GENDANG DIPALU KUAT BERGEMA TETAPI PENGANTIN BELUM TENTU TIBA

July 3, 2011

Persoalan  yang  timbul  ialah  sebilangan  besar  rakyat  tidak  berpuashati  dengan  perjalanan  Pilihanraya  Umum yang  dikendali  SPR.    Sejak  sekian  lama  perkara-perkara  seperti  orang-orang  yang  tidak  ujud  muncul   membuang  Undi,   beratus-ratus  nama  pengundi  didaftar  pada  satu   alamat  yang  sama   dan    Pengundi-pengundi  Pos  pada  satu-satu  kawasan  berjumlah  hampir  sama  banyak  dengan  pengundi  biasa.

Satu  pengalaman  pahit  bilamana  SPR  membatalkan  penggunaan Dakwat  Kekal  bertujuan  menyekat  seseorang    mengundi  lebih  dari  sekali  pada  saat-saat  akhir  pengundian  sebenar (PRU ke 12)    sangat-sangatlah   mencurigakan.   Rakyat  seumpama  dipaksa    menonton  rancangan  Raja  Lawak.   Ia  menjadi  lebih  lucu  apabila   pihak  SPR  mengatakan  jika  mereka  tidak  telus  sudah  tentu  Pakatan  Rakyat  tidak  dapat  menawan lima  buah  Negeri.     Yang  sebenarnya  kerana  pembatalan  penggunaan  Dakwat  Hitam  itulah   telah  dapat   menyekat  Pakatan  Rakyat daripada   memenangi  lebih  banyak  kerusi  dan  mungkin  kesemua  Negeri  diSemenanjung.

Ramai  melihat  SPR  tidak  bersedia  memperbetulkan  segala  kepincangan  yang  berlaku  didaerahnya  sebaliknya  hanya  menentang  mana-mana  pihak  yang  menuntut  supaya  mereka   bersikap  profesional.      Dalam  reaksi  ringkas  baru-baru  ini  pihak  SPR  bercadang  mengurus  Undi  Pos  lebih  awal.  Dan  reaksi  sebegini   sama  sekali  tidak  menjawab  kepada  persoalan  yang  dibangkitkan.

Mengenai  Hak  Rakyat  berhimpun  bukankah  ianya  dijamin  dalam  Perlembagaan  Malaysia?   Semasa  5000  pelajar UiTM  berlarak  dan  berkumpul  dihadapan  Pejabat  Menteri  Besar,  Selangor  membantah  cadangan  memberi  ruang  10%  bukan bumi  belajar  diUiTM, mengapa  mereka  tidak  didakwa  dan  tidakpun  diberi  amaran  yang  mereka  melanggar  Akta  Universiti?.  Malah  ada  suara-suara  yang  menyokong   dengan  menyatakan  pelajar-pelajar  tersebut    melakukan  perkara  yang  betul  iaitu  mempertahankan  hak  mereka.

Kini  loceng  count-down   July  9  telahpun    diaktifkan.    Pihak  Penganjur  dilihat  hanya  menyeru  agar  kita  concern  kepada  hak-hak  yang  diperuntukkan  didalam  Perlembagaan  Negara.   Menyatakan  pendirian  bersabit  dengan  kepentingan  umum  adalah  hak  mutlak   rakyat  yang  merdeka.    Dipihak  media  arus  perdana  sudah   lama  bermula  untuk  menakut-nakutkan  orangramai.  Mereka  cukup  bersimpati  dengan  penjaja  yang  akan  terjejas  mata  pencarian  jika  acara-acara  menyatakan  perasaan  dibenarkan.  Akan  tetapi  jika  ianya  dilakukan  oleh  pihak-pihak  yang  pro  mereka  nampaknya  semuanya  boleh.

Amatlah  tidak  logik  manusia  berkumpul  menyatakan  sesuatu  pendirian  boleh  mendatangkan  sengsara  kepada  golongan  tertentu.  Sebagai  contoh  baru-baru  ini,  sejuta  belia  berkumpul  diPutrajaya  tidak  adapun  perkara  yang  tidak  diingini  berlaku.

