PRU 13 : TERLALU AWAL MEMIKIRKANNYA

May 9, 2011

Pada  perkiraan  saya  tempoh  PRU  12  baru  separuh  perjalanan.   Akan  tetapi  banyak  pihak  sudah  merancang  akan  kedatangan   Pilihanraya  Umum  ke  13.   Dalam  kata  lain  orang-orang  politik  hanya  bijak  berbicara  tentang  hal-hal  mengundi  sahaja.

Masaalah  kehidupan  seperti  kenaikan  harga  barang  pengguna,   bencana  alam  seperti  banjir  yang  merosakan tanaman  tidak  diberi  perhatian  yang  sepatutnya.   Pemimpin  Parti   sama  ada  ianya  daripada  BN  mahupun  PR  banyak  menhabiskan  masa  diwarong-warong  kopi.

Saya  menulis  perkara  ini  dengan harapan  pemimpin  berserta  dengan  aktivis  parti   dalam  Pakatan  Rakyat  segera  turun  padang  mengambil  berat  tentang  keperluan  semasa  rakyat.     Tidak  perlu  diberi  terlalu  banyak  tumpuan  tentang  siapa  yang  akan  dipilih  sebagai  calun.   Yang  penting  Parti  kena  menang  baru  boleh  menubuhkan  Kerajaan.

Dalam  apa  keadaanpun  BN  jauh  kehadapan  didalam  menawan  hati  rakyat.  Mereka  berkuasa  dan  terlalu  banyak  resources  dibawah  jagaan.  Mereka  mampu  mengubah  persepsi  rakyat  sekelip  mata  sahaja.   Sebagai  contoh  pemilek  kenderaan  tua (10  tahun  keatas)  sudah  boleh  menikmati  premium  murah  mulai  tahun  ini.  Sekaligus  orang  akan  terlupa  betapa  sukarnya  sebelum  ini  terpaksa  membayar  sehingga  300%  premium  Insuran  sebelum Cukai  Jalan  boleh  diperbaharui.

Sekian  buat  seketika.


PETANDA AWAL BARISAN NASIONAL SUKAR BENTUK KERAJAAN DISARAWAK

April 6, 2011

Gelanggang  sudah  dibuka.   Tarikh  mengundi  bagi  hampir  Sejuta  Pemileh   diSarawak   telah ditetapkan   akan  berlangsung  pada  16  April  ini.  Walaupun  ia  telah diheret  hingga  keakhir  tempoh  Penggal,  keghairahannya  masih  memuncak.

Pada  sidang   Penamaan  Calun  disebelah pagi  tadi  jelas  menunjukkan  rakyat  Sarawak  “means  business“.       Seramai  213   Calun  berdaftar  merebut  71  Kerusi  Dewan  Undangan Negeri.  Satu   rekod  tercipta  dimana   tidak  ada  satu  kerusipun  dimenangi  oleh  BN  tanpa  bertanding  seperti  lazimnya.

Daripada   beberapa  petunjuk  awal  saya  meramalkan  Barisan  Nasional  didalam  keadaan  yang  amat  sukar  untuk  membentuk  Kerajaan  Baru.  Walaupun  sudah  menjalani  9  kali  Pilihanraya  Negeri  sebelum  ini  yang  masih  dicanang  adalah  politik  pembangunan.  Ini menunjukkan  mereka  gagal  dalam  aspek  tersebut.    Keduanya   adalah   soal   memileh  calun.    Semasa    sidang  akhbar  mengumumkan  calunpun  BN  masih  belum  100 %  bersedia.    Calun  bagi  N. 70  Ba` kalalan  masih  misteri.   Apa  yang  dapat  dilihat  bukannya  BN  kekurangan  pemimpin  berkaliber  untuk  diletak  disitu.  Persoalannya  yang  hebat-hebat  tidak  sanggup  berdepan  dengan  calun  Parti  Keadilan  Rakyat  Baru  Pian.   Sebagai  buktinya  Senator  Idris  Jala  pun  mengumumkan  yang  beliau  tidak  bertanding  disitu.  Beliau  membayangkan  untuk  kembali  kedunia  korperat.

