Kenyataan diatas bukan tujuannya hendak mempersenda golongan orang-orang Asli. Ia lebih merupakan memberi credit berikutan dari beberapa pandangan bernas yang diluahkan oleh perwakilan mereka iaitu daripada para Ilmuwan dari kalangan orang-orang Asli sendiri.
Perwakilan mereka yang saya maksudkan ialah Yang Berhurmat Senator Mohammad Olian Abdullah dan Prof. Madya Dr. Juli Edo yang keudara sebentar tadi dalam Rancangan sukaramai “Hello Malaysia” kendalian BERNAMA TV dan dihoskan oleh Sharkawi Jirim. Slot satu jam ini membawakan tajuk 1Semangat – 1 Visi – 1Malaysia. Jika ditelek betul-betul, tajuk ini tidaklah hanya dituju kepada masyarakat orang Asli sahaja. Walau bagaimanapun pengisiannya khusus berpusat kepada perkara-perkara yang mempengaruhi masyarakat Orang Asli.
Kedua-dua tokoh tersebut telah mengunakan kesempatan ini dengan cukup berkesan. Secara umumnya mereka berkata yang masyarakat Orang Asli
View original post 276 more words