SEMBANG SUKAN

Final  Piala  Malaysia    sudah  sampai  kekemuncak.    Peminat  diseluruh  tanah  air  menunggu  penuh  debar  keputusan  siapa  yang  layak  beraksi  diperlawanan  akhir.    Diatas  Kertas   dan  secara   mathematics   ia  adalah    Trengganu  vs  Negeri  Sembilan.  Akan  tetapi  didalam  Bolasepak  seribu  kemungkinan  boleh  berlaku.   Jika  ditanya  orang-orang  bandar phenomena  ini  disebut  sebagai  Bola  itu  bulat   dan  bila  ditanya  orang-orang  kampong  pula  jawapan  mereka  lebih  tepat  iaitu  22  pemain  berebut  bola  yang  satu tetapi  sibaju  hitam  juga  yang  berjaya  mengecewakan  semua.

Ada  kebenarannya  juga  andaian  peminat  yang  disebut  seperti  diatas.   Akhir-akhir  ini  siPengadil  (Referee)  terlalu  banyak  membawa   kad  merah  dan  kad  kuning    dalam  poket   dan  memang  dapat  dilihat  kesukaran  dipihak  mereka.   Mana  hendak  berlari  mengikuti  permainan,  kad-kad  didalam  poket  pula  tersangat  berat.  Jadi  mahu  tak  mahu  dikeluarkanlah  kad-kad  tersebut  satu  persatu.  Sehingga  dimasa-masa  terakhir  perlawanan  kesemua  pemain  dilihat  sudah  mahu  menyembah  bumi  sedangkan  siPengadil  tampaknya  jika  ditambah  90  minit  lagipun  boleh  meneruskan  permainan.

Saya  bersetuju  perkara  sebegini  bukan  berlaku  disini  sahaja.  Ia  berlaku  dimana-mana  termasuk  diEPL.  Akan  tetapi  jika  dikenang-kenangkan  peristiwa  Sukuakhir  Trengganu  vs  Kelantan  tempoh  hari  adalah  lebih  baik  kita  main  terup  (kad)  sahaja  daripada  berpatah  riuk  ditengah  padang.

Akhir  sekali,  walapun  saya  penyokong  tegar  Liverpool  saya  tetap  mahu  melihat  Trengganu  muncul  Juara  Piala  Malaysia 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: