PRESIDEN GEMILANG

August 1, 2008

Kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.   Memanglah saya terkilan apabila mendapat berita yang Datuk Seri Presiden berundur sebagai AP untuk memberi ruang kepada Ketua Umum.  Demi masa depan ummah  rencana begini adalah tepat.

Ta` usahlah dihiraukan sangat komen-komen Dr M tu.  Peluang dia nak jadi AP dah tertutup tetapi tetap ta` senang tengok orang lain dapat peluang. Saya yakin dan percaya Party kita akan terus menguasai kerusi tersebut.

Jasa yang telah Datuk Seri taburkan tidak terhingga jumlahnya. Tidak keterlaluan saya katakan perkataan KEADILAN yang terdapat didalam Kamus bila didefinasikan maknanya ialah PKR.  Percayalah inilah satu-satunya Party yang akan kekal dibumi Malaysia ini dan semua kredit itu adalah hak mutlak Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Sebagai seorang ahli party saya doakan Datuk Seri akan senantiasa didalam sihat sejahtera dan berbahgia.

Melayu PKR tidak pernah lupa apa yang Bekas Tok Rejim rekacipta.