Masih Tidak Percaya?

April 8, 2009

Petunjuk  awal  telah  terjelma   dalam  Pilihanraya  Umum  Ke 12.  Diperkukuh  pula  diPermatang  Pauh  dan  diKuala  Trengganu  dan  yang  terakhir    termeterai  (sealed)   diBukit  Gantang.     Rakyat  Malaysia  telah   mengambil  keputusan  sistem   politik   Dua  Parti  seperti   di – AS   sahajalah  yang  dapat  menyelamatkan  negara  ini.  Mana-mana  parti    memerintah  tetapi  “under   performed”   akan  ditolak  pada  penggal  berikutnya.   Sebarang  Ikrar  seperti  akan  berusaha  mengurangkan  gejala  rasuah,  janji-janji    membawa  pembangunan  sekiranya  diberi  mandat  sudah  tidak  laku   lagi  untuk   membuat  rakyat  rasa  terpikat.

Rakyat  sedang  merencanakan  satu  gelombang  besar  bertujuan   mengubah  iklim  politik  negara  ini.  Rakyat  juga  tidak  terikat    memberikan   kuasa  kepada  Pakatan  Rakyat  sekiranya  rumah –  rumah  Parti  tersebut   tidak  diurus  dengan  baik.  Rakyat  mahu  tengok  Report  Card  dulu  sebelum  memberikan  pertimbangan.   Yang  jelas  tidak  lagi  kepada   yang  sedang  menikmatinya.

Alasan   mengapakah  rakyat  mahu  perkara  diatas  berlaku  berpandu   kepada indikator-indikator  mudah.    Indikator      pertama   lihat   sahaja   hasil  daripada    “contingency plan”             oleh    BN      dengan  membawa  Dr.  M   berkempen  disaat-saat  akhir.  Kedua,    berapa  ramaipun  calun-calun  Bebas  menawar  diri  untuk  berkhidmat  ditolak  oleh  rakyat  dengan  penuh  berhikmat.     Keputusan   undi-undi  yang  diperolehi  calun  Bebas  hendaklah  dilihat  sebagai ”  Amaran ”    kepada  sesiapa  saja  dimasa-masa  mendatang  dan  sama  sekali    bukan  undi  simpati.  Ketiga,   walaupun   kempen-kempen  yang  diadakan  bagai  nak  rak,  para  pengundi  tetap  melakukan  perkara  yang  sama  seperti   pada  PRU  ke 12.  Pertambahan  majoriti  kepada  pemenang  adalah  disebabkan  pertambahan  pengundi-pengundi  baru.

Saya  rasa  cukuplah  setakat  ini  indikatornya.  Jika  semua  sekali  saya  huraikan  disini  besok-besok  dah  ta`  ada  modal  nak  tulis.  Berdasarkan  findings  diatas,  Pakatan  Rakyat   jika  benar-benar   berhasrat   mahu   mengambil  alih  pemerintahan,  usaha  keras   mesti  bermula  dari  sekarang.    Jika  ada  yang  berfikir  ada  “prospect”  ditubuhkan    sebuah  Parti  Baru   juga  kena  bermula  dari  sekarang.

Nasihat  kepada  para  Bloggers  ta`  perlu  ribut-ribut.  Berehatlah  dulu  daripada  kepenatan   yang  baru  saja  “recess”.  Lagipun  semua  infrastuktur  sudah  sedia  ada.  Apa  saja  plan  yang  datang   termasuk  yang  Ad-hoc   para   BloggersNetwork@Perak   sentiasa  ready.  Adakalanya  Bombapun  kalah.

Akhir  sekali,  satu  kempen      “undi rosak sifar”   sangatlah  perlu.


Fatwa Zambry: Tanam Pokok Derhaka

March 10, 2009

Sememangnya  saya  tidak  ariff    dengan  perkara-perkara  berkaitan  hukum.   Tetapi   sepanjang   yang   saya   tahu   kita   sesama  manusia  tidaklah  boleh    ada   diantara  kita  yang    berasa     mempunyai    hak  dan   keistimewaan  dimana  kita  boleh  menghukum   seseorang.

Dimanakah   kewajarannya    bagi  Zambry   apabila   dia     menyifatkan    orang-orang  yang  menanam  pokok (demokrasi)  hujan  disatu  lereng    dikawasan   lapang   berhadapan   bangunan  SUK   sebagai     kemuncak     Penderhakaan  kepada  Sultan.  Zambry  kena  faham   apabila  bangunan  yang  sepatutnya   dikhaskan  untuk  para  penggubal  undang-undang   bermesyuarat  dikunci  dan   dikawal  oleh  pihak   keselamatan,  itu  sudah    menjadi     “moment  of  history”.   Generasi   akan  datang  perlu  mengetahui   sejarah  ini     bukan  setakat  tahu   cerita-cerita   beratus-ratus  lapuran   rasuah  politik   yang  ta`  ada   sebarang  tindakan.

Seperkara  lagi,  disamping   berhak  berfatwa  kedudukan  sdra  Zambry  kini   sedang  dipertikai  diMahkamah.  Tidakkah   kenyataan-kenyataan  sdra   itu  boleh  mempengaruhi  mahkamah?

Bagi  sdra/sdri  yang  masih  belum   melihat   plak & pokok  demokrasi  tersebut,  datanglah   cepat  kerana  saya  yakin  pihak  Kerajaan  Tempatan   sudahpun  mula  menjeling-jeling  kekawasan  tersebut.   Saya  baru  sahaja   pergi   melihatnya,  nampaknya  ta`  putus-putus  orang  datang  termasuk  juga  sebuah  Van  dari  Bandaraya.

Walau  apapun  yang  terjadi  kepada  plak  dan  juga  pokok-pokok  tersebut   selepas  ini,  apa  yang  telah  terpahat  dalam  ingatan  para  pencinta  demokrasi   ia   tidak  akan  terpadam.