Sana/Sini sebelum PRK P.36

December 15, 2008

Walaupun Hari Penamaan Calun masih jauh dihadapan, ianya tidak menghalang seorang Rakyat Malaysia bernama ISMA AIRFATH BIN HASSANUDDIN, 38 Tahun mengumumkan kepada MEDIA  yang dia menawarkan diri untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Kuala Trengganu.  Beberapa akhbar utama menyiarkan berita ini yang tidak juga ketinggalan ialah BERNAMA.

Saya sama sekali tidak terkejut dengan pengumuman ini kerana sejak SPR umumkan tarikh – tarikh penamaan calun dan pilihanraya kecil bagi kerusi  parlimen P.36  seminggu yang lepas segala-galanya sejuk saja seperti ta` ada apa.  Jadi salah satu tujuan penama diatas membuat pengumuman ialah untuk memulakan paluan gendang.

Antara tujuan beliau menawarkan diri ialah pertama untuk mencapai cita-cita menjadi seorang wakil rakyat. Kedua untuk menabur bakti kepada penduduk dalam kawasan parlimen ini. Yang ketiganya kerana pihak parti-parti besar seperti menyepi.

Dalam banyak-banyak lapuran akhbar bersabit dengan penawaran diri sdra Isma ini ialah  lapuran yang terkandung dalam Akhbar NST (15 Dec) m.s. 4, menyatakan bahawa Isma ini ialah ahli UMNO.

Sekiranyalah benar apa yang saya baca tu, ia membawa erti bahawa Sdra Isma ini Kebal orangnya.   Setelah bertanding sebagai calun bebas diPRU12 tidakpun dikenakan sebarang tindakan tatatertib parti dan besar kemungkinan akan terlepas lagi kali ini.

Daripada wajahnya yang terpampang diakhbar hari ini saya rasa saya tidak silap mengatakan yang orang ini tidak gentar langsung untuk bersaing dengan calun-calun besar  apabila selesai saja proses penamaan calun nanti.

Kalaupun ada rasa-rasa  gerun hanyalah sekiranya seorang Mak Cik tu berjaya mendapatkan dana untuk turut serta bersaing.  Kerana umum sudah mengetahui bahawa Mak Cik yang dimaksudkan ini sudahpun membuat rayuan melalui BLOG.   Walau apapun tanggapan orang , pengaruh BLOG sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sehingga ketemu lagi.