PARLIMEN TELUK INTAN : Pakatan Tawar Politik Segar

May 20, 2014

Pertandingan sebenar ialah pada 31 Mei 2014. Jika didalam bolasepak tempoh ini ialah masa untuk memperkemaskan pasukan dari segi taktikal dan juga kesediaan mental para pemain. Didalam politik perkara yang sama juga digunakan untuk memenangi kerusi dewan rakyat atau dewan negeri.

Saya tidak berminat mengetahui apakah taktik atau pendekatan Parti-Parti yang bertanding akan gunakan. Bagi saya ia merupakan sesuatu yang lumrah atau dalam bahasa Melayu Kuala Kangsar ia disebut sebagai “koman”. Lebih baik saya terus kepada hari pertembungan sebenar iaitu hari rakyat Teluk Intan keluar membuang undi.

Parti Gerakan yang mewakili BN tidak punya “succession plan“untuk ditawarkan kepada pengundi Teluk Intan. Ini jelas dapat dilihat dimana calun mereka adalah muka yang sama yang pernah mewakili mereka pada Penggal ke 10 (1999) dan ke 11 (2004). Masih dicalunkan pada Penggal ke 12 dan ke 13 akan tetapi tewas kepada DAP. Kali ini di Pilihanraya Kecilpun beliau juga dicalunkan. Jelaslah sebenarnya siapa Gerakan dihati rakyat. Parti DAP sama bentuknya dengan Gerakan iaitu Parti berbilang bangsa. Mereka menghantar anak Melayu untuk mewakili Teluk Intan diParlimen. Disamping itu calun yang mereka pilih itu merupakan seorang Professional muda yang cukup bertenaga untuk membela nasib penduduk Teluk Intan. Bukannya DAP ketandusan calun berbangsa cina akan tetapi yang penting bagi mereka ialah kesesuaian orangnya untuk mewakili penduduk setempat.

Berdasarkan kenyataan diatas, pengundi Teluk Intan langsung tidak pening kepala memikir siapa yang patut berada diParlimen mewakili mereka. Seorang muka baru penuh berilmu, berperawakan mudah didekati dan disapa dan walaupun masih muda lela, pengalaman yang telah beliau timba dalam DAP dapat memakmurkan rakyat di P76.

Dengan kata-kata itu personaliti seperti seorang Presiden, orang kuat Parti ataupun Hartawan-hartawan terbilang tidak dapat mengatasi benda yang disebut “realiti”.


BURUK SIKU RUPANYA SATU BUDAYA

May 18, 2014

Bila penjawat awam minta dipertimbang kenaikan gaji disebabkan kos sara hidup yang tinggi mereka dikatakan tidak berterima kasih kepada UMNO yang telah memperjuangkan kemerdekaan lantas rakyat seramai dapat nikmat “makan gaji”. Apabila rakyat dikampong-kampong mengeluh harga produk keluaran mereka menurun begitu rendah ada nada sinis berkata “mengapa semasa harganya tinggi dulu tidakpun berterima kasih kepada…..

Apabila rakyat mula nampak ada Parti politik yang boleh menjadi Alternatif kepada BN mereka dilabel tidak mengenang budi kepada UMNO yang selama ini telah bersusah payah membela nasib rakyat miskin. Malangnya masyarakat UMNO ini lupa yang Perlembagaan Negara membenarkan rakyatnya menubuh Parti-Parti politik dan menyertai Pilihanraya.

Yang terakhirnya kini Kerajaan UMNO (melalui AP Lenggong) menempelak Dyna Sofea kerana tidak mengenang budi kepadaq UiTM milik UMNO yang telah memberikan pelajaran kepadanya sehingga boleh bercakap. Secara peribadi saya sungguh simpati kepada mereka yang telah menanam budi kepada rakyat selama ini. Simpati saya ini disebabkan mereka sudah tidak punya pilihan lain selain daripada meminta budi mereka dibalas agar terus diberikan kuasa supaya mereka kekal bermaharaja lela.

Bagi diri saya jika pertolongan itu ikhlas pastinya saya akan mendapat ganjaran diakhirat nanti. Untuk meminta-minta dibalas balik budi, saya cukup takut dan malu jika digelar Buruk Siku. Kepada DAP saya angkat topi dan kepada Dyna-Sofea saya ucapkan syabas.


