ISU LYNAS : NAMPAKNYA ADA MENANG – MENANG

Selama  ini  kita  hanya  mendengar  orang  menyebut  Win, Win  sebagai  menghindarkan  perbalahan.  Sewaktu  kecil  lagi  saya  dan  rakan  telah   mengamalkan   konsep  ini.    Sebagai  contoh,   didalam     permainan  guli  saya  dapat  bertong-tong  guli  akan  tetapi  Mat  Rafik   yang   dicanangkan   sebagai   pemenang.  Saya  tak  kisahpun  yang  ianya  terjadi  macam  itu.  Setiap  kali  main  saya  juga  yang dapat  bawa  balik  bertimbun-timbun  guli  dan  setiap  kali  jugalah  Mat  Rafik  diistihar  pemenang.  Saya  tetap  bangga,  walaupun  tak  dapat  nama (pemenang)  tetapi   saya  puas  dapat  kumpul  selagi  ada  guli diPadang  Changkat.

Kepada  soalan  mengapa  ianya  jadi  begitu?  Jawapan  yang  saya  tahu  sebenarnya  mudah  saja. Mat Rafik  berbadan  tegap,  tidak  sanggup  menjadi  pengalah  (pinjam  kata-kata Vince AF1). Yang   saya  tak  pernah   terfikir  ialah  apabila  dalam  politikpun  kaedah  serupa digunapakai.

Dalam  Isu  Lynas  Corp,  terlalu  ramai  NGO  yang  tampil  membantah  pembinaan Loji  rare earth  diGebeng,  Kuantan.   Perkara   sama  pernah  dibuat  diBukit  Merah,  Lahat,  Ipoh  dan  masih  segar  dalam  ingatan  penduduk  yang  terlibat.  Projek  ARE (Asian Rare Earth)  Bukit Merah   mula  beroperasi  pertengahan  tahun  1982.    Selepas  melalui  bantahan  demi  bantahan  selama   12   tahun  Plant  ARE  diBukit  Merah  ditutup  19.1.1994.

Pihak  yang  bertanggungjawab  tidak  belajar  daripada  kesilapan  tersebut  ataupun  Kerajaan  yang  ada  sekarang  yang  telah  terlalu lama  memerintah   dan sudah  terlupa  akan  peristiwa  tersebut.  Daripada  lapuran  berita  diTV  Perdana  Menteri  dipetik  sebagai  berkata  banyak  lapuran  yang  memberi  perakuan  kegiatan  diloji  tersebut    adalah  selamat  dan tidak  membahayakan sesiapa.  Hanya  oleh  sebab  ada  bantahan  daripada  penduduk  setempat,  pembuangan  sisa-sisa  yang  berkaitan  akan  dipindahkan  ketempat  lain.

Dengan  itu   kaedah  menang, menang  (win, win)  seperti  berikut  dilihat  amat  praktikal untuk  kedua-dua  pihak.    Pihak  Himpunan  Hijau  2.0  berjaya  mendapatkan  gesture  angkat  topi   dari  pihak  Lynas  kerana  bersedia  berbelanja  lebih  memindahkan  tempat  pelupusan  jauh  dari  tempat  asal  dan  secara  demokratiknya  pihak  Lynas  boleh  meneruskan  kegiatannya  berpandu  kepada  lapuran-lapuran  saintifik  yang  memperakukan  Plant  rare  earth  diGebeng  itu  cukup  selamat.  Tidak  perlu  difikirkan  jika  ditempat  ubahalih  yang  baru  itu  juga  akan  mendapat  bantahan.  Itukan  lambat  lagi.  Teruskan  berunding,  setidak-tidak  hingga  12  tahun  seperti  diBukit  Merah.

Konsep  menang, menang  atau  win, win  hanya  terpakai  kepada  dua  pihak (Pengusaha Loji  dan  NGO seperti  Himpunan Hijau 2.0) sahaja.  Pihak  ketiga  (rakyat)  tidak  dapat  terlibat  kerana  mustahil  boleh  diujudkan  suasana  win, win, win    dimana  semuanya  pemenang.  Yang  pastinya  dalam  Isu  Lynas  ini  memang  ada  terdapat   pengalah.

3 Responses to ISU LYNAS : NAMPAKNYA ADA MENANG – MENANG

  1. ANJA says:

    Kita tidak boleh menolak kita perlukan LYNAs…samada bahaya atau tak…sama spt kita tidak dapat menolak kegunaan h/phone dalam kehidupan kita .

    • ahmadzawawi says:

      Tidak dinafikan ada kebenarannya komen sdri ini. Pokoknya sejauh mana kita mampu mengurus sisa-sisa toksit radio-aktif yang pasti menjadi bahan buangan daripada Plant tersebut.

      Bahan-bahan plastik yang tertimbus didalam bumi kita sekarang ini pun kita tidak tahu akibat dimasa hadapannya.

      Soalan bodoh yang perlu dijawab: Mengapa Aust. tidak bina loji tersebut dinegaranya sendiri?

  2. ANJA says:

    Isu Lynas ini tiada unsur politik kata setengah pihak , tapi kenapa persoalan ini timbul selepas Jepun dilanda gempa bumi ..kenapa tidak dari dulu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: