DILEMMA APABILA BERADA DIANTARA LORONG

Apabila  kita  menyertai  mana-mana  parti  politik,  kita  sebenarnya  telah  melakukan  satu  pengorbanan   atau  komited  dengan  perjuangan  parti  tersebut.   Tidak  secara  langsung    orang-orang (anak isteri)   dibawah  tanggungjawab   akan  terabai  dari  segi  perhubungan   mesra  pada  masa-masa  santai  oleh  kerana  pada  masa  tersebut  jugalah  kegiatan  parti  harus  dilaksanakan.

Tulisan  yang    tersiar  dalam    laman  blog  ureka.asia tentang    MSK   keluar   PKR   sama   sekali     tidak  mengejutkan.   Sudah  sekian  lama  juga  blog  tersebut  dilihat  menyediakan   ruang   dimana  borang  menjadi  ahli  parti  KITA  boleh  dimuat  turun.

Saya  tidak  menulis  untuk   condemn atau   memperkecil-kecilkan  kehebatan  MSK   kerana  beliau   keluar  PKR  malah  saya  juga  terhutang  budi  kepada  beliau  kerana  menerima   blog  saya  sebagai  ahli  keluarga   BloggersNetwork@Perak.    Melalui  kumpulan  ini    saya  telah   berkenalan  dengan  Top  Bloggers seperti   Albanjari,   Dr. Wahab   Fakulti  Siyasah, Sya-reformis, Penarik Beca,  Manjung  Mari, Dango  Mamamat   dan ramai   lagi.   Mohd  Afandi  Ahmad  @  MSK   adalah  Presiden  pertama  dan  terakhir    BloggersNetwork@Perak.

Diperingkat  negeri  MSK   mendapat   tempat   yang   cukup   istimewa   kerana   diangkat      oleh  Sdra  Ismail  (seorang  Sarjana)  dan  Ustaz  Zulkifli.   Didalam   aktiviti   mendidik      ahli  supaya  menjadi  aktivis   yang  berkualiti  MSK  adalah  tangan  kanan  mereka.   Sebagai  Pengarah  Pilihanraya  diperingkat  Cabang   saya  tidak  memperkecilkan     peranan  MSK  walaupun  saya  lebih  mahir  lagi  tentang  beberapa  perkara  yang  beliau    nyatakan  didalam  majlis  tertentu.  Saya  lebih  selesa  low  profile.

Kita  amat  bersimpati  dengan  orang-orang  yang   mengharapkan  Parti   PKR   segera   menyembah  bumi  oleh  kerana  Parti  PKR  kini   sudah  kembali   teguh   dan   kuat.   Pemimpin  diperingkat  Cabang  sekarang  ramai   orang-orang   yang  berpelajaran  tinggi.    Bagi  diri  saya  walaupun  semasa  pemilihan  saya  merupakan  penyokong  kuat  Azmin    tetapi  saya  tidak  memusuhi  penyokong-penyokong   Mus  ataupun  Zaid  kerana  kita    sebagai  ahli  keutamaannya  adalah  perjuangan  yang  dibawa  oleh  parti.

Akhir  sekali  saya  mendoakan   agar  MSK  berbahagia  dengan  penjelajahan  baru  beliau.   Walau  apapun  kita   masih   boleh  duduk   semeja    menikmati     tandori  dan  teh   tarik    diRestoran Kapitan @ Lebuh Culia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: