Filem terbaru keluaran Panggung PKR yang sedang mendapat box office bertajuk He/She (…..) must go. Antara dailog dari Zaid berbunyi “Anwar dan Azmin must go” dan tidak kurang juga suara-suara lain yang meminta Zaid, Mustafa, Jawatankuasa Pemilehan Pusat (JPP) dan beberapa nama lagi mengajukan message “must go” ini.
Yang paling latest dari Ketua Umum sendiri yang dengan tegas membayangkan bahawa calun-calun PKR didalam PRU ke 13 nanti adalah dari kalangan mereka yang berumur diantara 20 hingga 30 tahun sahaja. Oleh kerana PRU ke 13 dijangka akan berlaku kurang dua tahun lagi – mereka-mereka yang berumur 18 tahun pun boleh mula mengorak langkah. Perkhabaran ini tidak secara langsung terkena batang hidung ahli-ahli yang berumur lebih 30 tahun. Jika mereka ada hasrat untuk menjadi calun, mereka juga …..must go.
Berpandukan apa yang direncanakan diatas, kita jangan terkejut jika Parti itu sendiri, (PKR itu sendiri) yang akan gunapakai perkataan sama iaitu all of you must go dan meminta untuk bersendirian kerana sudah tidak boleh memekakkan telinga lagi.
Pada masa itu barulah kita sedar yang kita sudah tidak ada kenderaan untuk kePutrajaya. Diketika itu bagaimana kita mahu tunaikan janji seperti reform, kekayaan negara dinikmati samarata, tidak seorangpun rakyat yang akan terpinggir dan sebagainya. Kesemua ini belum lagi diambilkira sentimen dikalangan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Didalam politik tidak ada yang impossible. Untuk ahli-ahli yang bergelar Yang Berhurmat tentulah ta` susah sangat nak adjust. Setidak-tidaknya mereka laku dalam parti lain atau tubuh parti baru untuk kekal relevan. Maka bertempiaran lagilah sebilangan orang yang tidak berparti. Sejarah telah membuktikan hal sebegini. Lihat saja Parti Semangat 46 – bila diterima balik kedalam UMNO ramai dari kalangan ahlinya tidak ikut serta. Tidak mengapa perkara sebegini hanya berlaku dalam parti politik. Apa yang diharapkan ia tidak merebak kedalam Parti-Parti Tupperware pula.
Sekian saja sembang-sembang kosong dipetang hari ini. Oleh sebab ada tugas yang lebih mustahak menunggu, apa yang dapat saya katakan ialah I must go.