JANGAN LUPA LIRIK

August 17, 2008

Hari ini hari minggu.   Biasanya sebelum kepasar saya dan isteri pergi sarapan diRestoran Pak Wan dulu.  Nampaknya kenalah ubah jadual sebab  Sang isteri sekarang berada diPermatang Pauh.  Saya akan pergi sehari dua lagi setelah beberapa urusan penting siap.  Kerja-kerja parti ni  berkonsepkan tolong menolong. Buat kata P.Ramlee “hari ini saya tolong sdri, esok-esok sdri tolong saya pula”.

Pendekkan cerita ,saya pergilah kepasar  dan bersarapan diWarong Pak Din.  Semua meja penuh kecuali satu meja hanya dihuni seorang yang cacat penglihatan. Saya menyapa “sdra sorang ke?” dia jawab “saya tak nampak, macamana nak jawab soalan tu” katanya.   Saya pun dengan rasa kesal memohon maaf kepadanya dan menyatakan yang saya ta` perasanpun tentang kecacatannya itu.

Dihadapannya saya lihat sudah ada segelas teh tarik. Saya tanya dia lagi ta` makan apa ke? Dia kata tunggu roti canai.  Sambil menunggu teh panas sampai saya bertanya lagi:  “Pakai smart ni ada beg sandang pula nak kemana?”  Dia jawab selamba “nak kerja – tunggu transport katanya.  Teh panas saya dah habis separuh, kueh tiga  ketul siap, roti canai dia saya tengok ta` sampai-sampai. Dia saya lihat tetap tenang menunggu.

Ta` semena-mena dia pula bertanya .Dia tanya  : Ada ke baca tentang budak ITM tunjuk perasaan membantah cadangan MB Selangor ?.   Saya jawab adalah sikit-sikit.   Sambil menggeleng-gelengkan kepala dia kata “budak-budak kita tu bukan ke yang mendapat keputusan SPM atau STPM  yang terbaik baru diterima masuk Universiti.  Dia menambah lagi sebelum ni mereka ta` dengar cerita ke yang Kabinet ada memberi kelulusan kepada pihak Universiti untuk bagi 10% bukan-bumi menyertai kursus persediaan. Tujuannya untuk persefaman dan harmoni diantara kaum dikalangan mahasiswa-mahasiswi.Mengapa masa tu mereka ta` protes? Keras sungguh nadanya.

Kemudian, seorang muda tampaknya jauh lebih smart daripada orang istimewa tu datang menjemputnya pergi.  Sebelum dia melangkah pergi dia minta saya tolong siarkan lirik lagu   “To Sir With Love” nyanyian Lulu.  Buat macam lagu permintaan katanya ditujukan kepada budak-budak U.  Ayat yang akhir keluar dari mulutnya sebelum dia beredar dia kata dia pernah mendapat bayaran paling lumayan sepanjang karier seniman jalanannya semasa mendendangkan lagu tersebut.  Dengan tidak menghampakan inilah dia lirik lagu “To Sir With Love”:

Those schoolgirl days, of telling tales and biting nails are gone,
But in my mind,
I know they will still live on and on,
But how do you thank someone, who has taken you from crayons to perfume?
It isn’t easy, but I’ll try,

If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That’s a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love


DEMONSTRASI/PROTES BUKAN MATA PELAJARAN

August 12, 2008

Sebuah berita mengenai sejumlah 5,000 pelajar UiTM membantah dan berdemonstrasi dengan mempamerkan sepanduk dihadapan Bangunan SAAS sangat mengecewakan saya.    Sebagai  anak bangsa  yang bertuah terpilih menuntut ilmu diMenara Gading saya syorkan saudara-saudari gunakan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Apabila keluar nanti dapatlah dimanafaatkan kepada masyarakat.  Bukankah ini niat asal sdra-sdri masuk Universiti. Perbuatan sdra-sdri dalam aktiviti kurang sihat ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsentrasi terhadap pelajaran.

Tidakkah sdra-sdri terfikir apa perasaan anak bangsa yang tidak berpeluang seperti yang sdra-sdri nikmati ini.  Mereka mengharapkan sdra-sdri untuk membela nasib masyarakat kita. Apa yang sdra-sdri  lakukan ini seperti berarak sejak jam 7.00 pagi lagi dan berasa cukup puas apabila dapat  sampaikan Nota Bantahan.

Serahkan urusan membantah cadangan tersebut kepada parti-parti politik menanganinya. Tugas sdra-sdri adalah belajar. Fikirkan nasihat saya ini. Siapa pula yang akan tolong “tunjuk perasaan” bagi pihak sdra-sdri apabila gagal dalam pengajian nanti.

Belajar ni sangat susah, kita jangan buang masa melayan perasaan.  Saya berani berkata begini kerana saya juga seorang pelajar. Kalau nak diikutkan keadaan saya lagi susah kerana segala yuran dan bayaran pengajian saya tanggung sendiri.