DATUK ABU HASSAN DALAM DILEMMA

November 16, 2009

Datuk  Abu  Hassan  jelas  dalam  Dilemma.  Timbalan  Presiden  Partinya  membuat  arahan  yang  beliau  mesti  hadir  keDewan  Undangan  Negeri Kedah  yang  dijadualkan   akan   bersidang   besok (17.11.09)  manakala  yang  terbaru  berita  dari  Mahkamah  Tinggi  Kuala  Lumpur  memutuskan  yang  kerusi  Kota  Siputeh  kosong  dan  sekaligus  mengarahkan  SPR  mengadakan  Pilihanraya  Kecil.

 

Sebagai  Ahli  UMNO  Datuk  Abu  Hassan  boleh  dikenakan  tindakan  tatatertib  jika  ingkar  kepada  arahan  Pucuk  Pimpinan  Partinya.  Sebagai    seorang   rakyat  pula   beliau  terbukti   Menghina  Mahkamah jika  beliau  berdegil  juga   lantas   hadir  sebagai  Ahli  Dewan.

Menyingkap  berita  secara  online sebentar  tadi  Barisan  Nasional  akan  mengemukakan  Rayuan  terhadap  keputusan  Mahkamah  Tinggi  tersebut.    Kita  terpaksa  menunggu  dengan  penuh  sabar  akan  perkembangan  selanjutnya.    Walau  bagaimanapun  perhatian  sudah  pasti  berpusat   diDewan  Undangan  Negeri  Kedah  pada  besok.

Sebagai  orang  biasa  kita  mungkin   akan   dapat  melihat  satu  lagi  sejarah  tercipta.  Berbagai  kemungkinan  boleh  berlaku.   Sedang  semua  pemikiran   tertumpu   diKota  Siputeh   mana  tahu  tiba-tiba  tiga  territory katak  diPerak  juga  diistihar  kosong.    Anggota  Parti  dalam  Pakatan  perlu  juga  bersiap  siaga  kepada  kemungkinan   tersebut.  Jentera   kita  sudah  boleh  dikemaskini  walaupun  BN  sedang  sibuk  mahu  membuat  Rayuan.


SERUPA TETAPI TIDAK SEMESTI SAMA

March 16, 2009

Singkatan-singkatan  seperti    PKR,   PRK,  RPK  nampak  macam   ada  persamaan  tetapi  sebenarnya    setiap  satu  mewakili  institusi  masing-masing.   PKR  adalah  sebuah  Parti  Politik  yang  semakin  hari  semakin  mendapat  tempat  dihati  rakyat.   Manakala   PRK  ialah  satu  aktiviti  yang  diselenggara  oleh  Suruhanjaya  Pilihanraya  bertujuan  mengisi  kerusi-kerusi  yang   kehilangan  penghuni.  Bagi  menjelaskan   RPK  pula   ianya   adalah  nama  seorang  seliberiti  yang  tidak  perlu  diperkenalkan.   Bila  disebut  namanya  orang  akan  terbayangkan  Internet  dan  bila  dibicara  tentang  Intenet  orang  akan  terbayangkan  dirinya.

Cerita  diatas  berkait  terus  dengan   perihal   jenama  atau  lebih  difahami  bila  disebut  “Branding”.  Pengaruh  “Brand”   telah  begitu  sebati  dengan  masyarakat  umum.   Lihat  saja  pada  satu  contoh  produk  Pengguna  iaitu   Ubat Gigi  Colgate.  Bila  membeli  kita  hanya  sebut  “colgate”.   Jika  kita  memerlukan  ubat  gigi  jenama  lain  maka  kita  kena  bersedia  dengan   maklumat   tentang  produk  tersebut  seperti  keluaran  siapa,  dimana  boleh  didapati, adakah  produk  tersebut  disahkan  halal  dan  sebagainya.

Begitu  juga  jika  sekiranya  sesuatu   jenama   yang  telah  ujud  sekian  lama.  Apabila   telah  usang  dimakan  usia  ia  sangat  perlu  kepada  pembaharuan.   Orang-orang  sekarang  menyebutnya  sebagai  “rebranding”.     Untuk  terus  bersaing  kaedah  perlu  dalam   penjenamaan  baru  mesti  digunapakai.

Begitu  jugalah  yang  diharapkan   kepada  parti-parti  politik.   Jika   tidak  mahu  tertinggal  jauh  dibelakang  usaha-usaha  “rebranding”    hendaklah   dilakukan   dengan  pantas.    Saya  nampak   sebuah  Parti  yang  telah  lama  ujud  dalam  negara  kini    sedang  melakukan  “rebranding”  dengan  cukup  pantas  iaitu  Parti  PAS.    Perubahan  yang  ketara  berlaku  dalam  PAS    semasa  PRU 12  ialah   calun-calun  yang   mereka   ketengahkan  terdiri  daripada  berbagai   profession  dan  pemimpin-pemimpin  muda.  Ianya  pula  diimbangi   dengan  para  alim  ulamak.    Dengan  memberikan  pilihan  sebegini  pihak  masyarakat  akan  berasa  lebih  berkeyakinan.