Saya  menunggu  hadirnya  Julai  9hb  bukan  kerana  teruja  untuk  melihat people  in action.   Saya   percaya  selepas  tarikh  tersebut  siaran  radio  saya  tidak  diganggu  lagi  dengan  nasihat-nasihat  yang  menganggap  kebanyakan  rakyat  tidak  dewasa   dan   rancangan  TV  pula  tidak  lagi   disogok  dengan  sketsa  ringkas  menghina  sesama  manusia.    Sudah  lebih  50  tahun  merdeka,  apakah  masih  mahu  diujudkan  kelas-kelas  dewasa?


BAIK BURUK BERTEKA-TEKI

August 6, 2009

Semestinya  kita  akan  mendengar  pandangan  yang  berbeza  didalam   satu-satu  perkara  terutama  tentang  keadaan  politik  semasa.   Peranan  yang  didendang  oleh   berbagai     Media  nampaknya    benar-benar  telah   mempengaruhi   pemikiran  rakyat.     Tidak  ada  siapapun  yang  memiliki  otak   yang     waras    sanggup   menerima  bulat-bulat   apa   yang   UMNO/BN  telah    lakukan  diNegeri  Perak.            Melalui  pintu  belakang   mereka  telah      lakukan  perkara  yang  paling  keji  iaitu   dengan    memadam   hak  mutlak  rakyat   memilih   Kerajaan.    Bagi   penulis   ini  adalah   “sejarah”.     Sebagai    rakyat   Negeri  Perak  kita   cukup  berbangga   dengan   peristiwa   pembunuhan   Residen  Inggeris  diPasir  Salak.   Jadi,   apa   salahnya    peristiwa   rampasan  kuasa  oleh  UMNO/BN  ini  juga   menjadi  sebahagian  daripada  sejarah?

BUBAR  DEWAN  UNDANGAN  NEGERI  PERAK?

Kita  sedar   pihak  yang  telah  dinafikan  hak   sedang   melancarkan  gerakerja   mendesak   agar   Dewan  Undangan  Negeri  Perak   dibubar     untuk   memberi   peluang   kepada   rakyat   sendiri   menentukan   siapakah   yang    benar-benar  berhak   menubuhkan  Kerajaan.   Lantas  berbagai    andaian   dicetuskan  oleh    pihak-pihak  tertentu   seperti   meramalkan       “Snap  Election”   akan   berlaku   diNegeri  Perak   dalam  masa  terdekat.      Diberitakan  juga   betapa    2  Juara  Lompat   “glamour”   tidak  berjaya    dalam  cita-cita   dan  harapan   mereka   dan  menimbang   untuk   kembali.

Melalui  Media-Media  (Laman  Blog )   Pro  UMNO/BN   pula  kita   dimaklumkan  yang  Kerajaan  yang  ada  kini   sangat  kukuh   kedudukannya.   Ada  juga   yang  melontarkan  cadangan    agar     Pakatan  Rakyat   menyimpan   “resources”    supaya    apabila  sampai  PRU  ke  13  nanti   tidaklah  dilihat  “kehabisan  peluru”.

Sebagai  mewakili    “the  3rd  opinion”   penulis  bersetuju   kedua-dua   pihak   melakukan   “gencatan  senjata”.     Dipihak   UMNO/BN  mereka  bolehlah    membereskan   segala   “back log”    yang  telah  tertangguh   semenjak        Merdeka  lagi  seperti    kemudahan-kemudahan  asas  kepada  rakyat  (yang   Asli  dan  Bukan  Asli)     diperdalaman  dan  dipinggiran.      Bagi  Pakatan   Rakyat   kita  semua  tahu   mereka  mempunyai  produk   yang  baik   untuk   membawa   rakyat   ke  satu  era   yang  benar-benar   boleh   diharapkan   dan   jauh  lebih  baik  dari    hanya   slogan-slogan  indah.   Yang  perlu  buat   masa  kini  ialah    memperbanyakkan   “stock”     dan    meningkatkan  “Sales”.

Jika  sekiranya   berlaku  juga  “snap  election”   sekitar  Nobember  nanti   adalah     dipercayai    yang     rakyat   Negeri   Perak     sudah      cukup        bersedia   melakarkan   Perubahan Yang  Sebenar   tanpa  ragu-ragu  lagi..   InsyaAllah.