Acara kemuncak Sukan Tahunan Sekolah dizaman (1950`s) ialah Acara Rebut Kerusi yang dikhaskan kepada pegawai-pegawai yang telah bertanggungjawab menjayakan acara tahunan sekolah. Untuk memberi kefahaman kepada generasi baru suka saya imbas kembali cara mana event tersebut dijalankan.
Pegawai-pegawai yang menyertai acara sukan Rebut Kerusi ini akan berkumpul disekeliling bulatan. Ditengah-tengah bulatan akan disediakan 10 buah kerusi (pinjam kerusi dari dalam kelas). Muzik dimainkan dan pegawai-pegawai (peserta) akan bergerak mengikut irama lagu dan apabila muzik berhenti mereka dikehendaki merebut kerusi-kerusi yang disediakan ditengah-tengah bulatan tadi. Para peserta yang gagal mendapatkan sebuah kerusi sudah tidak boleh meneruskan pertandingan. Sebelum muzik dibunyikan bagi menjalankan pusingan seterusnya sebuah kerusi akan dibawa keluar pada setiap pusingan. Ini bermakna setiap pusingan seorang peserta akan terkeluar. Sehinggalah hanya seorang sahaja yang tinggal dan duduk pada kerusi yang hanya tinggal satu. Peserta tersebut akan diistiharkan sebagai pemenang acara dan disampaikan Hadiah yang berupa Cenderamata.
Acara Rebut Kerusi ini bukan sekadar hiburan dihari sukan tahunan malah ianya satu panduan kehidupan generasi ketika itu. Setidak-tidaknya ia dipraktis didalam Arena Politik. Orang yang berjaya dipilih merebut kerusi (Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri) akan mendapat sokongan tidak berbelah-bagi daripada rakan-rakan yang sebelumnya sama-sama mengharapkan dipilih.
Perkara sedemikian tidak lagi berlaku dimasa kini. Gelagat berebut kerusi untuk menyertai pilihanraya umpamanya pada masa sekarang ini sudah jauh berubah. Sehinggakan ada yang bertekat biar jangan ada yang dapat duduk selesa pada kerusi itu. Mereka nampaknya lebih suka kerusi tersebut dikecaikan dan ambil seorang sedikit bawa pulang – baru puas hati. Cara sebegini sekiranya dapat menang kerusi pun tidak bermakna kerana tidak akan ada yang mahu ucap tahniah.
Perkara berebut kerusi yang telah menjadi trend masa kini adalah disebabkan sukan-sukan tahunan sekolah-sekolah sudah meminggirkan acara Rebut Kerusi. Budaya Nombor Bertuah dan Beli Satu Dapat Satu telah berjaya mengganti acara Rebut Kerusi.
Perbuatan berebut kerusi masa sekarang ini adalah terpencil dan tertumpu kepada orang-orang politik yang mengamalkan short cut to riches. Bagi non-politician mereka lebih selesa duduk diatas tikar mengkuang saja sambil layan rokok nipah. Harganya murah dan asapnya tidak mencemar sesiapa.