SEMALAM, AKUPUN MIMPI JUGA

May 11, 2011

Terpanggil  setelah  mendengar  kisah  mimpi zahid mat arip  sebenarnya  semalam  sayapun  bermimpi  juga.    Dalam  keadaan  yang  begitu  panas    sukar  sekali  untuk   melelapkan  mata.  Walau  bagaimanapun  saya  terlena  juga  akhirnya.   Saya  terjaga  sebaik  sahaja  jam  loceng  mengejutkan  untuk  saya  menunaikan  solat  subuh.

Setelah  selesai  mengerjakan  solat  bersendirian  saya  tersedar  yang  malam  tadi  saya  ada  bermimpi.  Seperti   sdra  zahid,   saya  juga  mahu  kongsikan  mimpi   ini  dengan  rakyat   supaya  menjadi  peringatan.

Saya  bermimpi  bahan  makanan   sangat   berkurangan  dipasaran.   Negara-negara  yang   pada  kebiasaannya  menjadi  pengeluar  bahan-bahan  seperti  beras,  gandum  dan  jagung  hanya  mampu  membekalkan  bagi  kegunaan  dalam  negara  mereka  sendiri  sahaja.  Rata-rata  rakyat  mengzahirkan  rasa  kesal  kerana  selama  ini  membiarkan  tanah  yang  subur  dipenuhi  semak   samun  saja.   Kawasan  yang  dulunya  bendang  kini  terbiar  seperti  padang  bola  yang  tidak  diurus.   Saya  sendiripun  didalam  mimpi  itu  kehulu kehilir  mencari  bahan makanan.  Saya   pasti  tidak  ada  apa  lagi  yang  dapat  saya  pertahankan    jika  perut   masih   tidak  diisi.

Kini  setelah  saya  sedar  akan  ngerinya  mimpi  seperti  itu,  saya  akan  terus  berdoa  kepada  Yang  Maha  Berkuasa  supaya  ianya  tidak  menjadi  kenyataan.  ya  Allah,  selamatkan  negara   dan  rakyat  Malaysia  dari ditimpa  bencana  seperti  dalam  mimpi  saya  itu.   Kita  mempunyai  tugas  besar  untuk  meletakan  negara  ini  sebagai  negara  maju  pada  tahun  2020.

Akhir  sekali  saya  bersyukur  kerana  mendapat  mimpi  yang  sebegini.  Setidak-tidaknya  ia    menginsafkan  diri  saya  sendiri  tentang  menghargai  kehidupan.  Kepada  sdra  zahid mat  arip  saya  berharap   dimasa-masa  kehadapan  ini  beliau  akan  mendapat  mimpi  yang  lebih  canggih  untuk  dijadikan  petunjuk   cara-cara   menyelamatkan  taukeh  politik  beliau.  Penutup  bicara  buat  kata  Azlina  Aziz  “Kerana  Mimpi  Hanya  Mimpi”. 


PRU 13 : TERLALU AWAL MEMIKIRKANNYA

May 9, 2011

Pada  perkiraan  saya  tempoh  PRU  12  baru  separuh  perjalanan.   Akan  tetapi  banyak  pihak  sudah  merancang  akan  kedatangan   Pilihanraya  Umum  ke  13.   Dalam  kata  lain  orang-orang  politik  hanya  bijak  berbicara  tentang  hal-hal  mengundi  sahaja.

Masaalah  kehidupan  seperti  kenaikan  harga  barang  pengguna,   bencana  alam  seperti  banjir  yang  merosakan tanaman  tidak  diberi  perhatian  yang  sepatutnya.   Pemimpin  Parti   sama  ada  ianya  daripada  BN  mahupun  PR  banyak  menhabiskan  masa  diwarong-warong  kopi.

Saya  menulis  perkara  ini  dengan harapan  pemimpin  berserta  dengan  aktivis  parti   dalam  Pakatan  Rakyat  segera  turun  padang  mengambil  berat  tentang  keperluan  semasa  rakyat.     Tidak  perlu  diberi  terlalu  banyak  tumpuan  tentang  siapa  yang  akan  dipilih  sebagai  calun.   Yang  penting  Parti  kena  menang  baru  boleh  menubuhkan  Kerajaan.