Lebih  menguatkan  hujah,  jika   setiap  parti pembangkang  berjaya  memenangi  separuh  dari   jumlah  kerusi  yang   ditandingi  jumlah  yang  akan  mereka  perolehi  sekurang-kurangnya  36  kerusi.  Pecahannya  adalah  seperti  berikut:

            i.  SNAP  bertanding  27  kerusi  dan dijangka  boleh  menang  sekurang-kurangnya  13

          ii. PKR   yang  bertanding  satu lawan  satu  dengan  BN  di  22  kawasan  dijangka  boleh        menang  10  kerusi

       iii. DAP  yang  bertanding  13  kawasan  dijangka  tidak  ada  masaalah  untuk  memenangi  sekurang-kurangnya  10  kerusi

       iv. PAS  yang  bertanding  dikawasan-kawasan  cerah  besar  kemungkinan  akan  dapat  menawan  sekurang-kurangnya  3  kerusi

Satu   faktor besar  yang   sangat  jelas    Barisan  Nasional   sukar  membentuk  kerajaan  baru  ialah  faktor  kepimpinan  negeri  mereka.   Taib  Mahmud  dicabar  sengit  oleh  dua  calun  yang  masing-masing  memiliki  pengaruh  dikawasan  tersebut.   Jika  rakyat  berpuashati  dengan  pimpinannya  selama  ini  sudah  tentu  beliau boleh  memenangi  kerusi  tersebut  tanpa  bertanding.

Akhirnya,  jika  ada  mana-mana  pihak  yang   percaya  ”  Iklan Video Seks ”   sebagai  extra  mileage  haraplah  dilupakan  saja.  Kerana  ianya  segera  akan  luput  seperti  tamatnya  tempoh  “airtime”  bagi  handphone-handphone  kita  walaupun  baki  kreditnya  masih  banyak.  Headline  besok  akan  bertukar  mengenai  berita  kematian  ngeri  pula.


BARISAN NASIONAL SUDAH MULA TIDAK YAKIN

March 6, 2011

Secara  luar  biasa  Mingguan  Malaysia  diruangan  Fokus Khas terhadap  Pilihanraya  Kecil  yang   berlangsung  hari  ini  melontarkan  tajuk   MERLIMAU, KERDAU MILIK SIAPA? Ia  menjadi   luar  biasa  kerana  sebelum  ini  tajuk-tajuk  berita  yang  keluar  pada  pagi  hari  mengundi  adalah  seperti  Barisan   Pasti  Kekal  Kerusi,   Kali  Ini  Majoriti   Akan Lebih  Besar,  Pengundi  Atas  Pagar  Sudah  Mula  Buka  Mata dan  sebagainya.

lebih  mengejutkan  kenyataan  tersebut  keluar setelah  calun  BN   dikedua-dua   DUN    tersebut  turun   hingga  keKebun-Kebun  Getah  menagih  undi.  Disamping  itu   mengikut  beberapa  maklumat   special  appearance  oleh   Umi Hafilda   juga   telah   dapat  mengurangkan   jumlah  kehadiran  Ceramah-ceramah  Pakatan  Rakyat.

Sesungguhnya  rakyat  sudah  mula sedar  akan  hak  mereka   sebagai   rakyat  yang  menentukan  kerajaan.     Apa-apa perkhidmatan  daripada  jabatan-jabatan  kerajaan       didalam  tempoh  berkempen    tidak   memberi   apa-apa  kelebihan  kepada  mereka.                    Ia   lebih  merupakan   kerja-kerja   tertangguh   yang   telah   diabaikan  sekian  lama.              Cuma  ia  dijadikan  keutamaan  kerana  berlakunya  kekosongan  kerusi  ditempat  itu.               Jika  tidak  ada  Pilihanraya  Kecil  jangan  mimpi  mendapat   priority.

Segala  macam  maklumat  telah  disampaikan.  Segala  bantuan  juga  sudah  dihulurkan.  Dan     segala  janji-janji  juga  telah  disenaraikan.  Terpulanglah  kepada  kebijaksanaan  masyarakat  diMerlimau, Melaka  dan  diKerdau, Pahang  membuat  keputusan.

Bagi  Pakatan  Rakyat  kedua-dua  Pilihanraya  Kecil  ini  bolehlah  dianggap  sebagai  medan  latihan   bagi  mengetatkan  skru-skru  yang  longgar  dan   wake-up  call   sebelum   bertandang   keSerawak.

Kepada  petugas-petugas  SPR  diucapkan  selamat  bertugas  dan  terima  kasih.   Kepada   para  pengundi  yang  mempunyai  kuasa  hari  ini  diucapkan  selamat  mengundi.


