaimanapun  saya  terlena  juga  akhirnya.   Saya  terjaga  sebaik  sahaja  jam  loceng  mengejutkan  untuk  saya  menunaikan  solat  subuh.

Setelah  selesai  mengerjakan  solat  bersendirian  saya  tersedar  yang  malam  tadi  saya  ada  bermimpi.  Seperti   sdra  zahid,   saya  juga  mahu  kongsikan  mimpi   ini  dengan  rakyat   supaya  menjadi  peringatan.

Saya  bermimpi  bahan  makanan   sangat   berkurangan  dipasaran.   Negara-negara  yang   pada  kebiasaannya  menjadi  pengeluar  bahan-bahan  seperti  beras,  gandum  dan  jagung  hanya  mampu  membekalkan  bagi  kegunaan  dalam  negara  mereka  sendiri  sahaja.  Rata-rata  rakyat  mengzahirkan  rasa  kesal  kerana  selama  ini  membiarkan  tanah  yang  subur  dipenuhi  semak   samun  saja.   Kawasan  yang  dulunya  bendang  kini  terbiar  seperti  padang  bola  yang  tidak  diurus.   Saya  sendiripun  didalam  mimpi  itu  kehulu kehilir  mencari  bahan makanan.  Saya   pasti  tidak  ada  apa  lagi  yang  dapat  saya  pertahankan    jika  perut   masih   tidak  diisi.

Kini  setelah  saya  sedar  akan  ngerinya  mimpi  seperti  itu,  saya  akan  terus  berdoa  kepada  Yang  Maha  Berkuasa  supaya  ianya  tidak  menjadi  kenyataan.  ya  Allah,  selamatkan  negara   dan  rakyat  Malaysia  dari ditimpa  bencana  seperti  dalam  mimpi  saya  itu.   Kita  mempunyai  tugas  besar  untuk  meletakan  negara  ini  sebagai  negara  maju  pada  tahun  2020.

Akhir  sekali  saya  bersyukur  kerana  mendapat  mimpi  yang  sebegini.  Setidak-tidaknya  ia    menginsafkan  diri  saya  sendiri  tentang  menghargai  kehidupan.  Kepada  sdra  zahid mat  arip  saya  berharap   dimasa-masa  kehadapan  ini  beliau  akan  mendapat  mimpi  yang  lebih  canggih  untuk  dijadikan  petunjuk   cara-cara   menyelamatkan  taukeh  politik  beliau.  Penutup  bicara  buat  kata  Azlina  Aziz  “Kerana  Mimpi  Hanya  Mimpi”. 


Lompatan Klasik

February 5, 2009

Saya  memang  tahu  yang  kawan saya ni  mengidap  sakit  pinggang.  Itulah  sebabnya  semasa  Kongres    baru-baru  ini  beliau  tidak  hadir.   Apabila  sakit  pinggangnya  menyerang  lagi  beliau  telah  mendapat  M.C.  beberapa  hari  disamping  mendapatkan  rawatan  secara  tradisional  diPahang.    Kesakitan  yang  beliau  tanggung  hingga  tidak  dapat  hendak  berkomunikasi  dengan  sesiapapun.    Sebagai  kawan  lama  saya    sangat  simpati  dan  turut  berdoa  agar  segera  sembuh  dan  dapat  meneruskan  kerja-kerja   bersangkut  dengan  kesejahteraan  rakyat.

Apa  yang  mengejutkan  saya  duduk  ta`  duduk  dan  ditengah-tengah kesakitan itu boleh pula  menyertai acara  Lompat  Kijang  (triple jump)   dan  lompatannya  boleh  dicatit dalam World Book of Records.    Sungguh  menakjubkan.  Daripada  gerak-perlahan  rakaman  lompatan  itu  dengan  jelas  dapat  dilihat  beliau  bermula dari papan P   berlari  lalu  mencecah  papan B  dan  seterusnya  menghumbankan  seluruh  badannya kepapan B+    Satu rekod  yang  mungkin  dpat dipecahkan.