SIAPA PATUT SURRENDER

Perkataan “surrender” telah menjadi trending akhir-akhir ini. Ia dimulakan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau disenyapkan di Penjara Sg. Buloh. Kemudian ditumpang sekaki oleh Dato Najib setelah beliau di asak kiri kanan, atas dan bawah. Dan akhirnya Dr. M pula berkata yang dia tidak akan “surrender” daripada niat murninya membenteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berleluasa di dalam negara.

Soalannya sekarang siapa yang sepatutnya “surrender”?. Yang jelas rakyatlah yang kena terima (surrender) apa sahaja yang dianjurkan kepada mereka. Jika mereka dikehendaki membayar cukai pada setiap barangan yang mereka beli, bayar sahajalah. Apa sahaja tambahan cas yang tertera diatas bil-bil tu “surrender” sajalah wang kita terhadapnya. Setelah dijelaskan seperti diatas, apakah kita masih boleh berduduk diam?

Menyingkap maksud yang lebih terbuka “surrender” boleh diertikan sebagai menamatkan sokongan kepada BN. Dengan sendirinya perbelanjaan yang boros itu dapat dihentikan dan wang rakyat juga boleh diselamatkan apabila tiada lagi sebarang bentuk pelaburan yang meragu dan yang merugikan. Percubaan “test” kearah
ini boleh dilakukan sewaktu PRK Parlimen Rompin pada 5hb. dan Parlimen Pmtg Pauh pada 7hb. dengan
memberikan “upset” di Rompin dan menggandakan majoriti Parti KeADILan Rakyat kepada yang lebih besar. Jika ini dapat berlaku adalah diyakini perubahan besar terhadap pentadbiran negara akan dapat dilihat. Kepada pengundi yang berada diluar kawasan, kembalilah menyempurnakan tanggungjawab – yang jelas kita semua sayangkan MALAYSIA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: