BUANG BAYI vs TABUNG DNA

Perbuatan  membuang  janin  dan  juga  membuang  bayi  tidak  akan  berlaku  jika  pasangan  berhati-hati  dan   melakukan  pencegahan  sepatutnya  supaya  siperempuan  tidak  mengandung.  Walau  bagaimanapun  pandangan  penulis  bukanlah  berupakan  satu  cadangan.  Ia  merupakan  pandangan  terbuka.

Pergaulan   berlainan  seks   sekarang  ini  sudah  menjadi  lumrah.    Tanpa    ikatan    suami  isteri   pasangan  bercumbu  dikhalayak  diterima  sebagai  biasa.   Jika  adapun   seseorang  insan  yang  merasakan  bertanggungjawab  terhadap  ugama  lalu  menegur  mereka  yang  terlibat,  silap-silap  haribulan  muka  terima  tapak  kasut.

Sudah  sampai  masanya  setiap  kita  terutama  yang  bijak  pandai  melakukan brainstorming melalui   seminar,  konvensyen  mahupun  bengkil-bengkil  bagaimana  gejala  ini  boleh  dicegah  sepenuhnya.

Cadangan-cadangan  seperti  Sekolah  Khas  bagi  murid-murid  mengandung,  hospital  khas  pula  sebagai  tempat  mereka  bersalin  dan  satu  cadangan  terbaharu  iaitu  mengujudkan  Tabung  DNA  tidak   akan  dapat  menyelesaikan  masaalah  tersebut  sebenarnya.  Kerana  selepas  bersalin  ibu-ibu  muda  ini  terpaksa  pula  berdepan  dengan  berbagai  lagi  masaalah  hidup.    Untuk  menempatkan  bayi-bayi   special ini  pula  kerajaan  terpaksa  memikirkan  sebuah  kompleks  kebajikan  buat  mereka.  Bayangkan  berapa  banyak  duit  rakyat  terkorban  untuk  menyelenggara  projek-projek   khas   seperti  yang  dicadangkan itu.

Walau  apapun   cadangan  yang  kita  fikir  bagi  menyelesaikan  masaalah  Buang  Bayi ini,  ia  tetap  tidak  boleh  diselesaikan  dengan  cara   ad-hoc  atau  seperti  memberi  bantuan    kecemasan  sewaktu  kebakaran  atau  banjir  ataupun   potong  kaki  pesakit  kencing  manis  supaya  tidak  melarat  keperut.   Dalam  banyak-banyak  Tabung  saya  percaya  TABUNG  DARAHlah  yang  sangat-sangat  memerlukan  sumbangan.  Kempen  derma  darah  perlu  dipertingkatkan.

4 Responses to BUANG BAYI vs TABUNG DNA

  1. Teman setuju beno pendapat mike ni.

    Pertama sekali kita nak tau tujuan nak buat tabung DNA ni untuk apa?

    Adakah supaya mudah-mudahan budak yang dimengkalongkan ni bernasib baik, dia di pelihara oleh Datuk/Datin yang tak beranak, ataupun nak ngambik anak angkat. Kemudian bila dia dah beso, diapun jadi orang beso juga.

    Kemudian mak bapak yang sebeno dia senang untuk muat tuntutan, ‘kamu ni anak aku, Aku nyese beno muang kamu 30 tahun dulu. Masa tu mak muda sangat. Tengah tak faham apa-apa lagi… Apak kamu muat nanya pada mak….’

    ‘…Tapi mak pastikan kamu di jaga oleh orang yang mampu nanggong kamu…. Pase itu le mak sangkutkan kamu kat pintu gate Datuk tu dulu’ sambil mengobak depan anak muda yang dah jadi orang ni…

    Ataupun sebaliknya…
    Apak budak yang menjadi buangan ni menjadi papa kedana… hidup tak terurus. Tebio je. Sekolahpun tidak….Ada pulak orang tua-tua yang tau cerita ase usul budak ni ceritakan pada dia sape apaknya yang sebeno. Diapun cek melalui Tabung DNA ni. Cek-cek, betoi itu apak dia… Boleh le kawan ni tuntut harta Datuk/Datin tu…

    DNA ni memang le macam cap jari. Melalui DNA ni kita boleh kesan ssecara sahih siapa dia mak bapak, sedare kandung, sedare se bapak ato se mak, tok nenek,,, Pendek kata, boleh kesan wareh-wareh dekat.

    Malahan kalau di buat kajian yang lebih mendalam lagi, kita juga boleh kesan keturunan kita ni dari bangsa afrika ke, bangsa arab ke ataupun sedare kita sebenonya dari keturunan orang asli yang masih dalam utan belentara tu.

    Satu yang sahih, keturunan kita bukan le dari beruk atau monyet. Kalau adapun mungkin dari keturunan yang disumpah menjadi beruk bila tak mau pergi sembayang jumaat….. Berlaku di zaman nabi mana ke, teman dah tak ingat.

    Nak dapat DNA ni pun senang sangat. Boleh ambik dari rambut, dari kuku, dari darah, dari kulit… apa saja bahagian biologi seseorang…. Dari najis dan ayo kencinpun boleh juga…

    Ataupun ada setengah manusia tu dia simpan ayo mani dia untuk kegunaan ‘di suatu masa akan datang…..’

    Contohnya masa muda dia ak nak kawin. Dia simpan ayo mani dia dalam tabung DNA ni. Bila umo dia dah sampe 70 tahun baru dia tepikio nak kawin.

    Pada masa itu si ‘Awang’nyapun dah tak mau bangkit lagi…. Boleh le dia gunakan ayo mani yang dia simpan tu dulu dengan menggunakan kaedah ‘Permanian Berhadas’ atau Artificial insemination (AI)’ untuk mengandungkan isteri dia. Ataupun ambik keluokan ova dari isterinya dan lakukan persenyawaan di luar rahim kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim isteri. Senang cerita melalui teknik tabung uji le. Test tube.

    Temanpun tak nampak apa kebaikan tubuhkan tabung DNA ni, untuk tujuan mengatasi orang muang bayi ni.

    Tapi boleh dimanfaatkan oleh setengah-setengah manusia yang berkepentingan…

    Cerita mike pase sekolah khas tu pun macam perbuatan orang yang tak berake!!!
    Patutnya dema selesekan punca masalah tu, bukan selesekan buah penyudah…

    Ini serupa le cerita Menteri Kesihatan suatu ketika dulu yang memberikan kondom secara percuma untuk mengatasi penyakit AID. Menteri tu kita boleh terima le hakikatnya dia ni bukan orang muslim. Malahan Menteri itu sendiripun kena tangkap gambonya berasmara dengan pasangannya yang luo nikah…. Teman tak kose nak sebut mana menteri tu…. Sekarang ni pulak bekeh menteri tu dah jadi Presiden salah satu pati politik memerintah…

    Bila negara kita ni diperentah oleh orang-orang macam ni, habih tonggang langggang le negara kita…. Muh kita bedoa le… Mintak selamatkan negara kita ni dari di timpa bencana….

  2. Saya juga bersetuju dengan huraian yang sdra berikan ini. Jika pemimpin kita hanya berpolitik untuk mencari kedudukan dan habuan saja – memang sah bencana akan terus bertimpa-timpa.

    Saya bangga dengan kejayaan sdra.

  3. Ayah Yeop says:

    Yang teman bangkitkan tu bukan apa. Nampak di mata umum tu cangih le. Tabung DNA. Tapi hakikatnya orang yang mencadangkannyapun tau tau apa dia hujung kangke Tabung DNA tu.

    BDW, mike kat kuala, di mana? Temanpun SMC juga, taun 1960, di Clifford Primaru, dulunya di Jalan Hogan. Lepeh tu bila dah darjah 6 teman pindak ke sekolah baru di belakang Hospital perempuan tu dulu…

    Rasa-rasa dalam keleh teman, mike ni tak ada. Mungkin mika tua setahun dari teman kut!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: