Pada perkiraan saya tempoh PRU 12 baru separuh perjalanan. Akan tetapi banyak pihak sudah merancang akan kedatangan Pilihanraya Umum ke 13. Dalam kata lain orang-orang politik hanya bijak berbicara tentang hal-hal mengundi sahaja.
Masaalah kehidupan seperti kenaikan harga barang pengguna, bencana alam seperti banjir yang merosakan tanaman tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Pemimpin Parti sama ada ianya daripada BN mahupun PR banyak menhabiskan masa diwarong-warong kopi.
Saya menulis perkara ini dengan harapan pemimpin berserta dengan aktivis parti dalam Pakatan Rakyat segera turun padang mengambil berat tentang keperluan semasa rakyat. Tidak perlu diberi terlalu banyak tumpuan tentang siapa yang akan dipilih sebagai calun. Yang penting Parti kena menang baru boleh menubuhkan Kerajaan.
Dalam apa keadaanpun BN jauh kehadapan didalam menawan hati rakyat. Mereka berkuasa dan terlalu banyak resources dibawah jagaan. Mereka mampu mengubah persepsi rakyat sekelip mata sahaja. Sebagai contoh pemilek kenderaan tua (10 tahun keatas) sudah boleh menikmati premium murah mulai tahun ini. Sekaligus orang akan terlupa betapa sukarnya sebelum ini terpaksa membayar sehingga 300% premium Insuran sebelum Cukai Jalan boleh diperbaharui.
Sekian buat seketika.