DUN GALAS : PADANG PERMAINAN BIARLAH RATA

October 11, 2010

Istilah ” Padang  Permainan  Yang  Tidak  Rata” bermaksud  dua   pihak   yang  sedang bertanding   tetapi   hanya  sebelah  pihak   dibenar  tidak  mengikut   syarat   dan  peraturan.     Didalam  pertandingan Tinju umpamanya  jika   pertandingan  diperingkat    lightweight pesertanya  hendaklah  yang   berada  dalam  Kelas  tersebut   kerana  apabila  bertarung  kedua-dua  peserta  itu   akan  memiliki  peluang  yang  sama  untuk  menang.    Kaedah  serupa  juga   patut  diamalkan  dalam  politik.

Apabila  nama  Tengku  Razaleigh  dicanang  oleh   berbagai  pihak  dalam  UMNO  sebagai       calun    yang  paling    ideal   bertanding   diDUN    Galas,   nampak   sangat      UMNO  cukup  desperate mahu  memenangi  Pilihanraya  Kecil  tersebut.    Melihatkan  begitu  ramainya   pemimpin  UMNO  berbagai  peringkat   diAirport  menyambut  kepulangan   Tengku  Razaleigh  dari  London  ianya  menjadi  sudah  terang  lagi  bersuluh.   Inilah  dilemmanya bila   ahli  tersangat  ramai (3  juta  lebih).

Teori  sebegini  juga   sudah   terbukti   berjaya   iaitu   diBagan  Pinang.   Walaupun  BN  boleh  menang  hands  down kerana   undi  pos    yang  melambak-lambak,    mereka     lebih  yakin  kepada  calun   heavyweight.    Yang  sedihnya    orang-orang    lain   tertutup      peluang    nak  jadi  YB.    Dalam   apa  calculation  pun   saya  tidak  percaya    Ketua   UMNO   Bahagian   Gua  Musang    tersebut  bersedia  terjun    sampai  kedasar   untuk  menyelamatkan   parti.  Peranan   beliau  sebagai  Ahli  Parlimenpun  sudah   lebih  daripada  cukup  bagi  mewakili   masyarakat  disitu.

Dengan  andaian  yang  disebutkan  ini  Parti  PAS  dilihat  dengan  mudah  boleh  kekal   diDUN  Galas  tambahan  pula  ada  ura-ura  hendak  meletakan  calun  dari  kalangan  Orang  Asli.    Walau  apapun  perkembangan  yang  akan  berlaku  diGua  Musang  dalam  waktu        terdekat  ini,  mata  kita  tidak  akan  dapat  mengelak  daripada  melihat  terlalu  ramainya  orang  menGALAS  beg.     Mereka   yang   dimaksudkan   terdiri   daripada  para   Wartawan,  Penganalisis  Politik     dan    kaum  Bloggers.

Kepada  para  pengundi  Dewan  Undangan  Negeri  Galas…….Bukakan  Tirai  dan  mulakan  Pesta  kerana    anda   akan   diminta  memperbaharui   mandat.