Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan ramai taiko politik tersungkur. Presiden MIC dan Presiden PPP tewas dikerusi yang dikelaskan sebagai Selamat. BN hilang kuasa 2/3 diParlimen manakala Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak bertukar tangan. Kesimpulan yang dicapai mendapati kekalahan BN adalah disebabkan kelemahan pimpinan Pak Lah dan budak-budak ditingkat empat.
Bagi saya bukan salah Pak Lah, jika Dr. M masih disitupun keputusan PRU ke 12 tetap serupa. Saya memuji Pak Lah kerana tidak mementingkan diri demi survival UMNO. Kini dibawah kelolaan Datuk Najib ada usaha-usaha rebranding untuk melanjutkan usia UMNO.
Berkumandang dicorong-corong radio, dipeti TV dan didada akhbar slogan Rakyat Didahulukan. Sebelum ini apa benda yang didahulukan? soalan ini tidak perlu dijawab. Jenama Satu Malaysia sudah mendapat tempat dihati rakyat. Sebut saja apa bendapun kesemuanya 1Malaysia punya. Diantaranya Bantuan Isi Rumah 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia, Gelanggang 1Malaysia dan berbagai lagi.
Berdasarkan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dan membaca kepada reaksi rakyat semasa mereka menyambut P.M. sewaktu program jelajah beliau keNegeri-Negeri, Bandar-Bandar dan Kampong-Kampong, Pilihanraya Umum ke 13 sudah boleh diadakan bila-bila saja dari sekarang. Perkara ini juga menepati kajian yang dibuat oleh pihak Penganalisis Politik yang rata-rata berkata rating Datuk Sri Najib telah meningkat secara mendadak. Tambahan lagi Dr. Mahathir juga ada berkata yang sekaranglah masa yang sesuai diadakan PRU ke 13.
Bagi saya, PRU boleh dibuat sekarang ataupun tahun depan. Perubahan pemerintah sudah tidak dapat dielakkan lagi. BN sudah terlalu lama mengurus kuasa rakyat cara mereka. Lihat bagaimana Menteri Pengajian Tinggi menyelesai masaalah PTPTN. Beliau berkata mana-mana pelajar yang tak suka berhutang dengan PTPTN mereka boleh pulangkan wang tersebut. Bukankah kenyataan seperti ini merupakan satu idea yang paling bodoh. Kita semua tahu wang yang diperolehi dari PTPTN itu telah diguna untuk menjelaskan yuran pengajian bukannya masih penuh didalam kocek para pelajar U atau kolej. Seperkara lagi semasa hendak ditubuhkan PTPTN dulu adakah mana-mana pihak meminta pendapat dari para pelajar kerana perkara tersebut 100 % melibatkan mereka? Jika pelajar-pelajar kita bersetuju memulangkan wang pinjaman tersebut dan berhenti belajar apakah Pak Menteri tersebut mahu bertanggungjawab mengatasi masaalah sosial yang bakal timbul??
Seperkara lagi ialah mengenai kenyataan Presiden MCA baru-baru ini yang masyarakat Cina sudah tidak menyokong Partinya. Parti MCA ialah sebuah parti dimana keahliannya hanya orang Cina. Jika orang-orang Cina sendiri sudah tidak menyokongnya apakah parti itu masih relevan? Saya lihat memang ada asas mengapa orang Cina menolak MCA. Mereka dengar macam- macam, Pewaja, PKFZ dan sebagainya yang telah memakmurkan rakyat sedangkan setiap hari mereka kena berkebun dan berniaga kecil-kecilan. Projek-projek yang bunyinya berbillion-billion itu tidak juga mengalir kepada mereka. Bagi mereka keputusan bertukar angin adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Dalam hal menurunkan harga bahan api (petrol dan gas) yang Pakatan Rakyat janjikan jika mereka diberi mandat memerintah negara adalah janji yang praktikal. Rakyatpun percaya ada masaalah untuk melaksanakan janji sedemikian “biarlah kita menyeberang jambatan itu apabila kita sampai disitu”. Sekurang-kurangnya mereka nyatakan komitmen yang akan mereka tunaikan sedangkan BN mencipta berbagai alasan untuk terus membebankan raklyat.
Walaupun saya ada anak yg belajar di IPT memansuhkan PTPTN adalah satu perkara yang tidak wajar, mana mungkin kerajaan mampu memberi biasiswa spt dulu . Dulu cuma ada sedikit aje IPT,mampu le…, dan satu masa dulu sesiapa yg dapat bisasiswa JPA dikenakan berkhidmat dgn kerajaan . Sekarang mungkin tidak , sbb kekosongan jabatan kerajaan sedikit shj.
Didalam SELAGI BOLEH DISALAHKAN saya tidak sebut tentang
memansuhkan PTPTN. Yang saya pertikaikan adalah mengenai
kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang meminta pelajar memulangkan kembali wang PTPTN tersebut. Apakah para pelajar kita tiada hak langsung untuk menyatakan pendirian mereka? Praktikal ke cara sedemikian menakutkan para pelajar kita?
Memang lah tidak wajar Menterti Pengajian Tinggi berkata demikian , tetapi wajarkah pelajar yg sedang meminjam wang mengadakan perhimpunan ,,untuk memansuhkannya .. Saya rasa ada cara lain menyelesaikan masalah ini. Cuba byangkan apabila telah bekerja nanti adakah pelajar akan mengadakan perhimpunan juga jika tidak setuju dgn majikan. Pada saya minta dimansuhkan ,adalah satu tindakan yang tidak bijak ..apa salah nya pelajar pelajar tersebut meminta kerajaan memperbaiki cara bayaran. Tindakan yang tidak bijak seharusnya diberi jawapan yang tidak bijak.
Namanya pun pelajar. Mereka banyak belajar melalui kesalahan/kesilapan tetapi bagi menteri yang telah terpelajar sepatutnya dapat kawal emosi.
Ha..ha..ha….tapi pelajar pelajar tersebut adalah insan terpilih ,bakal menjadi pemimpin negara