Apa Ada Pada Nama

November 28, 2008

Apa Ada Pada Nama adalah satu Soalan yang kini hanya digunakan sebagai ungkapan semata-mata. Ianya terjadi begini kerana “Apa ada pada nama” adalah satu soalan yang dengan sendirinya menjadi jawapan.

Lanjutan dari kisah NAMA bagi sesuatu benda atau perkara ni teringat saya tentang satu webmaster yang menamakan dirinya PERAKBANGKIT. Jenuh juger ler saya selongkor dalam kamus nak tahu makner BANGKIT sebenornya. Akhirnya terjumper juger dan maknernya ialah “satu kesedaran dari tidur yang panjang (50 yrs >) dan dalam keadaan MAMEY kena buat semuanya  in one go” takut-takut ta` sempat nak kemaskini report-card menjelang PRU13 yang diramalkan akan berlaku anytime before 2012. Sudah pastilah PM baru memerlukan Mandat baru.

Dalam apa pun   keadaan nya     saya ta` fikir SiBangkit tu dapat membereskan semua backlog tu “on time” sebab dia ta` attempt kepada masaalah-masaalah rakyat. Yang dia dok sibuk nampaknya “jaga tepi kain Matsamankati” dan beberapa bloggers lain dengan harapan boleh mematahkan semangat mereka.

Saya suka bagi beberapa tips macamana nak tebus balik negeri. Pertama pastikan angka rakyat termiskin yang ditadbir jkkp turun keparas .00 %. Kedua mengenai perkara “top of the chart” (membiayai kos ahli yang nak hadir mesyuarat. Elok diberi kata-kata perangsang yang pengorbanan mereka  bersusah payah dapat  juga hadir mesyuarat penting tu sangatlah  besar ganjarannya diakhirat nanti. Yang ketiga jalankan Analisa khusus apakah sebab musababnya bangunan-bangunan yang dibina menggunakan duit rakyat terlalu mudah runtuh seperti MRR2 dan Blok Pentadbiran diBanding. Ada banyak lagi tips percuma ni tetapi semata- mata bergantung pada demand.

Berbalik kepada cerita matsamankati ni saya rumuskan begini. Dia tu orangnya liberal, mudah nak jumpa, tidak menyorokan identiti dan ta` bergaya sangat tapi gentleman beb.