IA BUKAN LAGI FIXED DEPOSIT

January 23, 2011

Tertera   dimuka   hadapan   Berita  Minggu   BN  sasar  5000  majoriti.  Satu  angka  yang  boleh   diterjemah  sebagai  memohon  simpati  daripada   pengundi-pengundi   diDUN  Tenang.  Negeri  Johor   yang  dulunya  dianggap   home  ground atau  bahasa  asetnya  Fixed  Deposit  nyata  kini  sudah  terhakis.

Ironinya  Negeri  yang  tidak  pernah  ditembusi   oleh  Parti   lain  sebelum  ini  sudah  mula  berubah  sempena  bencana  sinonim  tsunami sejak  awal  2008.       DiDewan  Undangan   N.05  Tenang  ini   pada  PRU  ke  11   UMNO  mendapat  majoriti  5517   kemudian    merosot  separuh  kepada  2492  dalam    PRU  ke  12.  Jika  benar  sudah  pulih  sepenuhnya  daripada  mimpi  ngeri  PRU  2008   mengapa  meletakkan   sasaran  sekadar  majoriti  5000 sahaja.

Kempen  sudah  bermula.   Didalam  media  semalam  dihebahkan  calun  BN  menziarah  pusara  bapanya.  Kemudian  calun  BN  mengunjungi   Makam  Tok  Tenang  sebaik  sahaja  selesai  proses  penamaan  calun.  Dari  satu  segi  kempen  BN  kali  ini  menampakkan   satu  kelainan.    Bergegas  kesesuatu  Makam  sebaik  sahaja  selesai  penamaan  calun  adalah  satu  kelainan  yang  cukup  luarbiasa.

Disini  suka  saya  sarankan  kepada  Mala  (calun  PAS)  supaya  terus  bergerak   menemui  pengundi.   Hayati  segala  rintihan  mereka  dan  berjanji  akan  membantu  menyelesaikan  masaalah-masaalah  yang  sedang   mereka  hadapi.    Sama  ada   akan   terpilih   atau  tidak   pada  30hb  kita  serah   kepada  Allah   Yang   Maha   Berkuasa.      Saya   hanya    menyebut     Mala  dalam  tulisan  ini   sebab  Normala  Sudirman  adalah   merupakan     seorang   rakan  Facebook.

Berdasar  kepada   Statistik  yang  terang  dan  nyata     calun   PAS boleh  menang  dengan  simple  majority.     Pengundi  mengikut  bangsa:   Melayu 47.54%   –    bukan  melayu  52.05%.   Angka  ini   tidak  termasuk  orang Asli 1.16%.       Pecahan   mengikut    gender    pula   51%     adalah  kaum  hawa.    Seolah-olah  kawasan  ini  seperti  kawasan  Bandar  Kosmopolitan.    Pengundi-pengundi    yang   selalunya    menakutkan   Pakatan    juga  tidak  ketara  diDUN  Tenang  ini  dimana  Pengundi   dari  kalangan  Orang  Asli  hanya     171  orang  manakala  Pengundi  Pos   sangat  ciput  iaitu  18  Pengundi  sahaja.    PAS  sebagai  underdog   jika   menang majoriti  satu  ( 1  )  undipun  sudah  lebih  daripada  cukup.

Harapan  saya  kepada  para  petugas  PR  jangan  tertinggal  satu  rumahpun  didalam  lawatan  nanti.   Nasihat  yang  paling  tepat   umpama   dimusim   harga   getah   mahal   ni   janganlah  tertinggal    walaupun   hanya  satu   pot (cawan  susu  getah).


APAKAH SATU ANDAIAN BOLEH DIKIRA RASUAH?

November 1, 2010

Walaupun  kelmarin  merupakan  hari  Ahad –  hari  untuk  berlibur  tetapi  ramai  yang  terpaksa  berada  indoor sebab  cuaca  mendung  dan   sekejap – sekejap  hujan.  Dah tak  tahu  macam  mana  nak  sorok  muka  kecut  dan  muram  ini.

Mujurlah  ada  satu  berita  disaluran    TV   yang  memecah  kesunyian  dan  merangsang  untuk  ketawa.     Ia   bersangkut   dengan    amaran    SPR   tentang   hal   ehwal  kesalahan  pilihanraya  dimana  pemberian  saguhati  kepada  pengundi   boleh   membatalkan  kemenangan.  Tambah   maklumat  itu  lagi  sesiapa  yang  mengetahui  tentang  berlakunya  perkara  tersebut  boleh  lapurkan  kepada  SPRM  kerana  ianya   berupa    rasuah  besar.   Sebenarnya  kita  semua  dah  cukup faham,   lagipun  ini  bukan  pertama  kali  rakyat  berdepan  dengan  Pilihanraya.

