KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

Parti PAS adalah sama dengan Parti UMNO. Sudah terlalu tua dan beransur hilang upaya. Itu adalah satu kenyataan. Walau bagaimanpun pada PRK Pengkalan Kubor 25hb Sept. nanti Parti UMNO dilihat begitu cerah dapat mempertahankan kerusi tersebut menurut suatu analisis mudah. Pengkalan Kubor adalah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu dimenangi oleh PAS pada PRU 13 yang baru berlalu. Disamping itu Parlimen Tumpat (P19) juga dimenangi oleh PAS.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor pada PRU 13 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat tetapi tewas kepada BN. Persoalannya dimana letaknya PAKATAN apabila PAS tidak percaya kepada rakannya PKR bertanding disitu? PAS boleh membantu PKR lebih berkesan untuk memenangi kerusi P. Kubor dalam PRK ini. Malangnya PAS mengambil pendekatan yang hanya Partinya sahaja yang boleh merampas kerusi tersebut daripada UMNO. Jawapan yang tepat kepada tindakan PAS tersebut tidak lain daripada perasaan tamak yang begitu memuncak.

Jika benar prinsipnya PAS membuat keputusan bertanding disitu atas sebab Partinya lebih dipercayai rakyat, mengapa kerusi-kerusi diNegeri lain yang PAS tidak berjaya menang pada PRU 12 masih lagi bertanding pada PRU 13? Mengapa lain pula formulanya ditempat-tempat lain.

Kini rakyat sudah dapat mengenali ” the true colour of PAS ” dan pada PRU 14 nanti jangan ada yang terkejut apabila rakyat meminggirkan PAS.

2 Responses to KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

  1. Ismail says:

    Inilah adalah mukadimah hakikat yang PAS kena telan dan terima janganlah PAS akan bermimpi untuk mendapat sokongan dari kaum bukan melayu dalam PRU14 nanti sebab kami dibawah sana telah telalu kecewa denga dolak dalik pemimpin dan presiden yang tidak bagitu konsisten dengan pendiriana mereka dalam PR,kami terpaksa berhadapan dengan kaum ini untuk memberi penjelasan diatas tindakan tersebut.

  2. ahmadzawawi says:

    Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: