Ahli-Ahli Parti Keadilan Rakyat jangan lupa apa yang telah berlaku pada Kongres Pemilihan sebelum PRU ke 12 yang berlangsung diSeremban. Abdul Rahman (Bekas Timbalan parti) mencabar Wan Azizah dan ada satu kumpulan mendesak Anwar supaya bertanding. Tujuan kumpulan tersebut sebenarnya nak melingkupkan parti kerana semua orang tahu tempoh sekatan terhadap Anwar untuk memegang jawatan dalam pertubuhan masih belum tamat.
Dalam apa keadaanpun diketika itu Sdra Azmin sahaja yang layak menggantikan Wan Azizah jika parti sudah bersedia kearah itu. Saya katakan hanya Azmin yang layak kerana kerja kerasnya didalam partilah yang telah memungkinkan parti PKR menang besar diPRU ke 12 dan dihormati oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. SISMEP yang beliau perkenalkan benar-benar telah membantu parti mengenal jenis-jenis pengundi. Dia juga merupakan Pengarah Pilihanraya Pusat. Kebetulan pada PRU ke 11 nama saya naik untuk dicalunkan diParlimen Padang Rengas tetapi ada pihak yang lebih cekap senyap-senyap pergi berjumpa Azmin dan …
View original post 203 more words