POLITIK TIDAK KENAL SIAPA

April 10, 2014

Ada yang berkata “politik adalah darah dagingnnya”. Ada yang berkata “politik itu kotor” dan tidak kurang juga yang berkata “politik memecah belah masyarakat, yang diperjuangkan sebenarnya adalah kepentingan sendiri. Kita kira kenyataan diatas adalah tepat. Kata Nikita Krushchev (Bekas Perdana Menteri Soviet Union) “Politik sama saja dimana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan walaupun ditempat itu tidak ada sungai”.

Parti KEADILAN akan memileh pemegang jawatan dari Presiden hingga ke Pemeriksa Kira-Kira pada bulan Mei nanti.Terlalu ramai yang menawarkan diri untuk dipileh. Dan didalam apa keadaanpun satu perkara yang tidak dapat mereka elak ialah dari memburuk-buruk rakan yang bersaing dalam merebut sesuatu jawatan itu. Untuk mencerahkan peluang ada yang bentuk pasukan atau “team”. Bunyinya macam nak membela tetapi sebenarnya mahukan kuasa.

Ahli Parti perlu bijak membaca percaturan orang-orang sedemikian. Mereka sebagai pemimpin sudah banyak menikmati laba dari perjuangan kita selama ini sedangkan kita masih ditakuk lama. Saya juga seperti sdra-sdra sekelian akan menunaikan tanggungjawab dihari mengundi nanti. Semoga ALLAH selamatkan Parti (KEADILAN) kami.


SURVIVAL MELAYU SUDAH MENJADI “BRAND NAME”

November 2, 2013

Kali terakhir saya update Blog ini ialah pada musim Pilihanraya Umum Ke 13. Oleh kerana terlalu terikat dengan berbagai komitmen saya bercuti menulis diruangan ini.  Hari ini saya terpanggil untuk menyanggah saranan NGO yang pro BN yang cuba menakut-nakutkan pengundi Sungai Limau tentang akan terhakisnya Survival Melayu jika Barisan Nasional dikalahkan pada 4hb November nanti.

Saya merasa sangat pelik mengapa pihak berkenaan memainkan sentimen survival melayu dikala kita sudah begitu lama merdeka.  Parlimen kitapun sudah melalui 13 Penggal. Dalam lain perkataan sudah terlalu ramai rakyat berjaya menjadi Wakil Rakyat baik di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri dan ada juga yang telah berkali-kali pecen sebagai Yang Berhurmat.

Kita sedang menuju era 2020 yang tinggal kurang lebih 6 tahun sahaja dari sekarang. Jika ada pihak yang mahu melemparkan idea bernas apa kata sarankan perkara-perkara yang boleh memajukan bangsa melayu atau tunjukkan caramana mahu bersaing dalam bidang perniagaan dengan bangsa-bangsa lain.

Kepada pengundi Sungai Limau, memberi kemenangan kepada Parti PAS didalam PRK 4 Nobember nanti adalah satu tanggungjawab.  Kita semua tahu yang Ustaz Azizan tidak sempat melunaskan tugasnya pada Penggal ini. Jadinya dengan menghantar wakil Parti PAS kembali keDUN Negeri Kedah adalah satu continuity.   Tambahan pula kedudukan Barisan Nasional diDUN Kedah sudah cukup kukuh sebagai sebuah Kerajaan.

Memajukan  penduduk diDUN Sungai Limau dengan melakukan berbagai kemajuan dan pembangunan adalah menjadi tanggungjawab Parti BN Kedah kerana mereka yang diberi Amanah oleh Rakyat pada Penggal ini.  Berjanji sesuatu jika pihaknya diberi kemenangan bukanlah satu amalan yang baik.

Memandangkan para pengundi daripada golongan orang muda agak ramai maka saya yakin Pakatan Rakyat akan terus kekal di Sungai Limau.  Selamat Mengundi.


TEMA PRU KE 13 : INI KALILAH

May 4, 2013

” Ini Kalilah ” bila diterjemah kedalam Bahasa Inggeris ia bermaksud “This is the time “.  Saya memilehnya sebagai  Tema PRU Ke 13   memandangkan ia bertepatan dengan perkara-perkara ( current event) yang  sedang berlaku disekeliling kita.  Saya terpaksa ketepikan Janji Ditepati atau UBAH sebagai tema kerana kehendaknya tidak menyeluruh.  Janji Ditepati memang sedap didengar tetapi tidak kepada maksudnya. Jika kita yang berjanji biarlah orang lain yang menilainya sama ada telah ditepati atau tidak. Nampaknya apa yang Barisan Nasional buat ini ialah “masuk bakul angkat sendiri”. Maka,  ianya langsung tidak sesuai hendak dijadikan tema.  Perkataan “UBAH” pula ia terlalu umum. Bagi Pakatan Rakyat tak kan hendak ubah pemerintahan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah?.

