Beberapa event yang dicetuskan oleh dua orang calun Timbalan Presiden tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang-orang kecewa. Mereka sebenarnya mahu menghancurkan parti dari dalam. Saya katakan begitu kerana mereka masih lagi mahu menjadi ahli yang sah tetapi mengutuk pimpinan parti didada-dada akhbar, dilayar TV dan tidak ketinggalan juga diBlog-Blog. Perbuatan mereka telah mendatangkan banyak mileage kepada parti pemerintah. Pendek kata kalau besokpun diadakan PRU ke 13, Barisan Nasional akan menyapu bersih kerusi-kerusi diketiga-tiga Kerajaan iaitu Pusat, Negeri dan Tempatan.
Soalan yang ingin saya tanyakan kepada kepimpinan yang diketuai Datuk Seri Dr. Wan Azizah bilakah agaknya masa yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap sipengkhianat tersebut. Sebagai ahli (PKR) saya mahukan tindakan yang segera dikenakan kepada mereka yang mengkhianat itu. Jika diberikan surat amaran sahaja pun saya akan berpuashati. Jika sekecil-kecil tindakan (surat amaran) pun ta` mampu nak buat, lebih baik kita sendiri tutup kedai. Tidak perlu peningkan kepala lagi. Selagi kedai kita terbuka para pelanggan akan tetap datang terutama untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan seperti barang-barang yang dikawal.
Saya bersedia dipecat sekiranya luahan ini tidak disenangi oleh pimpinan.
Sebenarnya, sekarang Zaid memang mahu dirinya di pecat dari Parti supaya dia boleh menjadi hero dimata Umno dan mereka yg seumpamanya….
Terima kasih ababina328. Tindakan yang paling tepat ialah Gantung Keahlian supaya
mereka tidak ada ruang dekati ahli yang masih setia. Bagi mereka-mereka yang nak
cari makan biarkan lah – itu pintu rezekinya.