KEJUTAN BUDAYA

July 18, 2008

Sungguh mengejutkan sebuah kampong yang damai dipinggir Bandaraya Ipoh akan didatangi satu Upacara Besar Rakyat . Apa yang tertera pada ‘Banner’ program berbunyi “MENGRAKYATKAN BUDAYA”. Acara-acara yang akan dilangsungkan banyak sekali dan ianya termasuklah Kenduri Rakyat dan Karaoke Pop Enam Pulohan dan pasti riuh rendahlah esok (sabtu 19hb) dari 8.00pgi – 5.00ptg.

Program yang dianjurkan oleh KekWA dan co-sponsored oleh Rukun Tetangga sangat-sangat tidak kena pada tempat dan juga masa dimana rakyat jelata sedang berhempas pulas menghadapi kenaikan harga bahanapi yang tinggi dan harga barangan keperluan melambung. Memang benar mereka akan dapat melupakan masalah inflasi seketika setelah menikmati jamuan dan hiburan.

Saya sangat kagum dengan anggota-anggota Wanita PKR Perak. Melalui Ketuanya Puan Fatmawaty Salim telah bertungkus lumus membantu penduduk yang daif dengan memberi bantuan barang keperluan yang diperolehi dari NGO-NGO tertentu. Ketua Wanita PKR ini tidak berhenti disitu sahaja, menurut satu sumber beliau sedang berusaha untuk melibatkan anggota kerajaan membantu menjayakan hasrat murni ini.

Negara kita sudah berusia lebih 50 tahun apakah rakyat kita masih belum kenal apa itu budaya?
Disini saya meminjam kata-kata Nabil seketika: “Kita sama-sama fikir…”