Persoalannya  ramai  kurang   arif   apa  itu  politik.   Tidak  akan  mungkin  Parti  PAS yang  telah  memerintah  diKelantan  selama  20  tahun  lebih  tidak  tahu   yang   perkara  itu    satu  kesalahan.     Sebenarnya  saya     melihat  apa  yang  dikatakan  kesediaan  PAS memberi  saguhati  kepada  pengundi  luar  adalah  merupakan  satu  strategi  kempen  pilihanraya  semata-mata.     Dalam   politik   cara    begitu   disebut  sebagai   reverse   psychology .   Antara  lain  maksudnya  ialah   supaya  pihak  lawan   tidak      melakukannya   dan  jika  parti PAS berjaya  mendapatkan  bukti  yang  perkara   tersebut  ada   berlaku   maka   urusan  mendedahkan  kepada  SPRM   akan   menjadi   cukup  mudah.

Penutup  bicara   kita  percaya  Pengundi  Galas  sudah     tersedia  maklum  –  ta`  kan  lah  projek  berjuta-juta  yang  disebut  dalam  kempen  boleh  tercetus   dalam  waktu   yang  singkat   ini   dan  boleh pula  disiapkan   sebelum  hari  mengundi.     Pekerjaan  yang  paling  mudah  ialah    menjual  janji.   Jika  tidak,  suasana   pilihanraya   dilihat  seperti  tidak  bermaya.   Yang   pasti  setiap  orang  diDUN  Galas  ini   tetap   berharap   kepada    peningkatan   taraf   hidup   yang  disebut-sebut.    Kepada  Yang  Berkenaan,  jangan  biarkan   mereka   hanya   menanti   seperti   yang  diungkap  Jamal  Abdillah    “Malam  menanti   Siang,   Siang  Menanti  Malam” dalam  lagu  yang  sangat  popular  bertajuk  Kekasih  Awal  dan  Akhir.


DUN GALAS : PADANG PERMAINAN BIARLAH RATA

October 11, 2010

Istilah ” Padang  Permainan  Yang  Tidak  Rata” bermaksud  dua   pihak   yang  sedang bertanding   tetapi   hanya  sebelah  pihak   dibenar  tidak  mengikut   syarat   dan  peraturan.     Didalam  pertandingan Tinju umpamanya  jika   pertandingan  diperingkat    lightweight pesertanya  hendaklah  yang   berada  dalam  Kelas  tersebut   kerana  apabila  bertarung  kedua-dua  peserta  itu   akan  memiliki  peluang  yang  sama  untuk  menang.    Kaedah  serupa  juga   patut  diamalkan  dalam  politik.

Apabila  nama  Tengku  Razaleigh  dicanang  oleh   berbagai  pihak  dalam  UMNO  sebagai       calun    yang  paling    ideal   bertanding   diDUN    Galas,   nampak   sangat      UMNO  cukup  desperate mahu  memenangi  Pilihanraya  Kecil  tersebut.    Melihatkan  begitu  ramainya   pemimpin  UMNO  berbagai  peringkat   diAirport  menyambut  kepulangan   Tengku  Razaleigh  dari  London  ianya  menjadi  sudah  terang  lagi  bersuluh.   Inilah  dilemmanya bila   ahli  tersangat  ramai (3  juta  lebih).

Teori  sebegini  juga   sudah   terbukti   berjaya   iaitu   diBagan  Pinang.   Walaupun  BN  boleh  menang  hands  down kerana   undi  pos    yang  melambak-lambak,    mereka     lebih  yakin  kepada  calun   heavyweight.    Yang  sedihnya    orang-orang    lain   tertutup      peluang    nak  jadi  YB.    Dalam   apa  calculation  pun   saya  tidak  percaya    Ketua   UMNO   Bahagian   Gua  Musang    tersebut  bersedia  terjun    sampai  kedasar   untuk  menyelamatkan   parti.  Peranan   beliau  sebagai  Ahli  Parlimenpun  sudah   lebih  daripada  cukup  bagi  mewakili   masyarakat  disitu.

