PRU 13: PAKATAN SEPATUTNYA KALAH SUPAYA LEBIH KUAT

Ditinjau dari beberapa sudut sebenarnya Pakatan Rakyat tidak ada masaalah di Selangor. Orang-orang yang memenangkan PR di Selangor sama adanya mereka itu ahli PAS/PKR/DAP atau pengundi diatas pagar hanya mengharapkan sebuah Kerajaan yang stabil supaya setiap rakyat Selangor dapat menikmati segala kemewahan yang ada.

Apabila dilihat kepada keadaan semasa dimana para pemimpin berpuak-puak dengan matlamat masing-masing mahu bergantung kepada kuasa adalah lebih baik mereka tidak diberi kuasa terus memerintah pada PRU 13 tempoh hari. Jika itu berlaku sudah pasti mereka dapat bersatu teguh untuk merampas kembali kuasa pada PRU 14 nanti.

Ahli-ahli PAS dipelbagai peringkat nampaknya menggunakan media sosial mengutuk pemimpin PKR dengan berbagai label. Memang jelas PAS memiliki lebih kerusi DUN Selangor daripada PKR yang meletakkan kewajaran PAS lah yang sepatutnya mengetuai Kerajaan.
Semasa di Perak tempoh hari dimana PAS memiliki kerusi yang paling sedikit melalui perkiraan apa pula mereka yang berhak mengetuai Kerajaan Perak? Elemen double standard seperti ini tidak sepatutnya ujud dalam Pakatan Rakyat yang benar-benar mahu reform pemerintahan di Malaysia.

Pandangan peribadi saya, masing-masing (PAS/DAP/PKR) kembalilah ke starting point, berusaha bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat yang Parti anda mampu melakukan perubahan untuk rakyat Malaysia tanpa bergabung dengan mana-mana Parti ataupun menjalin hubungan dengan Parti lain berunsurkan unity. Hanya dengan mendapat kuasa mutlak sesebuah Parti itu boleh mendahulukan dirinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s