Istilah ” Padang Permainan Yang Tidak Rata” bermaksud dua pihak yang sedang bertanding tetapi hanya sebelah pihak dibenar tidak mengikut syarat dan peraturan. Didalam pertandingan Tinju umpamanya jika pertandingan diperingkat lightweight pesertanya hendaklah yang berada dalam Kelas tersebut kerana apabila bertarung kedua-dua peserta itu akan memiliki peluang yang sama untuk menang. Kaedah serupa juga patut diamalkan dalam politik.
Apabila nama Tengku Razaleigh dicanang oleh berbagai pihak dalam UMNO sebagai calun yang paling ideal bertanding diDUN Galas, nampak sangat UMNO cukup desperate mahu memenangi Pilihanraya Kecil tersebut. Melihatkan begitu ramainya pemimpin UMNO berbagai peringkat diAirport menyambut kepulangan Tengku Razaleigh dari London ianya menjadi sudah terang lagi bersuluh. Inilah dilemmanya bila ahli tersangat ramai (3 juta lebih).
Teori sebegini juga sudah terbukti berjaya iaitu diBagan Pinang. Walaupun BN boleh menang hands down kerana undi pos yang melambak-lambak, mereka lebih yakin kepada calun heavyweight. Yang sedihnya orang-orang lain tertutup peluang nak jadi YB. Dalam apa calculation pun saya tidak percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang tersebut bersedia terjun sampai kedasar untuk menyelamatkan parti. Peranan beliau sebagai Ahli Parlimenpun sudah lebih daripada cukup bagi mewakili masyarakat disitu.
Dengan andaian yang disebutkan ini Parti PAS dilihat dengan mudah boleh kekal diDUN Galas tambahan pula ada ura-ura hendak meletakan calun dari kalangan Orang Asli. Walau apapun perkembangan yang akan berlaku diGua Musang dalam waktu terdekat ini, mata kita tidak akan dapat mengelak daripada melihat terlalu ramainya orang menGALAS beg. Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada para Wartawan, Penganalisis Politik dan kaum Bloggers.
Kepada para pengundi Dewan Undangan Negeri Galas…….Bukakan Tirai dan mulakan Pesta kerana anda akan diminta memperbaharui mandat.
galas yang akan dipersoalkan diakhirat apa yang diamanahkan sejak dalam rahim ibu.Galas/pikul tanggong jawab seorang khalifah untuk taat padanya.Galas/pikul amanah kesihatan.waktu sihat adakah berjihat untuknya.Amanah masa,buat apa masa yang ada?adakah sentiasa sujud padanya!Amanah harta,kaya mana digunakan?dan darimana diperolehi?amanah ilmu,kemana dimanafaatkan.Amanah jawatan adakah beramanah dengan apa yang allah tentukan? Pilihlah pemimpin yang beramanah untuk kesejateraan ummah yang takutkan penciptanya.Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.GalasLah SYARIAT yang menuntukan kunci pintu surga bagi setiat mukmin yang beriman.Jauhilah dari menGalas BeN yang melacurkan syariat semata mata kaya didunia tidak beriman.Gadaikanlah Akidah Anda diGaLaS dengan RM,Beras 20KG dan kain kapan sebelum anda diRENDAM dalam air panas inilah jihat kita untuk BeN..