Dalam  apa  keadaanpun  BN  jauh  kehadapan  didalam  menawan  hati  rakyat.  Mereka  berkuasa  dan  terlalu  banyak  resources  dibawah  jagaan.  Mereka  mampu  mengubah  persepsi  rakyat  sekelip  mata  sahaja.   Sebagai  contoh  pemilek  kenderaan  tua (10  tahun  keatas)  sudah  boleh  menikmati  premium  murah  mulai  tahun  ini.  Sekaligus  orang  akan  terlupa  betapa  sukarnya  sebelum  ini  terpaksa  membayar  sehingga  300%  premium  Insuran  sebelum Cukai  Jalan  boleh  diperbaharui.

Sekian  buat  seketika.


PETANDA AWAL BARISAN NASIONAL SUKAR BENTUK KERAJAAN DISARAWAK

April 6, 2011

Gelanggang  sudah  dibuka.   Tarikh  mengundi  bagi  hampir  Sejuta  Pemileh   diSarawak   telah ditetapkan   akan  berlangsung  pada  16  April  ini.  Walaupun  ia  telah diheret  hingga  keakhir  tempoh  Penggal,  keghairahannya  masih  memuncak.

Pada  sidang   Penamaan  Calun  disebelah pagi  tadi  jelas  menunjukkan  rakyat  Sarawak  “means  business“.       Seramai  213   Calun  berdaftar  merebut  71  Kerusi  Dewan  Undangan Negeri.  Satu   rekod  tercipta  dimana   tidak  ada  satu  kerusipun  dimenangi  oleh  BN  tanpa  bertanding  seperti  lazimnya.

Daripada   beberapa  petunjuk  awal  saya  meramalkan  Barisan  Nasional  didalam  keadaan  yang  amat  sukar  untuk  membentuk  Kerajaan  Baru.  Walaupun  sudah  menjalani  9  kali  Pilihanraya  Negeri  sebelum  ini  yang  masih  dicanang  adalah  politik  pembangunan.  Ini menunjukkan  mereka  gagal  dalam  aspek  tersebut.    Keduanya   adalah   soal   memileh  calun.    Semasa    sidang  akhbar  mengumumkan  calunpun  BN  masih  belum  100 %  bersedia.    Calun  bagi  N. 70  Ba` kalalan  masih  misteri.   Apa  yang  dapat  dilihat  bukannya  BN  kekurangan  pemimpin  berkaliber  untuk  diletak  disitu.  Persoalannya  yang  hebat-hebat  tidak  sanggup  berdepan  dengan  calun  Parti  Keadilan  Rakyat  Baru  Pian.   Sebagai  buktinya  Senator  Idris  Jala  pun  mengumumkan  yang  beliau  tidak  bertanding  disitu.  Beliau  membayangkan  untuk  kembali  kedunia  korperat.

Lebih  menguatkan  hujah,  jika   setiap  parti pembangkang  berjaya  memenangi  separuh  dari   jumlah  kerusi  yang   ditandingi  jumlah  yang  akan  mereka  perolehi  sekurang-kurangnya  36  kerusi.  Pecahannya  adalah  seperti  berikut:

            i.  SNAP  bertanding  27  kerusi  dan dijangka  boleh  menang  sekurang-kurangnya  13

          ii. PKR   yang  bertanding  satu lawan  satu  dengan  BN  di  22  kawasan  dijangka  boleh        menang  10  kerusi

       iii. DAP  yang  bertanding  13  kawasan  dijangka  tidak  ada  masaalah  untuk  memenangi  sekurang-kurangnya  10  kerusi

       iv. PAS  yang  bertanding  dikawasan-kawasan  cerah  besar  kemungkinan  akan  dapat  menawan  sekurang-kurangnya  3  kerusi

Satu   faktor besar  yang   sangat  jelas    Barisan  Nasional   sukar  membentuk  kerajaan  baru  ialah  faktor  kepimpinan  negeri  mereka.   Taib  Mahmud  dicabar  sengit  oleh  dua  calun  yang  masing-masing  memiliki  pengaruh  dikawasan  tersebut.   Jika  rakyat  berpuashati  dengan  pimpinannya  selama  ini  sudah  tentu  beliau boleh  memenangi  kerusi  tersebut  tanpa  bertanding.

Akhirnya,  jika  ada  mana-mana  pihak  yang   percaya  ”  Iklan Video Seks ”   sebagai  extra  mileage  haraplah  dilupakan  saja.  Kerana  ianya  segera  akan  luput  seperti  tamatnya  tempoh  “airtime”  bagi  handphone-handphone  kita  walaupun  baki  kreditnya  masih  banyak.  Headline  besok  akan  bertukar  mengenai  berita  kematian  ngeri  pula.


BARISAN NASIONAL SUDAH MULA TIDAK YAKIN

March 6, 2011

Secara  luar  biasa  Mingguan  Malaysia  diruangan  Fokus Khas terhadap  Pilihanraya  Kecil  yang   berlangsung  hari  ini  melontarkan  tajuk   MERLIMAU, KERDAU MILIK SIAPA? Ia  menjadi   luar  biasa  kerana  sebelum  ini  tajuk-tajuk  berita  yang  keluar  pada  pagi  hari  mengundi  adalah  seperti  Barisan   Pasti  Kekal  Kerusi,   Kali  Ini  Majoriti   Akan Lebih  Besar,  Pengundi  Atas  Pagar  Sudah  Mula  Buka  Mata dan  sebagainya.

lebih  mengejutkan  kenyataan  tersebut  keluar setelah  calun  BN   dikedua-dua   DUN    tersebut  turun   hingga  keKebun-Kebun  Getah  menagih  undi.  Disamping  itu   mengikut  beberapa  maklumat   special  appearance  oleh   Umi Hafilda   juga   telah   dapat  mengurangkan   jumlah  kehadiran  Ceramah-ceramah  Pakatan  Rakyat.

Sesungguhnya  rakyat  sudah  mula sedar  akan  hak  mereka   sebagai   rakyat  yang  menentukan  kerajaan.     Apa-apa perkhidmatan  daripada  jabatan-jabatan  kerajaan       didalam  tempoh  berkempen    tidak   memberi   apa-apa  kelebihan  kepada  mereka.                    Ia   lebih  merupakan   kerja-kerja   tertangguh   yang   telah   diabaikan  sekian  lama.              Cuma  ia  dijadikan  keutamaan  kerana  berlakunya  kekosongan  kerusi  ditempat  itu.               Jika  tidak  ada  Pilihanraya  Kecil  jangan  mimpi  mendapat   priority.

Segala  macam  maklumat  telah  disampaikan.  Segala  bantuan  juga  sudah  dihulurkan.  Dan     segala  janji-janji  juga  telah  disenaraikan.  Terpulanglah  kepada  kebijaksanaan  masyarakat  diMerlimau, Melaka  dan  diKerdau, Pahang  membuat  keputusan.

Bagi  Pakatan  Rakyat  kedua-dua  Pilihanraya  Kecil  ini  bolehlah  dianggap  sebagai  medan  latihan   bagi  mengetatkan  skru-skru  yang  longgar  dan   wake-up  call   sebelum   bertandang   keSerawak.

Kepada  petugas-petugas  SPR  diucapkan  selamat  bertugas  dan  terima  kasih.   Kepada   para  pengundi  yang  mempunyai  kuasa  hari  ini  diucapkan  selamat  mengundi.


SEJAK BILA JIKA HENDAK AKTIF NGO KENA KELUAR PARTI

February 28, 2011

Berita  tentang  250  orang  dari  Cabang  Lembah  Pantai  keluar  PKR  kerana  mahu  aktif  dalam  aktiviti  NGO amatlah  memalukan.   Mereka  ini  duduk  ditengah-tengah  Bandaraya  tetapi  tidak  tahu  membezakan   diantara  Parti  Politik  dengan  Badan  Bukan  Kerajaan  sampai  kena  keluar  parti  untuk  menyertai  NGO.  Nasib  baik  mereka  dari  PKR.  Jikalau  dari  UMNO   bukankah  mereka  bertanggungjawab  mengaibkan  parti  gergasi  itu  dimata  dunia.

Jika  dengan  pengumuman  tersebut  mereka  rasa  mereka  telah  berjaya  melemahkan  PKR,   sukalah  saya   dengan  ikhlas menghulurkan  simpati.    Janganlah  diulangi  lagi  cara  yang    salah  ini.  Sebenarnya  sesiapapun  boleh  menyertai  beberapa  banyak  NGO  tanpa  perlu  keluar  sebagai  ahli  parti  politik.

Dipihak  Parti  Keadilan  Rakyat  (KEADILAN)  saya  percaya  keluarnya  kumpulan  250  tersebut  telah  banyak  membantu   memantapkan  parti.  Setidak-tidaknya  yang   masih    berada  didalam  parti  adalah   terdiri  daripada  mereka  yang  bijak-bijak  sahaja.

Saya  turut  percaya   kepada  lapuran-lapuran  media  (akbar saluran perdana)  yang   setiap   hari  ada  sahaja  ahli  PKR  yang  keluar  parti.   Sebagai  contoh  diIpoh  Barat  seingat  saya   sudah  berpuloh-puloh  ribu  ahli  keluar  parti  dan  beberapa  sidang  akhbar  yang  diadakan    juga  telah  mendapat  liputan  yang  meluas.  Namun   saya   perhatikan   masih   ramai  ahli    dari  kalangan  dewasa,  wanita  dan  Angkatan  Muda  berdaftar  diCabang  tersebut.

Pimpinan  Pusat       haruslah  memikirkan  untuk  memberikan  Anugerah  Khas kepada  Cabang  Ipoh   Barat  kerana  sentiasa  dapat   mengekalkan  sejumlah  ahli  yang  ramai  walaupun   berlaku  keluar  beramai-ramai.   Setidak-tidaknya   salah  satu  kerusi  DUN  dalam   Parlimen  Ipoh  Barat  hendaklah  diwakili  oleh  ahli  yang  berkaliber  dari  Parti  Keadilan   Rakyat.

Secara  umumnya  ahli-ahli  PKR  keluar  parti    adalah  terpencil  dan  dibandar-bandar  besar    sahaja.  Alasan   khusus yang   dapat   dilihat   dibandar  tidak   ada   pokok   getah  dan  sebagai   memberi  compliment   sempena  pilihanraya-pilihanraya  kecil  diMerlimau  dan  Kerdau  hujung  minggu  ini.    Lazimnya jika  tidak  ada  ahli-ahli  PKR  keluar  parti  pada  musim  PRK ,     ia    seumpama    tidak  cukup  syarat.


NAMAKAN SAHAJA APA ITU P.K.R.

February 3, 2011

Daripada  raut  muka  dua  pemimpin  besar  UMNO   dikaca  TV  semalam  yang   menempelak       Siri  Ceramah  PKR ke  30  Kawasan  Parlimen  terpilih  ternyata    memperlihatkan  UMNO/BN     masih   tercari-cari    formula    untuk    mendapatkan   kembali    sokongan    yang   telah    hilang   itu.   Bagi  parti  yang  memiliki  berjuta-juta   ahli  cara  memburuk-burukkan   pesaiang     adalah    ibarat  pukul  curi.   Dalam  boxing  ia  disebut  sebagai  serangan  below  the  belt.

Saya  percaya  majoriti  ahli  PKR   tidak  ambil  pusing   tentang   terjemahan  nama  parti  mereka.  Yang  terbaharu  ia  disebut  sebagai  parti  kian  runtuh.   Ianya  hanya  mainan   kata-     kata.   Kita  yakin   percaya  ia  tidak  akan  runtuh    semudah  runtuhnya    jambatan    MRR2.     Apa  yang  sedang   berlaku   sebenarnya   ialah    proses pembersihan menyeluruh.    Kita     juga   boleh  ringkaskan   perkataan    Bilang  Nadi sebagai    BN.

Mengikut  statistik   mereka  yang  meninggalkan   parti  adalah   orang-orang    yang   masuk   PKR   kerana   kepentingan   diri.      Lihat    saja    betapa  beruntungnya  mereka   dapat  jadi  wakil  rakyat.     Walaupun  untuk  sepenggal  mereka    sudah  layak  mendapat  pecen  yang  lumayan.       Tidak   ada   seorangpun   dalam    PKR    merasa     akan  rugi  diatas  pemergian  mereka  ini.   Memandangkan   mereka  dulu  pernah  berada   dicelah   pinggang   BN.  Tidak   dinafikan  ramai  yang   telah   meninggalkan    PKR    dengan   beberapa   alasan    termasuk       tidak  terpileh  sebagai   calun   pilihanraya,     benda-benda    (projek, pingat)   yang    tidak        ada  didalam  PKR   dan   beberapa   sebab  lain.

Jika  benar   seluruh  rakyat  sudah  kembali  menyokong  BN  mengapa  ditangguh-tangguhkan     Pilihanraya  Umum  Negeri  Sarawak?   Nak  takut  apa   —  Ahli  Parlimen   BN  friendly pun    dah  ramai.    Yang  jelas  selagi   modal  politiknya   hanya   bercakap   tentang  ( kononnya)   terdapat  kelemahan   dan   kepincangan    Pakatan  Rakyat   lagi   cepatlah    rakyat  menuju      perubahan  (change).


PKR : KEUTAMAAN SEBUAH PARTI BUKAN KE AHLI?

November 18, 2010

Berpatah  balik  kebelakang    penubuhan    PKR  (  ketika  itu  namanya  Parti keADILan Nasional)  dianggotai  oleh  berbagai  lapisan  masyarakat.    ABIM  dan  JIM  dari  Non-Governmental  Organisations,   bekas  YB  dan Bekas  Pimpinan  Bahagian  dari  UMNO,  pegawai-pegawai  kerajaan  dan  pekerja-pekerja  bawahan  sektor  swasta  dan  seterusnya  drebar-drebar  teksi   beramai-ramai  membulatkan  muafakat  dan  tekad      mencipta    satu   perjuangan   yang   diberi   nama  Reformasi.

Sejak  penubuhannya  semua  tenaga  yang  ada  digembeling  dan   wang  ringgit  ahli  juga  terkorban.  Parti  PKN   mula  memperlihatkan     kekuatan  dan   kian   mendapat  keyakinan  rakyat  jelata.  Ramai  yang    sudah  mula  memahami  apa  itu  Reformasi dan  pentingnya   diujudkan  sebuah  Kerajaan  yang  telus.

Walaupun  berbagai  masaalah   dikalangan  pimpinan  timbul  ianya  terus  diperkukuh  melalui  percantuman  dengan  Parti  Rakyat  Malaysia  pimpinan  Syed  Husin.   Representation PRM   dalam  Majlis  Pimpinan  Tertinggi  sangat  ketara  pada   pemilihan  tahun  2007  diSeremban.    Anehnya  pada  PRU  ke  12  kita  dengar  PRM    masih  hidup   dan  didokong  oleh  ahli-ahlinya  yang  tidak   ikut  serta  berpindah  kePKR.

Lanskap  politik  Malaysia  berubah  pada  tahun  2008.    Parti-Parti  dalam  Pakatan  menang  besar  manakala  Barisan  Nasional  hilang    majoriti  2/3   diparlimen.  Dari  tarikh  itu  Pakatan   Rakyat    sudah  dilihat   anytime sahaja  akan  berada  diPutrajaya.

Malang  tidak  berbau,  ku  sangka  panas  hingga  kepetang  rupanya  hujan  ditengahari.   One  member  one  vote  yang  di champion oleh   PKR   gagal  diterjemah.   Banyak  Cabang  merekodkan    antara  5  hingga  8  peratus  sahaja     ahli  keluar  mengundi.  Berbagai  andaian  diberi   sebab-sebab  kekurangan  tersebut  ia  termasuk  pertembungan    perlawanan  akhir  Piala  Malaysia  antara  Kelantan  vs  Negeri  Sembilan.   Dalam  erti  kata  lain  Stadium  Bukit  Jalil  dipenuhi  oleh  ahli-ahli  PKR   dari   seluruh  negara.

Alasan  yang  diberi  ini  tidak  masuk  akal  langsung.  Yang  sebenarnya  ada  dua  kemungkinan  sahaja  mengapa  perkara  sebegini  terjadi.       Yang  pertama,  kebanyakan  ahli  sudah  jelak   melihat  pemimpin  hanya  menumpukan  sepenuh  masa  untuk  merebut  kuasa.  Yang  sudah   jadi  Yang  Berhurmat  terus  berusaha  untuk  kePenggal  berikutnya.   Yang  tewas  pada  tahun   2008  pula  mahu  diberikan  sekali lagi   peluang.   Yang  memasang  cita-cita  untuk  menjadi  calun  pula  tersentak  bila  Anwar  kata    calun   PKR   pada   PRU  ke  13  nanti   adalah  mereka-mereka  yang  berumur  20  hingga  30  sahaja.

Yang  keduanya   boleh  jadi  banyak  nama  dalam  Buku  Daftar  ahli  hanya  tinggal  nama  sahaja.  Pimpinan  diCabang  pun  sama  sahaja  lagaknya.   Bila   hendak  diadakan  pemilihan  baru  nak  cari  dimana  ahli  itu  tinggal.  Mahu  tidak  mahu  pimpinan tertinggi  PKR  perlu  mengaku  akan  kelemahan  yang  dinyatakan  ini.    Jika  masaalah  keahlian  ini  masih  tidak  diberi  perhatian  dan  diambil  tindakan  sewajarnya  –  bersedialah  duduk  tanpa  kerusi.   Bersabit  dengan  beberapa  lapuran  yang  mengatakan  berlakunya   berbagai  penyelewengan   dalam  proses  pemilihan  adalah  lebih  baik  dibatalkan  sahaja  cara  pemilihan   tersebut.  Fikirkan  satu  cara  baru  yang  terbaik  untuk  memikat  hati  ahli.  Berpatah balik  kepada  sistem  Perwakilan boleh   juga   dijadikan  satu  opsen  jika  ianya    terbukti  lebih  baik.