Seperti biasa setiap kali berlansungnya Pilihanraya Kecil saya mesti mengambil bahagian dalam memberikan pandangan siapa yang sepatutnya dipilih bagi mewakili rakyat didalam Dewan Yang Mulia. Oleh sebab GALAS belum lagi menamakan calun, saya kira eloklah dijenguk seketika kepemilihan Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Hari Mengundi bagi Cabang Lenggong dimana saya akan pulang mengundi ialah pada 30.10.2010. Saya kekal menyokong Azmin. Masih ada masa sekiranya pihak disana mahu mengubah pendirian. Saya tahu ada yang tidak senang dengan saranan saya ini. Mereka mempunyai alasan dan sebab-sebab sendiri untuk menaikkan seseorang.
Itulah intipati demokrasi yang mereka faham. Tetapi bagaimana jika sebaliknya. Kemana hendak diarah halatuju apabila calun yang ditonjol tidak berjaya didalam saingan?. Apakah tidak ada kemungkinan para penyokong akan ditinggal kesunyian?
Saya juga tidak ada sebarang jawapan untuknya. Jika pesanan Kumpulan ABBA melalui tajuk S.O.S boleh dijadikan panduan – hayatilah lagu tersebut. Berikut diturunkan sebahagian dari liriknya itu :
“Where are those happy days, they seem so hard to find”
“I tried to reach for you but you have closed your mind”
“It used to be so nice, It used to be so good”
“When you`re gone, How can I even try to go on?”
“When you`re gone, though I try how can I carry on?”