Didalam keghairahan menghayati ucapan dasar Presiden tidak adakah dikalangan perwakilan yang terfikir tentang persoalan yang saya lontarkan ini. Saya merasakan saranan sebegitu sudah agak terlambat. Untuk melakukan satu perubahan besar tidaklah semudah a…b…c.. Jika disediakan satu tempoh yang panjang sedikit mungkin ianya boleh berjaya. Sedangkan dipihak Presiden gendang pilihanraya umum sudah dipalu. Ini bermakna kita sedang Menghitung Hari.
Saya melihat peluang ahli-ahli UMNO menjadi Orang UMNO sudah terbuka luas pada tahun 1988 apabila Parti tersebut telah didaftarkan semula sebagai UMNO Baru.
Diketika itu orang-orang Team “B” telah mengasingkan diri mereka kedestinasi asal perjuangan UMNO iaitu Semangat 46. Malangnya hanya namanya saja Baru akan tetapi pengisiannya sedikitpun tidak berubah. Apabila sampai saja musim Pemilehan , ahli UMNO mula berpecah menjadi Orang-Orang Datuk Sri, Orang-Orang Y.B. dan orang-orang kepada tokoh koperat. UMNO Baru ini “graduate” pada tahun 2008 dengan kehilangan majoriti 2/3 diParlimen.
Seperkara lagi apakah orang-orang UMNO diakar umbi tidak tersentuh langsung apabila Projek sebesar NFC yang bernilai Beratus Juta hanya dinikmati orang yang rapat dengan kepimpinan.
Semasa berlansungnya PRU ke 12 orang-orang UMNO lah yang menyumbang undi untuk kemenangan Pakatan Rakyat akibat daripada sindrom yang sama. Kini Pilihanraya Umum datang lagi dan ramai yang rasa demam-demam. Apa jaminan pimpinan tertinggi UMNO pada PRU 13 nanti yang tragedi sedemikian tidak mungkin berulang sekali lagi?
Para perwakilan tentu sekali sangat lega mendengar penjelasan Presiden yang Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat sebenarnya tidak sepakat. Bagi saya itu hanya satu persepsi. Yang jelas dalam rumah PR sudah tidak ada “bad apples” yang boleh membantutkan perjuangan. Mereka-mereka itu kini menjadi friendly kepada BN dan sekaligus ia menjadi “plus factor” kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ketiga Belas nanti.
Saya bersetuju dengan pihak seramai yang Pilihanraya Umum Ketiga Belas ini merupakan sesuatu yang luarbiasa. Mengenai keahlian dalam Parti tidak perlulah luarbiasa. Walaupun seseorang itu baru berpindah dari sebuah Parti ( yang tidak memberi keuntungan kepadanya) jika kena pada “bargain” nya orang baru itupun lebih pantas menjadi orang UMNO.