DENDAM SANG LEMBU

Sesungguhnya  manusia  dicipta  dengan  banyak  kelebihan.  Boleh  berfikir,  boleh  melakukan  berbagai  inovasi  dan  diantaranya  lebih  berkuasa.  Bagi  Lembu   (sejenis  mammal  juga)  ia     berasmara,  melahirkan  dan  makan  minum  untuk  menyambung  nyawa  seperti  human beings  juga.     Mereka memileki  otak  tetapi  tidak    berkemampuan  untuk   berfikir.   Setiap  apa   yang  diperlakukan      oleh  manusia  terhadap  mereka –  masyarakat  lembu  hanya  mampu  menzahirkan  body  language   biasa  iaitu  membantah  jika  mahu  dibawa  pergi,  mengalirkan  airmata  memohon  simpati  dan  mengamuk  bertujuan  memberi  ingatan  kepada  rakan-rakan  disekelilingnya.

Bagi  orang-orang  politik  mereka  tidak  punya  masa  memikirkan  perkara   tersebut.   Mereka  hanya  memikirkan   tentang  survival    sahaja    sekalipun  mereka  terpaksa  memperlembukan  lembu.

Saya  mempunyai  asas  berkata  begitu.   Suka  saya  imbas  kembali  bagaimana  musuh  politik  Pakatan  Rakyat  mempolitikkan  “Lembu  Korban”  bagi  menjatuhkan  Kerajaan  pimpinan  PKR  diNegeri  selangor.  Walaupun  telah  diperjelaskan  sejelas-jelasnya  oleh  pihak  Menteri  Besar   Selangor  pihak  Pemuda  UMNO  selangor  tetap  mendesak  Tan  Sri  Khalid  bercuti  untuk   tidak  menganggu  siasatan.

Seterusnya  masyarakat  Lembu  diaibkan  lagi.   Kepala  lembu  diarak  dan  ditinggalkan  dihadapan  Pejabat  Menteri  Besar    diiringi  dengan  message-message  yang  membantah  Penempatan  Kuil  Hindu  keSeksyen  33  Shah  Alam.

Sang Lembu   adalah  makhluk  (created  being)  juga.  Dengan  cara  tersendiri  mereka  juga  boleh  menyatakan  dendam  yang  membara terhadap  manusia  kepada  Maha  Pencipta.   Dan  dari     pengamatan  saya   dendam  mereka  akan  terlerai  sedikit  masa  lagi.  Projek  National  Feedlot  Corporation bernilai  RM250 Juta  yang  diperuntukan  kepada  Kroni  inilah  yang  akan  menjadi  penyebab  Barisan  Nasional  menyembah  bumi  pada  Pilihanraya  Umum  ke  13  nanti.

Disini  suka  saya  sarankan  kepada  pihak  yang  mendesak  Tan  Sri  Khalid  bercuti  tempoh  hari  untuk  melakukan  perkara  yang  sama  kepada  pemimpin-pemimpin  mereka  yang    terlibat  dengan  projek  tersebut  supaya  menyenangkan  pihak  berwajib  melakukan  siasatan.

Tujuan  saya  menulis  ini  sebenarnya  mahu  memberi  ingatan  kepada  mereka  yang  mempersenda  lembu  seperti  mengheret  kepala  lembu  kesuatu  tempat  bagi  memenuhi    politik   sempit.   Kita  juga  patut  sedar  bagi  penganut  Ugama  Hindu  lembu  itu  suci  dan      disebut  sebagai  Sacred Cow.

Akhir  sekali,  meminjam  tagline  siri   sukaramai  di  TV  suatu  ketika  dulu    ” It  takes  a  cow  to  catch  a  thief  “.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: