MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

August 1, 2008

Dari Angkasa Luas dan Terbuka kita bawakan filem saduran dari filem kesukaan Astro :

Nyonya Mansor :  Siapa Mr. E, lawyer, doctor, engineer?

Sabariah            :  Ahli politik biasa  mak

Nyonya Mansor :  Pantang Datok Nenek aku, tapi ta` apa sekarang aku dah rational sikit

Sabariah            :  Abang E , submit resume Mak nak consider. Putak sikit-sikit ta` kisah janji impressive

Mr. E                  :  Saya benar-benar jujur mak bukan nak tumpang glamour

Nyonya Mansor :   Alright – wa caya lah..

SELANG BEBERAPA BULAN…….

Nyonya Mansor :   Sabariah mai sat. Aku dengak Mr.E hang ni dah mula kantoi. Dia pandai-pandai umum nak menanam modal diPermatang.  Masa dia memohon hari tu dia kata betul-betul nak berkhidmat dan menghambakan diri.   Dia ta` ambik kesah ke yang harta aku ni adalah untuk 3 Juta orang yang aku bertanggungjawab. Hang tolong bagi idea macamana nak atasi masaalah besak ni.

Sabariah        :      Mak, sebenaknya kita dah ta` boleh buat apa-apa kerana secara resmi dia adalah ahli keluarga kita yang sah sekarang.

Sabariah       :     Mak?  Mengapa bermenung?

Nyonya Mansor :  Ta` tahu lepas ni apa nak jadi pulakkkkkk.


PRESIDEN GEMILANG

August 1, 2008

Kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.   Memanglah saya terkilan apabila mendapat berita yang Datuk Seri Presiden berundur sebagai AP untuk memberi ruang kepada Ketua Umum.  Demi masa depan ummah  rencana begini adalah tepat.

Ta` usahlah dihiraukan sangat komen-komen Dr M tu.  Peluang dia nak jadi AP dah tertutup tetapi tetap ta` senang tengok orang lain dapat peluang. Saya yakin dan percaya Party kita akan terus menguasai kerusi tersebut.

Jasa yang telah Datuk Seri taburkan tidak terhingga jumlahnya. Tidak keterlaluan saya katakan perkataan KEADILAN yang terdapat didalam Kamus bila didefinasikan maknanya ialah PKR.  Percayalah inilah satu-satunya Party yang akan kekal dibumi Malaysia ini dan semua kredit itu adalah hak mutlak Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Sebagai seorang ahli party saya doakan Datuk Seri akan senantiasa didalam sihat sejahtera dan berbahgia.

Melayu PKR tidak pernah lupa apa yang Bekas Tok Rejim rekacipta.


FINE-TUNE UNITY

July 22, 2008

We just heard recently that PAS and UMNO planning to organise “muzakarah” a discussion. The topics that has been agreed upon is Islam and Malay unity. But all of a sudden yesterday UMNO President proudly announced that he has already have talks with powerful high-level PAS Leaders. To be exact they already have three meetings, the first one was held just a few days after March 8th General Elections.   The outcome from the three meetings is not known.

After three solid meetings they still cannot come up with any solution leave alone the Concrete one.  I know many people including those in power are very much in favour. I still can`t see the proposed talks would lead to positive zone. For this very reason I am here in full support of Tuan Guru Datuk Sri Nik Aziz Nik Mat and totally agree with his stand.

Lastly, If UMNO really committed with the malay unity agenda they should do away with the JKKKP. By having two Ketua Kampong with one heading JKKKP and the other heading JKKK it is already a clear disunity.


KEJUTAN BUDAYA

July 18, 2008

Sungguh mengejutkan sebuah kampong yang damai dipinggir Bandaraya Ipoh akan didatangi satu Upacara Besar Rakyat . Apa yang tertera pada ‘Banner’ program berbunyi “MENGRAKYATKAN BUDAYA”. Acara-acara yang akan dilangsungkan banyak sekali dan ianya termasuklah Kenduri Rakyat dan Karaoke Pop Enam Pulohan dan pasti riuh rendahlah esok (sabtu 19hb) dari 8.00pgi – 5.00ptg.

Program yang dianjurkan oleh KekWA dan co-sponsored oleh Rukun Tetangga sangat-sangat tidak kena pada tempat dan juga masa dimana rakyat jelata sedang berhempas pulas menghadapi kenaikan harga bahanapi yang tinggi dan harga barangan keperluan melambung. Memang benar mereka akan dapat melupakan masalah inflasi seketika setelah menikmati jamuan dan hiburan.

Saya sangat kagum dengan anggota-anggota Wanita PKR Perak. Melalui Ketuanya Puan Fatmawaty Salim telah bertungkus lumus membantu penduduk yang daif dengan memberi bantuan barang keperluan yang diperolehi dari NGO-NGO tertentu. Ketua Wanita PKR ini tidak berhenti disitu sahaja, menurut satu sumber beliau sedang berusaha untuk melibatkan anggota kerajaan membantu menjayakan hasrat murni ini.

Negara kita sudah berusia lebih 50 tahun apakah rakyat kita masih belum kenal apa itu budaya?
Disini saya meminjam kata-kata Nabil seketika: “Kita sama-sama fikir…”


GUNA SEBELUM

July 14, 2008

Baru-baru ni saya teruja sewaktu membaca akhbar tentang boikot dan keluar dewan. Tengoklah orang yang bijak cepat belajar kendali peranan. Tapi kan dah itu trademark pembangkang, kalau ta` tunjuk aksi-aksi macam tu bukan pembangkanglah.

Terdengarlah juga oleh saya dalam satu majlis diIpoh yang mengumumkan pada akhir Ogos akan ada kerajaan baru pulak. Kerajaan yang ada sekarang ni ta` pandai serbaserbi. Ya ta` ya lah pulak. Orang yang baru sangat jadi pembangkangpun dah boleh perform with flying colours. Jadi kerajaan dengan serba serbi ada tapi ta` sudi memandai jadi jawapanya ta` performlah.

Saya ta` hairan sangat yang mereka sekarang bersemangat betul. Kan mereka dah ada Tonik. Tonik tu semasa dengan kita dulu apa dia ta` kata kat mereka tu. Sayapun kalau ada kemahiran macam dia…serupa lah. Tapi ada satu pesanan kepada pengamal tonik: Guna sebelum……..kerana tonik ada tarikh luput


Where Do We Go Now

July 3, 2008

“where do we go now…sweet child of mine” adalah lirik lagu Guns & Roses dinyanyikan oleh Amylia dikonsert AF. Saya mahu andaikan benda ini kepada Partai kesayangan saya. Saya minta pembaca tidak salah faham dengan apa yang hendak saya katakan.

Kemana hendak dibawa…PKR ini? Terus berusaha untuk kePutrajaya atau cukup sekadar keKerajaan Tempatan. Cerita memilih Ahli Majlis ni cukuplah telus. Semua ahli diberi peluang memohon. Ada kawan bertanya saya ta` memohon ke? Saya jawab secara jujur yang saya ta` tahupun tentang adanya laungan untuk ahli-ahli memohon.

Ketua Bahagian saya ta` cakap apa pun. Ta` kan saya nak memandai-mandai pergi kepejabat perhubungan negeri ambil borang. Lagipun secara jujur saya nyatakan disini bahawa saya bukanlah orangnya yang suka mengambil kesempatan.

Dalam majlis penerangan berkait dengan pemilihan ketua-ketua kampong,ahli-ahli majlis dan ahli JKKK bilangan jawatan adalah terhad. Sesiapa yang tidak terpilih mestilah menerima hakikat ini. Soalnya sekarang bagaimana pula jawatan-jawatan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Negeri, Kemajuan Pertanian dan sebagainya hendak diagih-agihkan? Saya cadangkan perkara ini diagih-agihkan dikalangan ketua-ketua sudahlah senang cerita.

Apa yang dapat saya lihat sebaik saja PR dapat terajui kerajaan, orang-orang bekas UM NO yang dulunya masuk sebab kena buang dari UMNO dan masuk sebab nampak ada banyak peluang sudah mula TUNJUK BELANG. Orang-orang terrtentu saja boleh diberi peluang memohon apa-apa terutama kroni-kroni dan rakan-rakan yang sama kena buang dulu.

Kepada pimpinan pusat ambillah perhatian apa yang saya katakan ini. Ketua dinegeri ta` kan nak buat teguran sesama rakan dia.


RM625, 150 Equel to what?

June 29, 2008

Since the announcement of new prices of fuel and diesel the ordinary rakyat couldn`t have proper sleep.
They don`t use much petrol. The most they have is a Kapcai. Their concern is the said increase has really burden them directly in their daily life. May the Administration study the hardship faced by the very ordinary rakyat.

The Rebate is not doing any good. Simple arithmatic: Divide RM150 by 365 days (keep the answer to yourself). I think it is about time to suggest the reuse of Coupon (it was introduced during my late grandfather`s era)

For me I don`t really feel the pinch because I used to cycle 10km per day. From Rapat Setia to Ipoh Bandaraya I can make it within 25 minutes. Happy driving, while I will keep on cycling.