Walaupun kelmarin merupakan hari Ahad – hari untuk berlibur tetapi ramai yang terpaksa berada indoor sebab cuaca mendung dan sekejap – sekejap hujan. Dah tak tahu macam mana nak sorok muka kecut dan muram ini.
Mujurlah ada satu berita disaluran TV yang memecah kesunyian dan merangsang untuk ketawa. Ia bersangkut dengan amaran SPR tentang hal ehwal kesalahan pilihanraya dimana pemberian saguhati kepada pengundi boleh membatalkan kemenangan. Tambah maklumat itu lagi sesiapa yang mengetahui tentang berlakunya perkara tersebut boleh lapurkan kepada SPRM kerana ianya berupa rasuah besar. Sebenarnya kita semua dah cukup faham, lagipun ini bukan pertama kali rakyat berdepan dengan Pilihanraya.
Persoalannya ramai kurang arif apa itu politik. Tidak akan mungkin Parti PAS yang telah memerintah diKelantan selama 20 tahun lebih tidak tahu yang perkara itu satu kesalahan. Sebenarnya saya melihat apa yang dikatakan kesediaan PAS memberi saguhati kepada pengundi luar adalah merupakan satu strategi kempen pilihanraya semata-mata. Dalam politik cara begitu disebut sebagai reverse psychology . Antara lain maksudnya ialah supaya pihak lawan tidak melakukannya dan jika parti PAS berjaya mendapatkan bukti yang perkara tersebut ada berlaku maka urusan mendedahkan kepada SPRM akan menjadi cukup mudah.
Penutup bicara kita percaya Pengundi Galas sudah tersedia maklum – ta` kan lah projek berjuta-juta yang disebut dalam kempen boleh tercetus dalam waktu yang singkat ini dan boleh pula disiapkan sebelum hari mengundi. Pekerjaan yang paling mudah ialah menjual janji. Jika tidak, suasana pilihanraya dilihat seperti tidak bermaya. Yang pasti setiap orang diDUN Galas ini tetap berharap kepada peningkatan taraf hidup yang disebut-sebut. Kepada Yang Berkenaan, jangan biarkan mereka hanya menanti seperti yang diungkap Jamal Abdillah “Malam menanti Siang, Siang Menanti Malam” dalam lagu yang sangat popular bertajuk Kekasih Awal dan Akhir.
Setuju sangat dgn kenyataan itu..Itu yang suka sangat bila tiba musim pilihanraya..saya ini memang peminat no 1 drama melayu , Bila tengok cara mereka berkempen (tak kira mana mana pihak ) sama aje setiap kali , dah boleh agak dah apa akan terjadi di episod seterusnya…macam tengok drama Melayu.
ANJA, Terima kasih. Kalau nak makan *nasi kandar *jenguk-jenguklah saya diUSM mulai hujong bulan ni. Hampir-hampir sebulan saya akan berada disana.