Bagi  mereka   yang  masih   berpegang  teguh  kepada  “retorik”  usang,   tidak  ada siapapun  mahu  menghalang.    Para  pemilih  dihari  ini    terdiri  daripada  orang-orang  yang  berilmu  pengetahuan.  Mereka  tidak  semudah  itu  untuk  percaya  kepada  janji-janji.  Dan  seperkara  lagi  mereka  juga  tidak  pernah  lupa  tentang  penganiayaan  yang  dilakukan  terhadap  mereka.   Untuk  berlaku  adil  kembalikanlah  hak  kepada  yang  berhak.


PILIHLAH AKU

March 7, 2009

PILIHLAH   AKU   adalah  tajuk   lagu   yang     dirakam    Lartiff  Ibrahim   disekitar    tahun-tahun   lapan pulohan ( 1980s).    Lirik  lagu  ini  sarat  dengan  janji.     Antara  lirik  yang  menyentuh   hati  ialah  seperti  berikut :

…” Andainya  aku jadi  temanmu…akan ku hibur hidupmu”

… “Andainya  aku   jadi  kasihmu…akan   ku   setia   selalu”

Apabila  kita  terjemahkan    untuk  bersesuaian  dengan  pelaku-pelaku  politik  lihat  saja  semasa  kempen-kempen  pilihanraya.   Bagi   sebuah  parti  yang   berhasrat     merampas    kekuasaan   disatu-satu  kawasan  mereka  sanggup  berjanji  apa  saja.      Bagi  orang-orang  yang  tidak  pandai  membaca  “body  language”  mereka  pasti  percaya  bulat-bulat  apa  yang  dijanjikan.

Masa  sudah  berlalu.    Para  pak  turut  sudah  kian  pupus.  Peti-peti  undi  kini  dikuasai  oleh  Saluran  Tiga  kebawah.  Kamu  janjilah   hendak  bawa   bulan  turun  keriba  –  mereka  (pengundi)  tidak  akan  percaya.  Mereka  sudah  cukup  kenal  pemimpin  “panas  tahi  ayam”.  Mereka  tidak   akan  tertipu  lagi   jika  pemimpin  seperti  Osman, Jamal,  Nasa  dan  Hee  ditonjolkan  jadi  calun.  Dalam  hati  kecil  mereka  Osman,Jamal,Nasa,Hee  masih  berhutang.  Tinggalkan  kerusi-kerusi  itu  dan  anggaplah  hutang  sudah  selesai.

Mereka    sudah   zahirkan   semasa  PRU  12  tempoh  hari.  Dan  pada  Pilihanraya  Kecil  Bukit  Gantang/Bukit  Selambau  nanti    mereka  sudah  bulat  hati  dan    akan  tunjukkan  dengan  lebih  jelas  bagaimana  mereka  menolak  calun-calun  dari  parti  yang  rakus    dan korup.  Beratus-ratus  aduan  rasuah  politik  yang  ahli  kemukakan  hanya  dikumpul   untuk    dijadikan   bantal  peluk  saja.

Pesanan  khas  kepada  parti  yang  mahu  mempertahan  kerusi-kerusi  yang  telah  kosong  ini  ialah  satu  saja.  Letakkan  calun   yang  moderate,  terbukti    mudah  didekati  dan  berjanji   dilingkungan  yang  berupaya  sahaja.  InsyaAllah  kita  akan  berjaya.


Bersedia Berdepan Rakyat

February 2, 2009
Suruhanjaya  Pelihanraya  (SPR)    Malaysia  telah  mengesahkan  menerima  surat  peristiharan    kekosongan    dua  ( 2 )  kerusi  Dewan Undangan   Negeri  Perak  dari  Speaker Dewan.     Keputusan    samaada  Pilihanraya-Pilihanraya Kecil  akan  diadakan  atau  sebaliknya  akan  hanya  dapat  diputuskan  didalam  Mesyuarat  SPR  yang  akan  diadakan  besok.
Sebelum  mengistiharkan  kekosongan   kerusi-kerusi  tersebut  Speaker  Dewan  terlebih  dahulu  telah  menerima  surat  perletakan  jawatan  dari ADUN-ADUN  yang  terbabit.
Mengikut  tradisi  dalam  PR  kerusi-kerusi  tersebut  akan   tetap  diwakili  oleh   calun-calun  dari  PKR.      Kepimpinan  PKR  jangan  membuang  masa  lagi.    Lakukan  saringan-saringan   terperinci  supaya  calun-calun  yang  bakal  ditonjolkan  nanti  adalah  dikalangan   orang-orang  yang  benar-benar  sayangkan  Parti.  Ahli-ahli  yang  senantiasa  mengutamakan  Parti,  tidak  putus-putus menyumbang  bakti ,  berjiwa  rakyat  dan  tidak merasa kecewa  walaupun  tidak  diberi  kepercayaan  memegang  sebarang  jawatan  dalam  Kerajaan  atau  GLC  perlu  diberi  KEUTAMAAN   sebagai  calun.     Elakan  dari  meletakan  semula  calun-calun   yang  kalah  dalam  PRU 12  (calun-calun Parlimen & DUN).
Saya  nyatakan   semua  ini   sebagai  satu  pendapat  ikhlas dari  seorang  ahli  yang  telah  menyertai  Parti  PKR  semenjak ianya  ditubuhkan  dan  yang  pernah  menjadi  Setiausaha  Bahagian, Timbalan Ketua  Bahagian dan  sekarang  masih  aktif  menyumbang  kepada  Parti  samaada  secara  langsung   atau  tidak  langsung.