Pasukan Bolasepak Perak tidak konsisten
Saya terpanggil untuk mengucapkan Syabas kepada Peminat-Peminat Bolasepak Negeri Kelantan. Mereka kesal dengan apa yang berlaku diBukit Jalil disamping faham diatas kekecewaan segelintir peminat ketika itu. Mereka mahu bertanggung jawab lantas menganjurkan Kutipan Derma bagi membantu Pengurusan Bolasepak Negeri sedaya mungkin agar pembayaran Denda yang dikenakan FAM dapat diselesaikan segera.
Persatuan Peminat diNegeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak sanggup berputih mata. Mereka mahu pasukan kesayangan terus bertarung diMusim hadapan. Bagi mereka memelihara maruah Bolasepak dan maruah Negeri adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. Usaha murni (kutipan derma) yang sedang rancak dikelola oleh pihak Persatuan Peminat Negeri Kelantan ini sepatutnya dicontohi oleh Persatuan lain.
Malang sekali perkara sebegini tidak berlaku diNegeri Perak. Negeri yang selama ini begitu gah dalam kancah bolasepak negara hanya mampu menghitung kenangan. Persatuan Peminatnya telah keluar dari landasan. Persatuan yang dipimpin oleh Sdra Jamil ini sudah …
View original post 334 more words