Bagi diri saya pun Ini Kalilah saya didatangi  perkara-perkara  diluar dugaan. Kelmarin saya menerima Buletin “Pesara” yang diterbitkan oleh Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan. Saya tidak terkejutpun oleh sebab saya sememangnya seorang Pesara Kerajaan. Buletin tersebut belum sempat saya baca. Yang menghairankan mengapa ia datang sehari dua sebelum hari mengundi?. Dan sejak semalam lagi tidak putus-putus  SMS menjelma merayu Undi dari saya. Ia datang dari berbagai pihak termasuk dari Hamidah dan Zambry Kadir. Saya kasihankan Handphone buruk saya  mengerang tak henti-henti.  Soalannya mengapa sampai begitu terdesak.

Walau bagaimanapun saya sangat tertarik dengan Ini Kalilah yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat. Mereka mengzahirkan kalimah ini memandangkan sewaktu PRU ke 12 dulu rakyat kita masih belum yakin dan  bersedia memberikan kuasa kepada kumpulan yang benar-benar  berjuang mendapatkan  hak-hak mereka  yang telah sekian lama  dinafikan oleh pemerintah semasa.

Kini, masa yang kita tunggu-tunggu sudah tiba.  Kita perlu berubah demi masa depan anak cucu.  Dengan bersatu bersama-sama Pakatan Rakyat kita dapat hindarkan segala bentuk  rasuah, ketirisan dan penyelewengan. Membuang jauh-jauh amalan kronisma, nepotisma dan you tolong saya – saya tolong you.  Dan akhir sekali kita sudah tidak ada banyak masa…..Jadinya  INILAH MASANYA  dan ini kalilah!


KUASA : DIMANA ANDA SEKARANG?

May 1, 2013

Ramai  yang bertanya  dimanakah duduknya “Kuasa”   itu sekarang.  Akan  tetapi  tiada siapa yang mampu menjawabnya.   Yang pasti   Lima  Mei (05.05.2013)  baru  anda  akan  muncul.  Setelah mengikuti beberapa pilihanraya sebelum ini  saya dapati tidaklah susah sangat meramalkan siapa yang  bakal  memperoleh  Kuasa  pada  pilihanraya-pilihanraya  tersebut. PRU ke 13 ini  benar-benar meruncing  sampaikan  ada yang menyebutnya sebagai Ibu kepada segala Pilihanraya.  Hari  ini  cuti  umum  (sempena  hari  pekerja)  dan  tempoh  berkempen  hanya  ada  tiga  (  3  )  hari  saja  lagi. 

Sebagai  seorang  penganalis bebas  saya  cuba  memberikan  clue   diselekoh  mana  Kuasa  itu  sedang  berada.  Jumlah  pengundi berdaftar  ialah  13,268,002.  Daripada  jumlah tersebut lebih  1/2 Juta  merupakan  pengundi-pengundi  khas  iaitu 272,387 Pengundi Awal,  234,905 Petugas SPR  dan 2,954 Pengundi Pos.  Lazimnya  pengundi khas  ini  akan  mengikut arus. Kurang  lebih  setakat  ini  8%  adalah  pro-establishment. Sumber Angka: Berita Harian 21/04/2013.

Banyak diperkatakan yang pengundi  kaum Cina sudah   total  dibelakang Pakatan Rakyat.  Berdasarkan andaian ini Pakatan Rakyat akan dapat Alor Star dan Sungai Petani di Negeri Kedah.  Bagan,  Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong ,  Jelutong,  Bukit Glugor, Bayan Baru  di Pulau Pinang.  Di Negeri Perak  pula  ialah  Taiping,  Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat,  Batu Gajah,  Gopeng  dan Teluk Intan. Di Negeri Selangor kerusinya  ialah  Pandan, Serdang,  Puchong,  Kelana Jaya,  PJ Selaretan,  PJ Utara  dan   Klang.  Manakala  di  Negeri  Sembilan  Pakatan Rakyat akan memperolehi  Seremban,  Rasah  dan  Port   Dickson. Di Negeri Melaka  hanya  Kota Melaka.  Negeri  Johor pula terdiridaripada  Segamat,  Labis, Bakri,  Kluang,  Gelang Patah  dan   Kulai.

Di Wilayah Persekutuan, Kepong,  Segambut,  Bukit Bintang,  Seputeh dan  Cheras  memihak  PR.   Dari  Perlis  hingga ke Johor(130 Kerusi)  39 Kerusi  dikawasan majoriti pengundi Cina  ini dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat.  Bagi  Negeri-Negeri  Pantai  Timur (Pahang, Terengganu  dan  Kelantan)  saya  menjangkakan  50-50.  Secara  kasar  18  Kerusi akan pergi kepada Pakatan Rakyat.  Dengan  yang  demikian  di Semenanjung  Pakatan Rakyat besar kemungkinan mendapat  57 Kerusi.  Jika  diandaikan  di Sabah dan Sarawak  PR  mendapat separuh  (daripada 56 Kerusi)   ini bererti  mereka kekurangan 27 Kerusi untuk membentuk Kerajaan secara simple majority. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk  diperolehi. Keinginan rakyat mahu melihat Negara ditadbir dengan lebih berkesan amatlah  ketara.

Didalam  sentiment  yang  mahukan  perubahan  setelah  lebih 55 tahun  Negara  kita  Merdeka,  tarikh  Lima Haribulan Lima (05.05) bakal mencatit sejarah.  Untuk  menjawab  dimanakah  Kuasa itu sedang  berada  saya hanya mampu melaungkan   “On you mark…….Get set………Go “


PAKATAN RAKYAT: CALUN DIRESTU PIMPINAN BELUM TENTU DITERIMA RAKYAT

April 2, 2013

Pilihanraya  Umum  Kali  yang  ke 13  sudah  berada  diselekuh penamat  atau  bahasa  pasarnya  home turn.  Diatas  kertas  Parti  yang  cukup  bersedia  ialah  Pakatan  Rakyat.  Akan  tetapi    bagi  Negeri  Perak  terdapat  beberapa  kepincangan  dalam  PKR  yang  sengaja  tidak  mahu  di  address  oleh  pimpinan terutamanya   diperingkat  Negeri.

Lihat  apa  yang  terjadi  di Bagan  Serai.  Sebaik  sahaja  nama  Muhamad  Nur  Manuty  diumum  akan  diletak  bertanding  disitu  dengan  sekelip  mata  ianya  disanggah  oleh  rakan  sepakatan.  Ianya  berlanjutan  sehingga  ada  pihak  yang  mengadakan  Sidang  Akhbar  menentangnya  secara  resmi.

Kemudian  perkara  yang  hampir  sama  berlaku  di Tanjong  Malim.  Ahli-ahli  PKR  disitu  tidak  bersetuju  calun  Payung  Terjun  diletak  sebagai  calun  di   Behrang.

Yang  saya  pasti  sekiranya  Anwar  Ibrahim  mengumumkan  calun-calun  PKR  bagi  kerusi  DUN  Kota  Tampan  dan  DUN  Kenering  sewaktu  lawatannya  ke Lenggong  pada  4hb  April  nanti ianya  tidak  akan  ditentang  oleh  sesiapapun.   Walaupun  kedua-dua  calun  tersebut  bukannya    dari  kalangan  pimpinan  Cabang  yang  pernah  mengharung  pahit  getir  menghidupkan  Parti  diperingkat  Cabang  akan  tetapi  mereka  sahajalah  yang  benar-benar  layak.  Dengan  lain  perkataan  ahli-ahli  diperingkat  Cabang  ini  bolehlah  dianggap  tidak  bersekolah  untuk  dinilai  kelayakannya  sebagai  calun  yang  berpotensi.

Ramai  mengharapkan  agar  Pakatan  Rakyat  dapat  kembali  memerintah  Negeri  Perak.  Jika  kedua-dua  calun  yang  pimpinan  tonjolkan  ini  tidak  berjaya  memenangi  kerusi-kerusi  DUN  tersebut  janganlah  mereka disalahkan  pula   kerana  mereka  hanya  menawarkan  diri.  Para  pimpinan  atasaanlah  yang  sepatutnya  memikul  tanggungjawab  tersebut  kerana  tidak  mahu  memberi  pertimbangan  kepada  para  pejuang   diperingkat  Cabang.

Saya  tujukan  tulisan  ini  kepada  pihak  PAS  dan  DAP  untuk  bahan  renungan  mereka.  Tidakkah  perkara-perkara  yang  saya  sentuh  ini  boleh  menggugat  peluang  Pakatan  Rakyat  mendapatkan   kembali  Negeri  Perak     daripada   perampas  yang  dikenali  itu?  Saya  tidak  kisah  jika  ada  yang  mengatakan  saya  sebenarnya  mahu   meluahkan  rasa  keciwa.  Pakatan  Rakyat  adalah  merupakan  sepohon  pokok  tiga  pemeluk.  Masih  bolehkah  ia  berdiri begitu  gah  jika  ada  dahannya  yang  mereput  dari  dalam?


AKAN ADA KE PILIHANRAYA SEBELUM TEMPOHNYA MATANG??

February 6, 2013

Genap  saja  umur  PRU 12  tiga  tahun  pada  April  2011  berbagailah   ramalan  timbul  sama  ada  didada-dada  akhbar,  sewaktu  penggiat  politik  berceramah       dan  tidak  kurang  juga  di media  sosial  dengan  memberikan  tarikh-tarikh     positif  Parlimen  dan  DUN-DUN  dibubarkan.  Kini  tempoh  “terbubar  secara   otomatis”  berbaki  kurang  lebih  dua  bulan.

Dari  apa  yang  dapat  kita  lihat,  PM  dan  TPM  masih  melakukan  roadshow     menjaja  Janji  Ditepati.   Daripada  body  language  mereka   yang  terpangpang  dikaca TV  jelas  BN  belum  yakin  boleh  terus  memerintah.  Terlalu  banyak  Isu  yang  menghantui  the  present  government.  Satu  perkara  yang  paling  ketara  ialah  mengenalpasti  winnable  candidate.  Bolehkah  seorang  AJK  Cawangan     yang  komited  kepada  perjuagan  parti  dipilih  sebagai  calun  kerana  ada  ciri-ciri  winnable  dengan  mengenepikan  Ketua  Bahagian  yang  begitu  banyak   penyokong?

Kedua,  betullah  parti-parti  yang  akan  bertanding  nanti  ialah  BN  menentang  PR  akan  tetapi  hakikat  sebenar   kerusi-kerusi  yang  akan UMNO   tandingi  akan hanya  dicabar  oleh  PAS.  Dikawasan-kawasan  majoriti  pengundinya  Melayu   DAP  dan  PKR  tidak  akan  kacau  daun.   Untuk  memastikan  kemenangan  dikawasan-kawasan  ini UMNO  mungkin  perlu    bergantung harap    kepada  mereka-mereka  yang  UMNO  Friendly.  Bunga-bunganya  sudah  kelihatan.  Didalam  Akhbar  hari  ini  sudah  ada  orang  yang  mencadangkan  supaya  PAS  keluar  Pakatan.  Komen  saya  kepada  saranan  tersebut  ialah   its  a  little  too  late.

Sebelum  ini  saya  juga  ada  membuat  ramalan  akan  tarikh  PRU  13  dibawah  tajuk  Tarikh  Pilihanraya Umum  Bukan  Lagi  Rahsia.   Ramalan saya  dalam  posting  tersebut PRU  akan    berlaku  setelah  tempoh  5  tahunnya  matang.  Kini   fikiran  saya   hanya tertumpu  kepada  Caretaker  Government.


SATU MALAYSIA TOLAK APA?

December 3, 2012

Saya  melihat  ”  Doa ”   hancurkan  UMNO/BN   oleh  ahli  PAS  baru-baru  ini  seperti  sudah  berhasil.  Ini  adalah  dari  apa  yang  terpacul  daripada  mulut  pemimpin-pemimpin  tertinggi  UMNO  sendiri  semasa  mereka   berucap (mengulung)  dipenghujung  persidangan  tahunan  baru-baru  ini.  Naib-Naib  Presiden,  Timbalan  dan  juga  Presiden  memulakan  ucapan  (mukadimah)  dengan  melafazkan  salam  Satu  Malaysia  tolak  fitnah.  Ianya  dipancarkan  keseluruh  negara  oleh  stesen-stesen  TV.

Bercakap  tentang   perkara   fitnah   ini   bukankah  mereka  yang  menjaja  fitnah  dengan  mengatakan  Malaysia  akan  bankrap  jika  rakyat  tukar  kerajaan.  Negara  akan  mengalami  sekali  lagi  13  Mei  jika  rakyat  memileh  Pakatan  Rakyat  memerintah  pada  PRU  13  nanti  dan  berbagai  lagi  andaian  jika  rakyat  menolak  BN.

Saya  juga  melihat  Pakatan  Rakyat  terutama  PAS  bukan  sekadar  berdoa  malah  sentiasa  berdepan  dengan    masaalah  rakyat  dan  segera  membantu  menyelesaikan  segala  bantuan  perlu  kepada  yang  berhak  mendapat  pembelaan.

Apa  yang  berlaku  dalam  perhimpunan  UMNO  itu  sebenarnya   telah memberikan  ” Aded Points ”   kepada  Pakatan  Rakyat   semasa  mengundi  nanti  kerana  UMNO  telahpun  menggunakan  senjata  terakhir  mereka.

Perbuatan  menambah  perkataan  tolak  kepada Ikon  Satu  Malaysia    itu  dilihat telah   memakan  diri   malah  tidak  boleh  juga   ditutup  dengan  pemberian  BR1M  3.0.   UMNO  sepatutnya  tidak  mengambil  jalan  mudah  memancing  undi.

Mereka  yang  akan  menjadi  pengundi   “Petama  Kali”  terlalu   loaded     dengan  maklumat  jadinya  perkara-perkara  yang   di sangka     boleh  menakutkan  mereka   (seperti  kembalinya  13 Mei  dan  siapa  nak  jaga  melayu  bila  UMNO  kalah)  sebenarnya  boleh  dijadikan  bahan  hiburan  semata.


BERAPA BANYAK MAAF DAA!!!

November 29, 2012

Hari  ini  Presiden  UMNO  memohon  maaf  lagi.  Kita  tidak  tahu  kali  yang  keberapa.  Setidak-tidaknya  pada  Perhimpunan  yang  lepas  juga  beliau  ada  memohon  maaf.  Bagi  ahli-ahli  UMNO  setelah  menghayati  permohonan  maaf  yang  begitu  mendayu-dayu  ini  kita  percaya  mereka  telah  bersedia  memberikan  kemaafan. Lagipun  sudah  empat  tahun  lebih  kesalahan  tersebut  berlalu.   Ahli-ahli  UMNO  pun  nampaknya  yakin  yang  pada  PRU  13  ini  “Kek  Besar”  itu  akan  dapat  dimenafaati  oleh  lebih  ramai  ahli.  Tidaklah  seperti  masa-masa  yang  lalu dimana   ia  hanya  berkisar  dikalangan  yang  rapat  dengan  pimpinan  sahaja.  Yang  paling  lucu  dalam  Amanat Presiden pada Perhimpunan 2012 ini dimana  beliau  meminta  ahli-ahli  UMNO  kembali  kepada  rakyat –  disaat-saat  pilihanraya  menjelang  tiba  baru  orang-orang UMNO  mendapat  seru.   Apa saja  yang  Presiden sebut  ahli-ahli  akan  patuh  dan  percaya.

Itu  mungkin  apa  yang  ahli-ahli  UMNO  percaya  tetapi  bukan  keseluruhan  para  pengundi  yang  akan  menentukan  siapa  yang  sepatutnya  menjadi  Kerajaan.   Menunggu  sehingga  tempohnya  terhentak  kedinding baru  hendak  diadakan  Pilihanraya  itu  sendiri  telah   membuktikan  Parti  yang  sedang   memerintah  amat  takut  berdepan  dengan  rakyat.

Saya  percaya  para  pengundi  (Rakyat Malaysia)  yang  telah  membulatkan  tekat  dan  azam  bersama-sama  Pakatan  Rakyat  membentuk  Parlimen  Ke  13  tidak  akan  berganjar  setapakpun  kebelakang  walaupun  mendengar  guruh  yang  berdentum-dentum  itu.

Kesimpulannya,  masyarakat  UMNO/BN  mungkin  sudah  cukup  mewah  daripada  hasil  mahsul  negara  akan  tetapi  rakyat  terbanyak  masih  tertinggal  dibelakang.  Jika  benar  selama  50  tahun  lebih  UMNO/BN  telah  membela  nasib  rakyat  mengapa  masih  ramai  rakyat  dikalangan  yang  miskin.   Setelah  lima  dekad  memerintah  negara  masih  ada  rakyat  yang  menunggu  bantuan  rumah  PPRT?

Diakhiri coretan  ini  dengan  sepotong  kata-kata  hikmat:  Jangan   mudah  percaya  Hujan Sehari  boleh  menghapuskan  kemarau yang  sedang dihadapi  sejak  berpuloh  tahun.