Dengan  andaian  yang  disebutkan  ini  Parti  PAS  dilihat  dengan  mudah  boleh  kekal   diDUN  Galas  tambahan  pula  ada  ura-ura  hendak  meletakan  calun  dari  kalangan  Orang  Asli.    Walau  apapun  perkembangan  yang  akan  berlaku  diGua  Musang  dalam  waktu        terdekat  ini,  mata  kita  tidak  akan  dapat  mengelak  daripada  melihat  terlalu  ramainya  orang  menGALAS  beg.     Mereka   yang   dimaksudkan   terdiri   daripada  para   Wartawan,  Penganalisis  Politik     dan    kaum  Bloggers.

Kepada  para  pengundi  Dewan  Undangan  Negeri  Galas…….Bukakan  Tirai  dan  mulakan  Pesta  kerana    anda   akan   diminta  memperbaharui   mandat.


ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK

February 25, 2010

Isu  Royalty  minyak   yang   masih   hangat   diperdebat    sememangnya  satu  Isu  besar.    Sehinggakan    bagi  menangkis  gesaan    GEGAR  ( Gerakan   Bertindak   Kembalikan  Royalti  Rakyat)  pihak  Kerajaan  Pusat   terpaksa  memberi  penjelasan  melalui  Iklan  diAkhbar.    Tidak  dapat  dinafikan  Kerajaan  Negeri  Kelantan  dibawah  pimpinan  Parti  PAS  berhak   memperjuangkan    sesuatu  yang  due bagi  rakyatnya.

Perkara  ini  besar  kemungkinan  akan  berlarutan  hingga  kepertimbangan  Mahkamah.   Dalam  apa  keadaanpun  Tengku  Razaleigh  telah  melunaskan   tanggungjawab  beliau    dengan  begitu  berkesan  sekali.    Sebagai  mantan  Pengerusi  PETRONAS  beliau  telah  huraikan  segala  kebenarannya  dan  dilihat   akan  terus  mempertahankannya.

Setakat  ini  tidak   ada   sebarang   petunjuk   yang    Isu  ini      akan   dapat    diselesaikan.  Apa  yang  membingungkan   rakyat  biasa  seperti  penggemar  Teh  Tarik mengapa   apabila  terkena  kepada  Negeri  yang  diperintah   selain   dari  BN  perkara  sebegini   terjadi.    Lihat   saja   apa   yang  berlaku  diTrengganu  sebelum  ini.    Royalti  Minyak   yang  popular  itu  telah  diberhentikan  kerana   rakyat  menolak  BN  pada  PRU  ke  10.   Apabila  BN  kembali  berkuasa  diTrengganu   Royaltipun  muncul  semula.    Inilah  topic yang   sering  dibincang   dikedai-kedai  kopi.

Kita  kerap  mendengar  pemimpin-pemimpin   Pusat  berkata  yang  Negeri  Kelantan  adalah  yang  termundur  dari  segi   pendapatan  per kapita rakyatnya,  terkebelakang  dari  aspek  pembangunan   sehinggakan    ramai   yang   terpaksa   tinggalkan  Kelantan   supaya   tenaga   yang  kuat   yang  dimiliki  tidak   membazir  begitu  saja.   Saya  menumpang  bangga  sikap  yang  positif   yang  ditunjukkan.    Sekurang-kurangnya  mereka  tidak  terikat  lagi  dengan  Perumpamaan   Walaupun hanya   Hujan  Batu  DiNegeri  Sendiri –  Baiklah  diNegeri  sendiri.     Kenyataan  yang  terbaharu  pula    Negeri  Kelantan  dikenalpasti  sebagai  Negeri    yang  paling  kotor.      Jika   wang  royalty  (Anggarannya  RM200 Juta  setahun)  tersebut   berjaya   diperolehi  maka  secara  praktikalnya  segala  masaalah   yang  ditonjolkan   itu  tidak  mungkin  ujud.     Secara  lojiknya  juga  wang  sebanyak  itu   pasti   dapat  membahagiakan  setiap   orang.

Ternyata  sukar  bagi  Wang  Ehsan mengambil  alih  tanggungjawab  Wang  Royalty. Fungsinya  tidak  sama   manakala    perlaksanaannya  pula   ketara   berbeza.     Bagi    pengunjung-pengunjung  Warong  dan  Kedai  Kopi   hidangan   Teh  Tarik yang  sedap    lagi    menepati  citarasa,   itu     merupakan    satu  Ehsan.